corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Friday, October 14, 2011

MIER turunkan unjuran KDNK kepada 4.6 peratus

Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) telah menyemak kembali unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk tahun 2011 kepada 4.6 peratus daripada 5.2 peratus sebelumnya.

Pengarah eksekutifnya, Dr Zakariah Abdul Rashid, mengaitkan semakan secara menurun ini kepada pertumbuhan eksport yang lemah ekoran meningkatnya keadaan tidak menentu ekonomi serantau dan global.

"Bagaimanapun, pelaksanaan projek Program Transformai Ekonomi (ETP) dan hasil pembentangan Belanjawan 2012, yang direka untuk menampan kos kehidupan yang tinggi, akan merancakkan permintaan domestik," kata beliau.

Bercakap dalam taklimat media mengenai Tinjauan Ekonomi Malaysia: Terkini Suku Ketiga 2011 di sini hari ini, beliau berkata unjuran awal MIER dibuat sembilan bulan dulu sebelum berlakunya keadaan tidak menentu ekonomi pada masa ini.

"Memuncaknya kebimbangan daripada zon euro dijangka menjejaskan tinjauan ekonomi Malaysia untuk US dan China, sekali gus menjurus kepada pertumbuhan eksport yang lemah di Malaysia," kata beliau.

Faktor negatif lain yang menjejaskan pertumbuhan ekonomi termasuklah krisis hutang kedaulatan Eropah, penghindaran risiko global, prospek kelemahan elektrik dan elektronik dan hutang isi rumah yang tinggi.

"Pelaksanaan projek-projek ETP dan pemberian tunai seperti yang dicadangkan dalam Belanjawan 2012 boleh merancakkan permintaan dosmetik, tetapi tidak mungkin dapat mengimbangi prestasi kurang menggalakkan dalam eksport bersih," kata beliau.

MIER turut menurunkan unjuran pertumbuhan KDNK 2012 kepada 5.0 peratus daripada 5.5 peratus berikutan momentum pertumbuhan yang sederhana daripada separuh kedua tahun ini kerana tinjauan eksport yang lemah.

Inflasi mungkin menyederhana kepada 3.1 peratus tahun ini sebelum bergerak rendah kepada 2.7 peratus pada tahun 2012 kerana tinjauan ekonomi yang lemah dan harga komoditi global yang kurang menggalakkan.

"Dasar kewangan akan terus kekal akomodatif bagi menyokong pertumbuhan dan kadar dasar semalaman (OPR) dijangka kekal pada 3.0 peratus pada 2011 hingga 2012," kata Zakariah.

MIER menjangkakan ringgit akan bergerak sekitar paras 3.20 untuk satu dolar AS tahun ini sebelum mengukuh kepada 3.10 dalam tahun 2012 selepas jatuh 3.3 peratus sejak tiga bulan lepas kerana tekanan jualan.

Ringgit diniagakan pada 3.12 hari ini.

- Bernama

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup