corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Monday, September 20, 2010

Pekilang tentang niaga ringgit di luar negara

Cadangan untuk meniagakan ringgit di luar negara boleh menarik "wang panas" jangka pendek serta aliran masuk dan aliran keluar spekulatif, satu senario yang berlaku semasa krisis kewangan Asia 1997/98.

Dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini, Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) berkata dengan memperdagangkan ringgit di luar negara, wang panas dan aktiviti spekulatif untuk "menyebarkan berita yang menaikkan nilai ringgit" boleh mempengaruhi paras rizab antarabangsa dan menjejaskan ekonomi sebenar.

"Bagi pelabur serius, regim tukaran asing yang stabil dan mencerminkan asas ekonomi sebenar adalah lebih penting. Kebebasan untuk menghantar balik keuntungan dan menerima pembayaran sama penting," katanya.

FMM berkata demikian sebagai mengulas laporan yang menyokong ringgit yang kukuh dan meniagakan mata wang negara di luar negara.

Menurut persekutuan berkenaan, kestabilan regim tukaran asing adalah penting untuk semua pelabur dan ekonomi jangka panjang.

"Kestabilan ringgit dan kebebasan untuk menghantar dividen dan modal yang menarik pelaburan jangka panjang termasuk pelaburan langsung asing adalah penting.

"Kita perlu mengingatkan diri kita tentang apa yang dialami semasa krisis kewangan 1997 yang mengajar negara bahawa spekulasi yang tidak dikawal dan aliran masuk wang panas memberi kesan bukan hanya secara langsung terhadap pasaran kewangan tetapi juga terhadap aktiviti dalam ekonomi sebenar," kata FMM.

Persekutuan itu berkata adalah perlu menerima pandangan yang lebih seimbang memandangkan ringgit yang lebih kukuh boleh membeli komponen import yang lebih murah tetapi akan menjadikan produk akhir kurang kompetitif bila dieksport.

"Industri berorientasikan eksport dan berasaskan sumber terutamanya akan paling terjejas oleh ringgit yang kukuh.

"Tambahan pula, ringgit yang kukuh akan meningkatkan permintaan domestik bagi import berbanding perkhidmatan dan barangan yang dikeluarkan dalam negara, membawa kepada defisit dalam akaun semasa bagi imbangan pembayaran," katanya.

Sektor-sektor yang tidak boleh didagangkan termasuk hartanah. Mungkin mendapat faedah daripada kenaikan ringgit, tetapi kebimbangan telah wujud mengenai kemungkinan kenaikan harga dengan cepat dalam pasaran hartanah, katanya.

Ia berkata dengan rizab antarabangsa Malaysia kekal teguh, negara perlu diingatkan yang rizab ini berkembang dengan ketara di bawah regim ringgit yang kukuh.

"Syarikat-syarikat perlu mengambil kesempatan daripada ringgit yang kukuh ini dengan menaikkan dan menggerakkan aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dengan melabur dalam teknologi dan aset modal baharu serta mendapat tenaga kerja berkebolehan," katanya.

Menurut FMM bagi menarik lebih banyak pelaburan, dasar kerajaan perlu memberi tumpuan berbanding menangani kekangan struktur bagi menyelesaikan bidang kritikal seperti pendidikan, pembangunan modal manusia, meritokrasi dan ketelusan serta menentang rasuah bagi menyokong peralihan ekonomi.

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup