corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Tuesday, October 19, 2010

'Bajet 2011 gagal zahirkan MBE, ETP'


Walaupun banyak yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang Model Baru Ekonomi (MBE) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP), namun tiada satu pun daripada polisi itu yang dizahirkan dalam Bajet 2011.

Bercakap dalam forum anjuran DAP di Petaling Jaya malam tadi, pakar dan ahli politik Pakatan Rakyat berkata bajet yang diumumkan Jumaat lalu, gagal menyerlahkan program "transformasi" kerajaan untuk menjadikan Malaysia masyarakat berpendapatan tinggi.

Pensyarah perniagaan Universiti Malaya (UM) Cheong Kee Cheok tidak menemui kaitan antara bajet pertama era 'transformasi' Najib dan dasar-dasar barunya itu.

"Tidak ada petunjuk tentang bagaimana untuk mengaitkan bajet ini dengan ETP. Ada beberapa pelaburan infrastruktur, tapi persoalannya di mana ianya dilaburkan? Hanya sedikit untuk mengaitkannya dengan MBE," katanya.

Cheong juga berpendapat bahawa bidang-bidang utama pembangunan sumber dan teknologi, yang penting untuk memacu ekonomi pendapatan tinggi, tidak disentuh secara bermakna oleh bajet tersebut.

"Ini serius, kerana kita terus tertinggal di belakang Singapura dalam pendidikan matematik dan sains dalam Tren Jabatan Pendidikan AS dalam pengajian antarabangsa Matematik dan Sains. Jiran kita nombor 1, kita telah tersorot ke nombor 20 di bawah senarai purata 60 negara."

Rakannya, profesor ekonomi Raja Rasiah, yang sependapat dengan Cheong berkata bajet tersebut gagal memperincikan bagaimana wang yang dibelanjakan, akan menjana "transformasi" Malaysia kepada ekonomi pendapatan tinggi.

Rasiah (kanan) mempersoalkan peningkatan peratusan bagi KWSP untuk melabur di luar negara, dari 2 peratus kepada 12 peratus.

"Mengapa melabur wang GLC luar negeri? Limpahan dari pelaburan seumpama itu akan pergi ke tempat-tempat seperti Indonesia, yang akan mewujudkan modal dan pekerjaan yang sangat diperlukan di sini," katanya.

Pensyarah UM itu berkata, ia bukan satu masalah jika ianya membabitkan modal swasta, tetapi menurutnya, modal kerajaan harus digunakan untuk merangsang ekonomi domestik," katanya.

Rasiah juga menegur tentang pembelanjaan dana pembangunan oleh kerajaan tanpa ada satu bentuk kawalan yang baik.

"Anda mewujudkan dana, tetapi tidak ada mekanisme untuk memastikan wang disalurkan dengan baik kepada kumpulan sasaran yang betul," katanya sambil menambah bahawa tidak ada pemantauan terhadap prestasinya.

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup