corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Tuesday, March 20, 2012

Cina kurang yakin dengan ekonomi 2012

Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM) hari ini berkata komuniti perniagaan Cina kurang yakin dengan tinjauan ekonomi untuk tahun 2012 tetapi agak positif dan kekal berhati-hati untuk tahun 2013.

Menurut kaji selidiknya mengenai situasi ekonomi di Malaysia bagi separuh kedua 2011, 58 peratus daripada responden melahirkan keyakinan untuk prestasi ekonomi Malaysia dan tinjauan perniagaan tahun 2012, merosot daripada 65 peratus pada tahun 2011.

Sebaliknya pula, 42 peratus pesimistik atau agak pesimistik mengenai tinjauan ekonomi pada tahun 2012, naik daripada 35 peratus pada 2011.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan ACCCIM, Dr Leong Kai Hin (kanan) memberitahu pemberita di Kuala Lumpur hari ini yang komuniti perniagaan Cina berpandangan yang kelembapan ekonomi adalah bersifat sementara dan ia akan berbalik kepada trendnya dan pulih dalam tahun-tahun mendatang.

Ini dicerminkan dalam meningkatnya keyakinan dalam prestasi ekonomi Malaysia dalam tahun-tahun akan datang, dengan 65 peratus responden melahirkan keyakinan untuk tahun 2013, naik daripada 58 peratus pada 2012.

Dalam ucapannya pada persidangan itu, Presiden ACCCIM Tan Sri William Cheng berkata prospek pertumbuhan kian menjadi tidak menentu dengan dasar yang tidak berkepastian berhubung penyelesaian krisis hutang yang berlanjutan di Eropah, sekali gus menjejaskan prospek untuk pertumbuhan global seterusnya.

Sementara itu, aliran masuk pelaburan asing langsung (FDI) ke dalam ekonomi Asia Tenggara dijangka berterusan memandangkan keadaan makro ekonomi kekal berada di tapak yang stabil berbanding ekonomi di Barat.

"Malaysia berhadapan dengan saingan sengit dalam menarik aliran masuk FDI dengan negara-negara ASEAN yang lain. Perusahaannya, seperti negara-negara ASEAN yang lain, kini berhadapan dengan banyak cabaran seperti halangan kemasukan pasaran, kenaikan kos buruh, harga bahan mentah yang melambung tinggi dan ketidakstabilan di pasaran antarabangsa.

"Perniagaan Malaysia terus menantikan kerajaan melaksanakan dasar yang cekap dan berkesan yang boleh merancakkan aktiviti ekonomi dengan lebih pesat," kata Cheng.

- Bernama

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup