corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Saturday, January 17, 2015

Prof Dr Hoo Ke Ping (Pakar Penganalisis Ekonomi) : Malaysia Menuju Ke Arah Kegawatan Ekonomi.

Prof Dr Hoo Ke Ping (Pakar Penganalisis Ekonomi) : Malaysia Menuju Ke Arah Kegawatan Ekonomi. Berhati-Hati Anak Muda, Rakyat Malaysia! Kebelakangan ini jikalau diperhatikan, harga rumah sudah mulai “stagnant”, sudah tidak mampu naik melonjak sepertimana yang pernah berlaku 2,3 tahun lepas terutamanya yang melibatkan hartanah RM500,000 dan ke atas yang mana unit hartanah Soho, Sovo, Kondo Mewah, service apartment yang paling teruk terkesan apabila….bahang kegawatan ekonomi mula melanda Malaysia.
Apa ditanya adakah Malaysia sudah mengalami kegawatan ekonomi yang ditujukan soalannya kepada Profesor Dr Hoo Ke Ping (Pakar Penganalisa Politik dan Ekonomi)? Jawapan Prof Dr Hoo Ke Ping belum lagi tetapi kita ke arah permulaan kegawatan ekonomi iaitu kita dalam putaran menurun dalam circle ekonomi…. Apa tanda-tandanya?

  • Ringgit Malaysia terus jatuh merudum
  • Bursa saham Malaysia merosot
  • Harga minyak dunia menjunam turun US$51 setong dan akan terus menjunam tidak akan naik lagi untuk tempoh yang lama sekurang-kurangnya 3 hingga ke 5 tahun daripada sekarang
  • Sekaligus nilai dan aset terus menurun
  • Pendapatan Petronas merosot sekaligus mengurangkan lagi pendapatan kerajaan pada tahun sekitar 20%-30%
  • Pendapatan dan kewangan kerajaan Malaysia “sudah lari jauh” dek kerana berpaksikan pendapatan harga minyak pada purata US$110 untuk tahun 2015. Sekarang berapa harga minyak dunia? .
  • Harga sawit tidak berada pada paras rendah dan tidak akan lagi mencecah RM2,600 setan apatah lagi RM4,000 setan. Ini kerana era ekonomi “super cycle commodity” sudah lama berlalu, tidak akan terjadi lagi…FELDA akan susah hati.
  • Ini kerana di era kenaikan nilai harga sawit, ekonomi China melonjak, nilai Dolar Amerika turun, masa itu juga kebanyakan komoditi naik dek kerana bekalan tidak mencukupi sehingga 2008
  • Ditambah dengan tindakan George W Bush yang memberikan lebih banyak subsidi untuk tanaman jagung untuk penghasilan etanol sehingga menyebabkan bekalan soya bean berkurang. Akhirnya minyak sawit terus melonjak naik.
  • Tetapi sekarang, bekalan soya bean telah mula meningkat naik sehingga menyaingi harga minyak sawit
Gambar : Sejarah Harga Sawit Satu Tan di Malaysia
Turun, turun, merosot. Ini bermakna pendapatan kerajaan akan turut berkurang. Berbanding sekitar kegawatan ekonomi yang teruk melanda negara-negara Asia termasuk Malaysia pada 1997 yang mana pada ketika itu :
  1. pertumbuhan ekonomi negatif 7%
  2. bajet kerajaan banyak dipotong
  3. kadar pinjaman yang dikenakan sehingga 13%. Zero.
  4. selama tempoh 6 bulan berturut-turut, tiada kegiatan ekonomi berlaku
  5. ringgit Malaysia berada pada paras sekitar RM4.50 dan pernah mencecah RM5.00 untuk setiap dolar Amerika pada satu ketika
Profesor Dr Hoo Ke Ping menjangkakan kejatuhan ringgit Malaysia yang berlegar RM3.58 untuk setiap Dolar Amerika pada hari ini hanyalah permulaan sahaja kerana ia akan terus jatuh lebih teruk daripada sekarang ini iaitu sekitar RM3.80 untuk setiap Dolar Amerika dan RM3 untuk setiap Dolar Singapura untuk tempoh 6 hingga 10 bulan daripada sekarang dek kerana faktor luar yang tidak terkawal sekarang ini.
  1. Dolar Amerika yang terus meningkat naik
  2. Nilai Yuan mula menurun
  3. Nilai Yen turun melemah
  4. Nilai ringgit Malaysia akan turun merosot
  5. Ditambah dengan hutang isi rumah di Malaysia bernilai RM854.3 Bilion terlalu tinggi “sudah nyawa-nyawa ikan”
  6. “private investement” berdasarkan semakan Berita semasa terhadap data MIDA menunjukkan di sini, telah ada trend penurunan sejak suku 3 2014 lagi
  7. “Net exports been contracting even as RM merudum”. Dengan nilai ringgit Malaysia yang terus lemah pada ketika ini, berapa banyak yang boleh diperolehi daripada pasaran eksport negara?
  8. Hutang kerajaan Malaysia terlampau banyak menyebabkan keupayaan kerajaan untuk meminjam lagi semakin kurang
  9. Nilai ringgit Malaysia turun menyebabkan kadar pinjaman bon kerajaan turut meningkat
GAMBAR : Semak Tukaran Ringgit Malaysia & Prestasi Bursa Saham :

Apa nasihat yang dilemparkan kepada rakyat malaysia terutamanya golongan muda?

NASIHAT PROF DR HOO KE PING KEPADA RAKYAT MALAYSIA & ANAK MUDA?

Apa nasihat yang dilemparkan kepada rakyat malaysia terutamanya golongan muda?
  • Berjimat cermatlah ketika berbelanja terutamanya pelbagai tawaran diskaun dan YES (YEAR END SALE)
  • Tinggalkan tabiat berbelanja barangan yang bukan keperluan dan boros berbelanja pada tahun 2015
  • Elakkan menambah hutang kerana kadar faedah pinjaman bank akan naik tidak lama sahaja lagi.Profesor Dr Hoo Ke Ping menjangkakan kadar faedah mesti akan naik lagi.
  • Jangan sesekali anda beli hartanah untuk tempoh 1,2 tahun daripada sekarang.
  • Ini kerana telah berlaku lambakan rumah sekarang ini. Termasuk projek-projek di bawah skim DIBS apabila pembeli terpaksa mula membayar “bayaran sebenar” disebalik pembelian modal rendah ketika permulaan menempah unit hartanah tersebut 2,3,4 tahun yang lepas.
  • Jikalau anda pergi di sekitar Jalan Awan Kecil, Vista Komanwel, Parklane, The Treez, Seringin Residense, Le Yuan Residence di sekitar lebuhraya KESAS sahaja sekelilingnya sejumlah 20,000 unit apartment telah mula mendapat CF, tetapi berdasarkan statistik yang diperolehinya hanya 10%-20% sahaja yang terisi dek kerana kerana “oversupply”.
  • Bagaimana kalangan pelabur hartanah 2,3 4 hartanah mampu bertahan apabila masih lagi tidak mampu menyewakan unit mereka kepada orang? (Fasa 1)
  • Kemudian apabila pelabur hartanah bertindak mahu menjual unit hartanah mereka, masih tidak pembeli yang berminat (Fasa 2). Profesor Dr Hoo Ke Ping merasakan pelabur hartanah seperti ini akan hannnnncurrrrr.
  • Apabila sudah memasuki fasa 3, Profesor Dr Hoo Ke Ping menjangkakan sekali lagi harga rumah pasti akan turun apabila masalah “oversupply & kenaikan kadar feadah pinjaman yang bakal diumumkan BNM tidak lama sahaja lagi” sepertimana yang berlaku di Singapura dan UK. Dan ramai yang akan muflis selepas itu dek kerana tidak mampu bertahan dengan nilai wang mereka semakin mahal.
  • Apabila harga hartanah akan turun semula, pada masa itu, anak muda boleh beli unit hartanah yang bernilai RM600,000 pada harga RM400,000 sahaja
  • Keyakinan Profesor Dr Hoo Ke Ping bertambah melihatkan unit hartanah di Petaling 8 contohnya di Sri Petaling di bawah pemaju I&P Group Sdn. Berhad yang pernah dijual sekitar harga RM400 lebih psf. Realitinya sekarang anda boleh berunding dengan tuan rumah untuk beli dengan nilai serendah RM350psf untuk keluasan lebih 1000 sf
  • Profesor Dr Hoo Ke Ping menasihatkan terutamanya anak muda, beli unit hartanah apabila ekonomi semakin bertambah baik.
Kalangan yang tidak mampu mendapatkan penyewa ditambah dengan kadar faedah naik, bakal menyebabkan pegangan hartanah tidak akan bertahan lama terutamanya kalangan pelabur yang tidak mempunyai simpanan tunai yang mencukupi akan jatuh muflis.
  1. Inilah akibatnya yang akan terjadi dalam tempoh 1,2 tahun daripada sekarang dek kerana pemaju hartanah yang sudah begitu banyak untung dan terlalu tamak
  2. Menyebabkan pelabur hartanah bakal terjerat tidak lama lagi
    Bank-bank pun susah
  3. Kegawatan sektor hartanah semakin hampir, apabila satu demi satu projek yang dilancarkan 2,3,4 tahun lepas bakal siap pada tahun 2015 ini.
Realitinya hari ini, untuk tempoh sejak 9 bulan terakhir ini jikalau diperhatikan kalangan bank-bank utama di Malaysia telah mula berlawan sesama-sama termasuklah Maybank apabila menawarkan pelbagai tawaran untuk menarik seberapa banyak pendeposit meletakkan simpanan duit mereka bernilai jutaan ringgit. Apa maknya itu? Ini menandakan bank-bank sudah mengalami masalah “liquidity” aliran tunai.
Berdasakan semakan Berita Semasa contohnya di negeri Melaka dan Johor :
  • Kenalan bank menasihatkan tidak membuat pinjaman bank untuk pembelian hartanah pada tahun 2015 ini. Dan bank tersebut juga sekarang ini tidak lagi menumpukan kepada pinjaman hartanah kepada peminjam.
    Banyak pemaju hartanah di Melaka contohnya sudah mula beralih arah ke Tangkak, Johor Bahru untuk mencari mangsa dan pelanggan baru dek kerana pasaran haratanah di Melaka sudah mulai lesu
  • Di Johor Bahru pula, disebabkan berlkau lambat unit service apartment di sana, akhirnya tidak sampai 20% terjual yang mana banyak dibolot oleh pelabur Singapore. Manakala kuota 50% untuk pelabur tempatan “tidak banyak yang terusik” contohnya projek di Medini
  • Berdasarkan semakan Berita Semasa, pembelian unit hartanah banyak direkodkan sekitar tahun 2011, yang mana 3 tahun tempoh pembinaan berjalan bermakna sekitar tahun 2015 dan awal tahun 2016 akan terus berlkau lagi lambakan unit hartanah
  • “oversupply” menyebabkan nilai hartanah akan jatuh
Dan kepada kerajaan Malaysia ini, ini nasihat Profesor Dr Hoo Ke Ping :
  1. Dr Hoo Ke PingKerajaan mesti potong bajet untuk projek yang bukan keperluan
  2. Termasuklah kerajaan mesti batalkan projek keretapi laju KL – Singapore
  3. Kerajaan Malaysia tida duit untuk melaksanakan landasan berkembar masakan kerajaan mampu untuk menampung perbelanjaan besar bagi projek super mega keretapi laju KL Singapore?
  4. Jikalau keretapi laju dilaksanakan juga, AirAsia turun, KTM turun, Malaysia Airlines (MAS) bakal terduduk. Ini kerana laluan Kl Singaore begitu besar keuntungannya kepada MAS.
P/S : Berita Semasa sangat sarankan untuk anda lebih tumpukan pembelian hartanah secondary di bawah harga RM500,000 ke bawah di lokasi yang sedang meningkat naik berbanding unit hartanah baru.
PP/S : CASH is the king. Mulakan simpanan anda daripada sekarang sehingga 2017, kemudian beli semua unit hartanah pada waktu itu. Inilah yang sedang berlaku dalam “cycle recession 10 years” yang mana hampir bermula…1997-2007-2017
PPP/S : Orang muda yang baru untuk memulakan kehiduapan akan begitu terdedah dengan risiko dengan bahang cabaran ekonomi 2015, 2016 kelak. Dijangka lebih ramai yang akan muflis selepas ini apabila kenaikan kadar faedah pinjaman diumumkan kelak (pinjaman rumah, kredit kad dan lain-lain)
PPPP/S : Sekali lagi Profesor Dr Hoo Ke Ping memberikan nasihat dan juga amaran kepada anak muda terutamanya pada beberapa bulan mendatang yang mana Malaysia sedang menuju kegawatan ekonomi, jangan “dibuat main“!! Bersiap sedia!
credit: berita semasa

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup