corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Friday, October 8, 2010

Kerajaan tambah RM3b dalam WCGS

KUALA LUMPUR 7 Okt. - Kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) bersetuju menyuntik dana tambahan RM3 bilion bagi Skim Jaminan Modal Kerja (WCGS). Dana tambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan yang diletakkan dalam WCGS berjumlah RM10 bilion.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, ini sejajar dengan Model Baru Ekonomi (MBE) yang memberi tumpuan pada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

"Dalam skim ini, kerajaan menjamin 80 peratus pinjaman manakala PKS pula hanya perlu menanggung 0.5 peratus daripada bayaran jaminan.

"Skim ini berguna untuk pembiayaan modal kerja PKS yang amat diperlukan pada masa kini berbanding pembiayaan perbelanjaan modal yang masih menjadi lebihan kapasiti bagi PKS," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengumuman Pemenang Anugerah Golden Bull 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dekat sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Nanyang Siang Pau dan China Press, Liew Sam Ngan; Setiausaha Agung Persatuan Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), yang juga Ketua Hakim Anugerah Golden Bull 2010, Datuk David Chua; dan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur (DPMMKL) Datuk Syed Amin Aljeffri.

Para pemenang Anugerah 100 PKS Cemerlang, Anugerah PKS Baru dan Anugerah Super Golden Bull turut diumumkan pada majlis itu.

Sementara itu, David berkata, pihaknya memperkenalkan satu kategori baru tahun ini iaitu Anugerah Super Golden Bull.

Katanya, kategori ini mengiktiraf PKS yang menunjukkan pencapaian jualan luar biasa sepanjang tiga tahun lalu dan berjaya mengekalkan pusingan niaga RM75 juta setiap tahun.

"Antara 10 pemenang yang menerima anugerah ini ialah Berjaya Starbucks Coffee Company Sdn. Bhd., CH Reinforcing Steel (M) Sdn. Bhd., Hong Seng Assembly Sdn. Bhd., Ikhmas Jaya Sdn. Bhd., Old Town International Sdn. Bhd., dan Persona Metro Sdn. Bhd.

"Untuk Anugerah 100 PKS Cemerlang Golden Bull, 10 pemenang terbaik akan dirahsiakan dan hanya akan diumumkan semasa malam gala anugerah itu iaitu pada 12 November nanti di Genting Highlands," ujarnya.

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup