corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Wednesday, May 2, 2012

Pengasas Facebook terus bekerja

PENGASAS bersama Facebook dan bekas rakan sebilik Mark Zuckerberg, Dustin Moskovitz adalah hartawan termuda di dunia.

Bagaimanapun, pemuda berusia 27 tahun itu, tidak pergi melancong atau menikmati kemewahan itu, sebaliknya terus bekerja di San Francisco meskipun menerusi tawaran awam permulaan (IPO) Facebook adalah mudah untuknya menggandakan kekayaan yang dimilikinya.
Apabila kami berfikir untuk bekerja, kami memikirkan untuk bekerja seperti mana perkhidmatan dan kecintaan kami terhadap kemanusiaan. - Justin Rosenstein, Pengasas bersama Facebook Moskovitz dan rakannya, Justin Rosenstein yang juga pengasas Facebook memiliki kekayaan Facebook bernilai AS$150 juta (RM453.98 juta) serta mengetuai syarikat dikenali Asana yang baru-baru ini melancarkan versi pertama pembayaran menerusi projek pengurusan perkhidmatan dalam talian.

Ketika ditemubual di pejabat Mission District, San Francisco, kedua-duanya berkata, mereka perlu bekerja setiap hari disebabkan nasib dan masih perlu melakukan sesuatu dengan kehidupan mereka.

“Apabila kami berfikir untuk bekerja, kami memikirkan untuk bekerja seperti mana perkhidmatan dan kecintaan kami terhadap kemanusiaan,” kata Rosenstein, 28.

Moskovitz menambah: “Jika kami bersara, kami tidak mampu memberi perkhidmatan kepada sesiapa.
Walaupun sentimen idealistik yang disuarakan adalah sesuatu yang mudah keluar daripada mulut dua pemuda yang tidak perlu gusar mengenai duit, namun begitu mereka berdua perlu terus bekerja meskipun ia adalah sesuatu yang tidak diperlukan.

Seperti Zuckerberg sendiri, mereka seolah-olah tidak berminat dalam mengumumkan status kekayaan yang diperoleh.

Selaras dengan trend permulaan menjauhi hiraki tugas, kedua-duanya tidak memiliki pejabat berasingan, sebaliknya duduk di antara pekerja lain di Asana yang memiliki 24 tenaga kerja. Mereka tidak memiliki pengiring, malah gemar berbasikal.

Sama seperti Zuckerberg, mereka berpakaian tidak kemas dengan Moskovitz memakai baju biasa, manakala Rosenstein memakai baju sejuk dengan kasut berjenama Chuck Taylor.

Kedua-duanya mengakui bahawa kebebasan mutlak mereka adalah untuk meneruskan wawasan tertentu iaitu bagaimana untuk mengubah dunia dan ia seolah-olah tidak mempunyai keraguan bahawa perisian mereka akan berbuat demikian.

Sama seperti mana jurutera terawal Facebook, mereka dilihat mampu mengubah dunia.

Asana akan mempercepatkan kemajuan manusia dengan mengubah cara bekerjasama, kata Rosenstein.

Terlalu banyak masa di tempat kerja membolehkan masa diperuntukkan untuk ‘mengenai kerja’, kata Moskovitz. Mereka berkata, Asana membolehkan orang ramai bebas melakukan lebih banyak kerja penting.

“Kami boleh bekerja walaupun mengidap kanser. Kami boleh bekerja di atas bangunan kapal angkasa. Kami boleh bekerja dalam projek seni.

“Apa yang menggembirakan bekerja di Asana adalah kami bekerja dalam satu kumpulan pada masa sama,” kata Rosenstein.

Sama ada Asana mampu mengubah dunia tercapai atau sebaliknya, pesaing dalam projek yang banyak dan pasaran perisian pengurusan masih belum dapat dilihat.

Seperti produk sama yang lain, perisian mereka membolehkan pengguna membina pangkalan Web untuk menyenaraikan kumpulan fokus untuk matlamat sama yang boleh digunakan bagi menetapkan pekerjaan dan memantau apa yang akan dilakukan.

Kedua-duanya percaya Asana akan berjaya menerusi kepantasan, kecekapan dan keupayaan untuk mengekalkan aliran yang dimaksudkan dalam namanya, merujuk kepada yoga yang bertujuan untuk membantu aliran tenaga rohani dalam badan.

Menurut fail pra-IPO Facebook oleh Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti, Moskovitz memegang hampir 134 juta saham Facebook yang membolehkannya menguasai 7.6 peratus pegangan dalam syarikat itu.

Berdasarkan nilai yang diletakkan ke atas Facebook dalam perjanjian tunai dan saham bernilai AS$1 bilion (RM3.03 bilion) untuk Instagram, kekayaan bersih pra-IPO Moskovitz melebihi AS$4 bilion (RM12.1 bilion). – AP

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup