corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Sunday, October 9, 2011

Ekonomi akan berkembang 5 - 6 % tahun depan

Ekonomi negara dijangka berkembang 5.0 - 6.0 peratus pada tahun depan, yang akan dipacu oleh permintaan domestik dengan sektor swasta memainkan peranan yang lebih penting manakala sektor awam terus menyokong pertumbuhan dengan perbelanjaan modal yang lebih baik.

Laporan Ekonomi Kementerian Kewangan 2010/2011, yang dikeluarkan hari ini, menyatakan unjuran itu turut mengambil kira pertumbuhan ekonomi dunia yang sederhana dan kegiatan perdagangan sesama serantau yang kekal kukuh serta pemulihan eksport elektrik dan elektronik dan harga komoditi yang teguh.

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia pada suku kedua berkembang 4.0 peratus dari pertumbuhan yang disemak semula sebanyak 4.9 peratus pada suku tahun pertama.

Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan pada pertengahan Ogos yang kerajaan menjangka ekonomi negara akan berkembang 5.0 - 6.0 peratus pada tahun ini.

"Permintaan domestik, terutamanya perbelanjaan sektor swasta dijangka memainkan peranan yang penting dalam memacu perkembangan ekonomi pada 2012," kata laporan itu.

Pelaburan swasta dijangka mengekalkan momentum yang kukuh dengan pertumbuhan 15.9 peratus yang disokong oleh aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) yang berterusan dan perlaksanaan projek permulaan (EPP) yang rancak.

Pada tahun depan, perbelanjaan awam dijangka meningkat 4.7 peratus dengan pelaburan awam berkembang 7.0 peratus.

Pertumbuhan sektor perkhidmatan dijangka kekal 6.5 peratus pada 2012 berbanding dengan 6.4 peratus pada tahun ini, yang dipacu oleh subsektor perdagangan borong dan runcit, kewangan dan insurans serta komunikasi.

Selaras dengan perkembangan itu, sumbangan sektor perkhidmatan dijangka meningkat kepada 58.9 peratus daripada KDNK.

Sektor pertumbuhan yang dijangka mengekalkan pertumbuhannya pada 4.5 peratus akan disokong sebahagian besar oleh pertumbuhan yang kukuh dalam industri berorientasi domestik khususnya subsektor yang berasaskan sumber.

Sektor pertanian dijangka berkembang 4.1 peratus pada 2012 berbanding 4.7 peratus pada tahun ini, dengan kebanyakan subsektor mencatat prestasi yang kukuh.

"Kegiatan sektor perladangan, terutamanya kelapa sawit dan getah diunjurkan terus cergas sejajar dengan peningkatan hasil yang lebih tinggi."

Sektor perlombongan dijangka berkembang 2.5 peratus pada 2012 berbanding dengan -2.4 peratus tahun ini,yang disokong oleh pengeluaran minyak mentah dan gas asli yang lebih tinggi.

Sektor pembinaan dijangka berkembang dengan kukuh sebanyak 7.0 peratus pada 2012 berbanding 3.4 peratus pada 2010, yang didorong oleh pelaksanaan projek infrastruktur berskala besar dan aktiviti pembinaan perumahan yang cergas.

Kegiatan subsektor kejuruteraan awam akan disokong oleh pelaksanaan projek pembangunan bagi mempertingkatkan potensi pertumbuhan ekonomi jangka panjang seperti aliran MRT Sungai Buloh-Kajang dan terminal bersepadu di Gombak.

- Bernama

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup