corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Tuesday, February 15, 2011

Lahir usahawan berdaya maju

Oleh Shahrizan Salian
shahrizan@bharian.com.my
2011/02/14

TERAJU kenal pasti kumpulan profesional lonjak ekonomi Bumiputera

UNIT Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) yang diumumkan penubuhannya awal minggu lalu merancang untuk membangunkan kumpulan usahawan berkeupayaan tinggi yang terdiri daripada golongan profesional sebagai antara agenda pembangunan Bumiputera.

Ketua Eksekutifnya, Husni Salleh, berkata cadangan berkenaan yang sejajar dengan salah satu bidang utama penubuhan TERAJU iaitu keusahawanan dan penciptaan kekayaan akan dibincangkan pada makmal pertama unit di bawah Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) itu pada bulan depan.
Katanya, ia antara agenda penting untuk melahirkan kumpulan usahawan profesional yang berupaya melonjakkan tahap ekonomi Bumiputera ke paras lebih tinggi berbanding sebelum ini.

“Kami sedang mengenal pasti kumpulan profesional yang berpotensi untuk menjadi usahawan yang kini berkhidmat di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan firma multinasional lain.

“TERAJU tidak akan sepenuhnya membantu kumpulan itu dari segi kewangan kerana mereka perlu berusaha sendiri sebagai usahawan tulen tetapi kami akan membantu dari segi memudah cara dan sebagainya,” katanya dalam satu temubual dengan Berita Harian di Putrajaya, baru-baru ini.

TERAJU bertanggungjawab ke atas lima agenda utama pembangunan ekonomi Bumiputera iaitu keusahawanan dan penciptaan kekayaan; pembiayaan; pendidikan dan penggajian; penilaian institusi dan instrumen dasar serta pengurusan pemegang kepentingan.
Husni berkata, buat permulaan TERAJU akan mengenal pasti kumpulan pertama profesional itu yang terdiri daripada antara 20 hingga 25 orang.

“Ini untuk jangka pendek iaitu dalam tempoh tiga hingga enam bulan dari sekarang. Kami perlu bekerja pantas untuk mencapai matlamat mengukuhkan agenda ekonomi Bumiputera,” katanya.

Beliau berkata, TERAJU mengenal pasti kumpulan profesional terbabit berupaya menjalankan perniagaan dalam 12 sektor di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) sejajar dengan matlamat mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

“Bukan mudah untuk mengajak kumpulan profesional menjadi usahawan kerana mereka sudah berada pada zon selesa dan mempunyai komitmen masing-masing. Bagaimanapun, kami memerlukan kumpulan ini yang mempunyai daya kemahiran pengurusan tinggi untuk sektor yang dikenal pasti di bawah NKEA bagi melonjakkan tahap ekonomi Bumiputera,” katanya.

Husni menegaskan, matlamat paling utama TERAJU adalah untuk memastikan ekonomi Bumiputera adalah berdaya saing dan bukan untuk mengenepikan hak kaum lain di Malaysia.

“TERAJU mahu memastikan nisbah peningkatan tahap Bumiputera dalam bahagian keseluruhan ekonomi bergerak sama pantas dengan kaum lain,” katanya.

Penguasaan Bumiputera dalam ekonomi negara kini adalah 22.9 peratus.

Sementara itu, Husni berkata hasil daripada beberapa makmal yang akan diadakan oleh TERAJU bersama beberapa pihak seperti agensi berkepentingan dan peserta industri akan membentuk program pertama yang dijangka dilancarkan pada Mei atau Jun.

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup