corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Tuesday, April 20, 2010

MPEN: Malaysia Mesti Keluar Daripada Sindrom Subsidi

Malaysia mesti keluar daripada mentaliti tenaga kerja murah dan sindrom mentaliti subsidi (boiling frog syndrome), jika mahu merealisasikan hasratnya menjadi ekonomi berpendapatan tinggi, kata pegawai kanan Majlis Penasihat Ekonomi Nasional (MPEN).

"Kita wajar kembali kepada asasnya. Syarikat-syarikat kita masih bergantung kepada tenaga kerja murah dan subsidi dan kita terus membenarkannya. Kita perlu keluar daripada sindrom itu," kata Tan Sri Amirsham Abdul Aziz berkata.

Beliau bercakap semasa sesi soal jawab pada forum makan malam mengenai Model Ekonomi Baru (MEB) anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, baru-baru ini.

MEB yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bulan lepas bermatmat mengubah negara menjadi ekonomi berpendapatan tinggi yang mampan dan menyeluruh yang akan meletakkan negara pada kedudukan yang sesuai untuk menjadi negara maju menjelang 2020.

"Kerajaan menjadi pemancu pertumbuhan, dengan memperuntuk subsidi yang besar untuk merangsang ekonomi. Ia boleh menyebabkan defisit meningkat," katanya pada forum itu, Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Kamaruddin Siaraf.

"Ia ditambah dengan subsidi besar bahan api, makanan, penjagaan kesihatan dan pendidikan," kata Amirsham yang dilantik ke jawatan itu Jun lepas bagi membantu Malaysia daripada terjerumus dalam kemelesetan.

"Tiga hingga empat tahun akan datang, kita boleh melupakan ekonomi pendapatan tinggi jika terus menggunakan laluan yang sama. Oleh itu, kita sudah menetapkan asasnya. Sektor swasta sepatutnya menjadi pemacu pertumbuhan. Kerajaan hanya campur tanan jika ada krisis utama," katanya.

Malaysia terpaksa mengurus bajet hasil daripada langkah suntikan dana berjumlah RM67 bilion.

Kos subsidi kepada kerajaan bersamaan dua hingga tiga peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), dan merupakan heretan ke atas defisit bajet yang meluas sehingga paras tertinggi dalam tempoh 20 tahun pada 7.4 peratus KDNK pada 2009. Menerusi bajet 2010, jumlah subsidi untuk bahan api dan makanan disasarkan susut sebanyak 14.7 peratus kepada RM20.9 bilion.

Memberi taklimat kepada wakil agensi kementerian itu, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan pada forum itu, Setiausaha MPEN Prof Norma Mansor berkata Malaysia mengamalkan mentaliti subsidi sekian lama dan menyebabkan rakyatnya terperangkap dalam "boiling frog syndrome" iaitu metafora ekonomi bagi mentaliti yang bergantung kepada subsidi.

"Malah, jika suhu air semakin tinggi, katak tidak merasai kepanasanya, kerana terlalu biasa dalam keadaan tersebut. Begitu juga, rakyat sudah terbiasa dengan subsidi. Kita memberi subsidi kepada semua orang termasuk pegawai dagang asing."

Beliau berkata MEB perlu mempunyai jaringan keselamatan sebelum cadangan merombak semula ekonomi boleh dilaksanakan.

Jaringan sosial ini diperlukan memandangkan ada kumpulan yang mendapati sukar untuk menyesuaikan diri dengan perubahan hasil pelaksanaan cadangan baharu ini. Sebagai contoh, produktiviti tenaga kerja wujud menerusi latihan yang lebih baik, latihan semula dan mempelbagaikan tugas, katanya.

"Dalam pada ekonomi maju menyokong rakyat yang tidak produktif kepada negara, Malaysia tidak mahu menjadi negara kebajikan," kata Prof Norma.

Berdasarkan rasionalisas Model Ekonomi Baru, beliau berkata cadangannya mengambil kira krisis ekonomi Asia 1998 yang memperlihatkan kedudukan Malaysia diambil alih oleh banyak negara lain.

Keadaan itu diburukkan lagi oleh krisis kewangan global 2007, yang menjejaskan eksport negara, katanya.

Beliau berkata walaupun penggunaan awam Malaysia tinggi, menyumbang 30 peratus daripada KDNK, penduduknya terlalu kecil untuk menjadi enjin pertumbuhan, dengan kuasa membeli yang rendah.

"Pelaburan awamlah yang menyokong ekonomi, manakala 40 peratus kumpulan berpendapatan rendah tidak terlibat dalam ekonomi. Lapan puluh peratus daripada ekonomi memperoleh pendapatan RM3,000 dan ke bawah sebulan. Oleh itu kita perlu meningkatkan ekonomi," kata Prof Norma.

Bagi merangsang pertumbuhan, semua orang mesti terlibat dalam ekonomi, katanya. Menerusi MEB, rakyat Malaysia dijangkakan mendapat manfaat daripada ekonomi kompetitif dan gaya hidup yang lebih baik.

Prof Norma berkata MPEN kini mendapatkan maklumat balas terhadap "gerakan besarnya" bagi merangsang transformasi dan pertumbuhan menerusi lapan Inistaitif Refromasi Strategik (SRI) dalam MEB.

Lapan bidang itu ialah mencergaskan semula sektor swasta; membangunkan tenaga kerja berkualiti dan mengurangkan pergantungan terhadap tenaga kerja asing; mewujudkan ekonomi domestik yang bersaing; mengukuhkan sektor awam; ketelusan dan tindakan mesra pasaran; membangunkan infrastruktur berasaskan pengetahuan; meningkatkan sumber pertumbuhan dan memastikan pertumbuhan mampan.

Cadangan MPEN untuk MEB secara umumnya mahukan 40 peratus penduduknya yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan, ditingkatkan menerusi pelbagai perubahan dasar yang bermatlamat mengubah struktur ekonomi.

Matlamat akhir ialah meningkatkan per kapita KDNK daripada AS$7,000 kepada AS$15,000 dalam tempoh 10 tahun.

Amirsham berkata SRI akan mengenal pasti industri yang mempunyai peluang untuk berjaya, dengan pilihan untuk industri yang mampu mewujudkan nilai tinggi dalam ekonomi. Sebagai contoh, syarikat yang memberi tumpuan ke atas inovasi yang akan diminta menyumbang terhadap ekonomi.

Beliau berkata satu sektor yang berpotensi untuk memperoleh pulangan yang lebih tinggi ialah kelapa sawit. Beliau berkata 60 peratus eksport komoditi Malaysia adalah ke China. Syarikat di China membeli minyak sawit di sini dan menjadikannya produk bernilai tambah yang tinggi, memperoleh margin keuntungan 20 peratus.

"Sebaliknya syarikat Malaysia hanya berpuas hati dengan menjual minyak sawit, mencecah harga RM2,500 hingga RM3,000 satu tan. Oleh itu anda perlu pedagang dalam sistem," katanya.

Menjelang suku ketiga, MPEN akan mengemukakan butiran khusus mengenai Inisatif Reformasi Startegik itu yang dicadangkan kepada kerajaan.

Amirsham sebelum ini berkata cadangan baharu akan dimasukkan selepas Rancangan Malaysia ke-10 diumumkan dan sebelum pembentangan Bajet 2011.



-- BERNAMA

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup