corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Friday, August 17, 2012

HLIB, AmResearch jangka ekonomi M'sia berkembang hingga 5%

Ekonomi Malaysia dijangka berkembang sehingga lima peratus tahun ini, selepas mencatatkan pertumbuhan 5.4 peratus pada suku kedua 2012, demikian menurut firma penyelidikan.

Pertumbuhan 5.4 peratus itu dipacu oleh permintaan dalam negeri yang lebih kukuh, peningkatan daripada 4.3 peratus pada suku yang sama tahun lepas.

AmResearch berkata ia menjangka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2012 dapat mencatatkan antara 4.5 peratus dan lima peratus, melepasi anggaran sebelumnya, 4.5 peratus tahun ke tahun.

"Kami percaya bahawa tahap permintaan dalam negeri yang kukuh akan kekal jelas pada suku berikutnya, terutamanya dengan tempoh perayaan akan datang, ditambah dengan rangsangan yang diumumkan baru-baru ini untuk sektor awam serta penurunan tahap inflasi.

"Ini berpotensi membawa kepada pertumbuhan mencapai ke arah atas lingkungan ramalan," kata firma penyelidikan itu dalam notanya semalam.

Bagaimanapun, katanya tahap yang lebih tinggi dalam ketidakpastian serta ekonomi global perlahan kekal sebagai risiko menurun utama kepada pertumbuhan tahun ini.

"Oleh itu, kelembapan dalam eksport bersih dan sektor lain berkaitan perdagangan kekal kukuh memandangkan penurunan angka yang dilihat di luar negara.

"Bagaimanapun, sekiranya berlaku perkara yang tidak dijangka dari sektor luar, kita tetap yakin bahawa Malaysia akan mempunyai keupayaan untuk memastikan tahap pertumbuhan yang kuat melalui langkah fiskal dan kewangan masih ada," tambahnya.

Dalam nota yang berasingan, Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research menaikkan unjuran KDNK tahun penuh 2012 kepada lima peratus daripada sasaran awal sebanyak 4.5 peratus, berdasarkan kepada sektor pembuatan yang kurang
memberangsangkan diimbangi oleh projek pembinaan dan penggunaan swasta yang berdaya tahan.

Bagi setengah tahun kedua, firma penyelidikan itu berkata ia menjangka pertumbuhan KDNK bagi suku ketiga merosot kepada 4.5 peratus, ditarik oleh kelembapan perdagangan dan pembuatan serta asas yang lebih tinggi pada suku ketiga 2011.

"Itu sebelum meningkat kepada kira-kira 5.1 peratus pertumbuhan tahun ke tahun dalam suku keempat tahun ini, terutamanya disebabkan oleh peningkatan pertanian dan perlombongan. Ini akan menghasilkan purata pertumbuhan 4.8 peratus," kata HLIB Research.

Kemampanan perbelanjaan pengguna di masa hadapan mencabar setelah pertumbuhan kukuh pada suku kedua telah menyebabkan hutang isi rumah yang lebih tinggi (75.7 peratus daripada KDNK dan seperti pada akhir 2011: 74 peratus).

"Kami masih positif barisan projek Program Transformasi Ekonomi (ETP) untuk separuh kedua 2012 dan 2013 masih boleh menyediakan sokongan padu kepada pertumbuhan KDNK walaupun ketidaktentuan luaran," kata HLIB Research.

AmResearch dan HLIB Research mengekalkan berpendapat bahawa Bank Negara Malaysia akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) stabil pada 3.0 peratus sehingga akhir tahun 2012.

Pada Rabu, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.4 peratus pada suku kedua tahun ini berbanding dengan 4.3 peratus pada suku yang sama tahun lepas dipacu oleh permintaan dalam negeri yang kukuh.

Pada suku berkenaan, permintaan domestik melonjak 13.8 peratus berbanding 9.7 peratus pada suku pertama.

Zeti juga menyemak semula pertumbuhan KDNK 4.9 peratus bagi suku pertama daripada 4.7 peratus.

Beliau berkata permintaan domestik yang kukuh disokong oleh pertumbuhan teguh dalam perbelanjaan sektor awam dan swasta, manakala eksport bersih terus sederhana disebabkan eksport yang lemah dan import yang lebih tinggi.

- Bernama

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup