corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Thursday, April 8, 2010

Kapitalisme Bagus Tetapi Harus Ditangani Dengan Berhati-hati, Kata Dr Mahathir

Kapitalisme harus ditangani dengan berhati-hati walaupun ia adalah satu sistem yang baik, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir berkata, perkembangan-perkembangan yang mendorong krisis kewangan global sekarang, yang memberi kesan buruk kepada dunia Barat, menunjukkan modal yang tidak terkawal boleh memusnahkan ekonomi-ekonomi besar.

Kapitalisme mempunyai banyak interpretasi, ada yang menterjemahkannya sebagai pergerakan bebas modal ke dalam satu-satu negara untuk pelaburan sementara yang lain beranggapan patut ada sedikit kawalan terhadap pergerakan modal.

"Kerana modal adalah instrumen yang berkuasa,...ia boleh memusnahkan satu-satu ekonomi seperti ia boleh membina ekonomi. Banyak negara terutamanya Asia kini bimbang mengenai aliran bebas modal," katanya dari Sarajevo, Bosnia-Herzegovina, dalam satu sesi soal jawab mengenai masa depan kapitalisme, dalam satu temubual menerusi persidangan video.

Sesi itu dikendalikan oleh Dr Frank-Jurgen Richter, Presiden dan Pengasas Horasis: The Global Visions Community, satu organisasi bebas antarabangsa yang bertujuan merealisasikan wawasan untuk masa depan yang mampan, sempena Persidangan dan Pameran Lebuh Raya Antarabangsa PLUS 2010 yang berakhir di sini Selasa.

Bercakap lebih lanjut mengenai sebab krisis kewangan sekarang, Dr Mahathir yang berada di ibu negara Bosnia-Herzegovina untuk satu lawatan, berkata kerajaan-kerajaan banyak negara telah melepaskan peranan mereka kerana mereka menganggap pasaran akan mengawal ekonomi dan akan memainkan peranan mengawal atur dirinya sendiri.

"Tetapi pasaran adalah mengenai keuntungan. Jadi, bila mereka nampak peluang dalam sistem untuk mendapatkan wang untuk diri sendiri, mereka tidak teragak-agak," kata beliau.

Oleh itu, Dr Mahathir berkata kerajaan perlu mengawal atur fungsi bank dan memastikan bank-bank tidak meminjamkan terlalu banyak wang.

"Krisis bermula kerana terlalu banyak wang dipinjamkan tanpa berhemah kepada orang ramai, yang sebenarnya, tidak mampu membayar semula hutang mereka," katanya.

Menjawab soalan mengenai peningkatan perlindungan di Amerika Syarikat dan Eropah, Dr Mahathir berkata kebanyakan negara termasuk Asia Timur mempunyai kecenderungan untuk melindungi industri-industri tertentu yang dianggap mempunyai kepentingan nasional atau amat penting kepada pertumbuhan ekonomi negara.

"Jadi kita harus terima bahawa tidak akan ada keterbukaan penuh, ada negara yang akan cuba melindungi, bukan melalui tarif atau halangan fizikal, tetapi mempunyai syarat-syarat tertentu seperti kualiti, spesifikasi dan sebagainya, yang sebenarnya bermakna anda telah menjadi pelindung," katanya.

Mengenai China, Dr Mahathir menggesa mereka yang berfikiran bahawa China merupakan satu ancaman kepada dunia, untuk berfikir semula.

"Kerana China berada di situ dan akan terus wujud, tidak kira apa yang kita lakukan, dan ia akan menjadi kuasa dunia yang hebat, tetapi saya fikir, untuk menyekat pertumbuhan China dan sebagainya bukanlah satu pendekatan yang betul.

"Kita harus terima bahawa ekonomi China akan terus mengukuh jadi tentunya mempunyai keupayaan ketenteraan yang kuat untuk melindungi diri mereka. Itu bukan satu ancaman kepada dunia," kata Dr Mahathir.



--BERNAMA

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup