corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Friday, August 27, 2010

Malaysia tempat ke-37 daripada 100 negara terbaik

Oleh - Dr Aminudin Mansor

Tahniah! Dan semoga terus berusaha lagi memperbaiki keadaan yang sedia ada bagi negara Malaysia yang menduduki tempat ke-37 daripada 100 negara terbaik dunia. Kajian terbaru dan penilaian secara realiti ini dibuat oleh majalah Newsweek dalam edisi khasnya.

Kajian majalah ini dikatakan menetapkan pemilihan negara terbaik berdasarkan lima kategori iaitu pendidikan, kesihatan, kualiti kehidupan, daya saing ekonomi dan persekitaran politik. Semua perkara dan faktor ini diambil kira serta menjadi keutamaan disebabkan menjurus kepada kesejahteraan negara.

Kesemua faktor ini digabungkan jumlahnya dan menjadikan penentuan di tangga mana sesebuah negara itu sepatutnya berada. Sebagai contoh, Malaysia dipilih berada di tempat ke-37 setelah kesemua lima kategori digabungkan dengan jumlah keseluruhan markah adalah 69.69 peratus. Suatu nombor yang cantik dan memberi petanda ke arah kejayaan seterusnya.

Mengikut kajian majalah Newsweek Malaysia berada di tempat ke-14 dalam kategori daya saing ekonomi dengan markah 61.93 peratus, tempat ke-48 dalam kategori kualiti kehidupan dengan markah 69.28 peratus, faktor kesihatan di tangga ke-52 dengan markah 71.02 peratus, faktor pendidikan dengan markah 86.43 peratus di tempat ke-36 dan terakhir, persekitaran politik di tangga ke-54 dengan markah 95.80 peratus.

Walaupun kajian ini masih boleh dipertikaikan ketepatan dan kebenarannya, sedikit sebanyak ia memberikan gambaran sebenar kelima-lima kategori tersebut bagi Malaysia. Secara positifnya kajian ini juga akan menarik lebih ramai pelancong datang ke negara ini untuk melawat dan melihat keadaan sebenar Malaysia.

Justeru, apa-apa kelemahan yang ada seperti perkara-perkara tidak disentuh seperti tabiat mengekalkan kebersihan di kawasan kediaman dan juga kawasan bandar dan luar bandar harus dipertingkatkan lagi.

Tabiat sebilangan penduduk yang membuang sampah merata-rata haruslah diubah. Faktor kebersihan banyak menyumbang kepada faktor kesihatan penduduk.

Jika ditinjau beberapa senarai negara terbaik dunia seperti pertama Finland, kedua Switzerland dan ketiga Sweden memang terkenal dengan kebersihan dan tahap kesihatan penduduknya yang tinggi. Perkara ini semua banyak menjurus kepada kesejahteraan serta kualiti hidup rakyat dan negara.

Bidang pendidikan negara juga memainkan peranan penting ke arah kesejahteraan negara. Apabila rakyat yang terdidik dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran akan menyumbang kepada peningkatan kesejahteraan hidup rakyat pada masa depan.

Justeru, langkah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mensasarkan dua kali ganda pelajar iaitu 134,000 pelajar teknik dan vokasional menjelang 2015 akan menjadikan bidang pendidikan lebih berdaya saing.


Penulis ialah penyair, bekas pendidik. PhD Persuratan Melayu, UKM, Bangi.

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup