corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Thursday, July 22, 2010

CPI naik 1.7%, tertinggi tahun ini


Indeks Harga Pengguna (CPI) bagi bulan Jun meningkat 1.7 peratus - kepada 113.7 daripada 111.8 - dibandingkan dengan bulan yang sama tahun lepas, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia hari ini.

Berbanding Mei, CPI meningkat 0.2 peratus, kata jabatan tersebut. Ia merupakan yang tertinggi dalam tahun ini.

Kenaikan itu adalah susulan peningkatan indeks makanan dan minuman bukan alkohol dan indeks bukan makanan sebanyak 2.7 peratus dan 1.1 peratus sebelumnya jika dibandingkan dengan bulan yang sama tahun lepas, kata jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini, lapor Bernama.

Peningkatan itu adalah disebabkan oleh kenaikan indeks bagi semua kumpulan utama, kecuali indeks pakaian dan kasut (-1.7 peratus) dan komunikasi (-0.4 peratus).

Kenaikan yang ketara bagi kumpulan utama yang berwajaran tinggi ialah indeks makanan dan minuman bukan alkohol (+ 2.0 peratus), pengangkutan (+ 1.0 peratus) dan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (+0.9 peratus), katanya.

Jabatan itu berkata kenaikan itu disumbangkan oleh kenaikan indeks makanan di rumah (+1.9 peratus), makanan di luar rumah (+2.0 peratus) dan kopi, teh, koko dan minuman bukan alkohol (+ 0.8 peratus).

Antara subkumpulan makanan di rumah yang mengalami kenaikan signifikan pada tempoh ini ialah gula, jem, madu, coklat dan manisan (+7.2 peratus ), sayur-sayuran (+5.6 peratus), daging (+ 2.4 peratus), buah-buahan (+ 1.6 peratus), ikan dan makanan laut (+ 1.4 peratus) dan beras, roti dan bijirin lain (+0.8 peratus).

Berbanding bulan sebelumnya, CPI bagi Jun 2010 meningkat berikutan peningkatan enam kumpulan utama iaitu makanan dan minuman bukan alkohol dan pelbagai barangan dan perkhidmatan, masing-masing sebanyak 0.4 peratus, kesihatan dan restoran & hotel, masing-masing sebanyak 0.2 peratus, minuman alkohol & tembakau dan pengangkutan, masing-masing sebanyak 0.1 peratus.

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup