corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Friday, July 27, 2012

40 orang terkaya S'pura miliki aset RM189.34b

Empat puluh orang paling kaya di Singapura kini secara terkumpul memiliki aset bernilai US$59.4 bilion (US$1=RM3.18) meningkat US$5 bilion atau sembilan peratus berbanding tahun lepas.

Mengikut senarai orang paling kaya di Singapura yang diterbitkan oleh Forbes Asia, pasangan adik-beradik Robert dan Philip Ng, anak kepada pengasas Far East Organization, mendiang Ng Teng Fong, menduduki tangga teratas dengan harta bernilai US$9.2 bilion iaitu meningkat US$300 juta berbanding tahun lepas.

Far East Organization bersama Sino Group, syarikat sepemunya berpangkalan di Hong Kong, merupakan salah satu kumpulan hartanah terbesar di Asia dengan jumlah dagangan tahunan terkumpul sebanyak US$5.5 bilion.

Keluarga tokoh perbankan, mendiang Khoo Teck Puat kekal di tangga kedua dengan US$6.7 bilion. Mendiang Khoo telah meninggalkan hartanya kepada 14 anak-anaknya pada 2004.

Bagaimanapun, keluarganya masih menguasai kepentingan dalam Goodwood Group of Hotels di Singapura tetapi menjual pegangan dalam Standard Chartered Bank pada 2006 dengan harga anggaran US$4 bilion.

Di tangga ketiga ialah Pengerusi United Overseas Bank (UOB), Wee Cho Yaw, yang memiliki aset bernilai US$4.7 bilion, peningkatan US$500 juta berbanding tahun lepas.

Terdapat lapan muka baharu yang tersenarai tahun ini dan antaranya, Eduardo Saverin, pengasas bersama Facebook, di tangga kelapan dengan aset bernilai US$2.2 bilion.

Saverin, pemuda berusia 30 tahun kelahiran Brazil itu, menetap di Singapura sejak 2009 dan telah melabur dalam syarikat bayaran atas talian, Netswipe.

Beliau melepaskan taraf kerakyatan Amerika Syarikat tahun lepas.

Taikun hartanah, Raj Kumar dan anaknya Kishin RK dengan aset bernilai US$1.5 bilion di tangga ke-11 dan adik Raj Kumar, Asok Kumar Hiranandani di tangga ke-19 dengan US$910 juta.

Usahawan kelahiran India, Bhupendra Kumar Modi, kini rakyat Singapura, menduduki tangga ke-23 dengan aset bernilai US$755 juta, pemilik Hotel 81, Choo Chong Ngen di tangga ke-25 (US$690 juta) dan pengusaha hotel Michael Kum di tangga ke-26 dengan memiliki aset bernilai US$670 juta.

- Bernama

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup