corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Thursday, February 16, 2012

Minda terjajah: Perkasa budaya takut

ELVIZA MICHELE KAMAL

Di Ambang kegawatan ekonomi dalam tahun 1930-an, Presiden Amerika ketika itu, Franklin Roosevelt, memberi kata-kata semangat kepada rakyatnya: “The only thing we have to fear is the fear itelf.”

Melihat dari sudut retrospeksi dan secara rawak, kebanyakan kita masih lagi skeptikal, kurang cenderung dan berasa terhalang apabila berhadapan dengan konsep perubahan - walaupun ekonomi dunia tidak segawat zaman depresession awal 1930-an dahulu.

Minda kita, secara subconscious sering berharap agar keadaan kekal seperti biasa, walaupun kita sedar bahawa apa yang kekal hanya perubahan demi perubahan bakal berlaku dalam hidup.

Rasa takut itu sebenarnya merangkumi pelbagai aspek. Saya beri contoh anak saya, misalnya, dia tidak suka gelap dan persekitaran asing, dia takut bila keadaan di sekelilingnya berubah.

Ibu mertua saya telah berlanggan akhbar The New Straits Times lebih dari 30 tahun, dan beliau masih lagi membaca akhbar sama sekarang kerana sudah terbiasa dan selesa dengan akhbar tersebut, dia menolak kemungkinan untuk membaca akhbar lain.

Saya juga punyai seorang rakan yang sangat benci tugasan dan majikan di tempat beliau bekerja. Tetapi dia takut untuk mencari kerja lain kerana gaji ditawarkan sekarang lumayan. Kalau tukar kerja, sudah tentu tidak dapat paras gaji yang sama, keluh beliau berkali-kali.

Contoh terakhir di atas sebenarnya agak mencabar logik di minda. Ramai antara kita yang punya masalah dengan kerja atau hubungan sesama manusia, tetapi tetap takut untuk berubah. Kalau betul tak suka, kenapa enggan berubah?

Fikir saya, manusia enggan berubah atau berhijrah kepada sesuatu yang baru kerana kita takut kepada dua akibat paling imminent sekiranya kita memeluk perubahan. Pertama, tiada apa yang terjadi, keadaan sebelum atau pasca perubahan yang diadaptasi, kekal di takuk lama. Kedua, keadaan menjadi lebih buruk pasca perubahan.

Lumrah insan selalu menjurus dan cenderung untuk mengikut arahan emosi, termasuk rasa takut untuk berubah. Dari kecil hingga dewasa, kita membina zon selesa (comfort zone) dan berasa takut sekiranya parameter tersebut diubah.

Apa yang menjadi corak dewasa ini, apabila kita terlalu memfokuskan minda ke arah elemen negatif sebelum membuat keputusan untuk berubah. Pengarang buku berjudul Feel the Fear and Do it Anyway, Susan Jeffers, telah merumuskan bahawa perasaan takut yang sebenarnya adalah satu tanggapan yang kita tidak mampu mengawal sesuatu.

Ini berkait rapat dengan konsep perubahan: sekiranya perubahan berlaku, naluri kita secara automatik akan berasa takut kalau-kalau kita tidak mampu menangani arus perubahan tersebut.

Dari sudut perubahan politik juga begitu. Maaf, ruangan ini bukan makalah untuk mendesak anda menukar pegangan politik masing-masing. Saya bercakap tentang perubahan dalam sesuatu parti itu sendiri.

Terbukti, melalui pengamatan dan pembacaan saya, hampir semua parti politik dalam negara, sebulat suara bersetuju bahawa perubahan akan memberi ruang untuk idea yang lebih baru dan inovatif.

Tetapi kita lupa satu perkara: perubahan hanya akan menjadi efektif apabila rakyat yakin perubahan tersebut akan menjamin taraf hidup dan landskap politik yang lebih baik. Jika tidak, perubahan yang dicanang bakal makan diri apabila elemen takut menjajah minda.

Sebelum membawa wacana perubahan, kita harus ingat bahawa naluri insani selalunya akan mengekang perubahan atas nama kestabilan hidup seharian. Bak kata pepatah jika tangan berani mencencang, bahu pula mesti berani memikul.

Budaya menyerapkan rasa takut – tanpa mengira medium, sama ada di media atau sistem pendidikan – tidak akan memangkin perubahan lebih bagus atau membentuk pelopor masa depan yang merdeka fikiran.

Perubahan tidak perlu drastik, impak negatif dan rasa takut boleh ditangani dengan mendahulukan perubahan secara gradual dan berperingkat. Untuk anda dan saya, mari kita berhijrah dari budaya takut bersuara, takut menegur, takut membangkang, takut berubah. Jika salah tidak mengapa, sekurang-kurangnya anda dan saya boleh belajar daripada kesilapan.

Teringat saya kepada petikan dalam Syair Perahu, karya si ahli fikir Nusantara, Hamzah Al-Fansuri, dalam membentuk insan terpuji dan keberanian:

Hai muda arif budiman
Hasilkan kemudi dengan pedoman
Alat perahumu jua kerjakan
Itulah jalan membetuli insan


Elviza seorang peguam dan penulis. Pohon bertemu minda di http://twitter.com/elviza

- www.sinarharian.com.my

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup