corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Thursday, April 8, 2010

Ekonomi Malaysia goyang berdepan krisis hutang

Oleh Redzuan (dwen8@yahoo.com)

Pertumbuhan ekonomi suku keempat negara yang diumumkan pada hujung Februari lalu dan dijadikan sebagai mentera menerangkan kehebatan pentadbiran ekonomi Menteri Kewangan Najib Razak adalah kosmetik murah yang tidak mampu menutup kehodohan masalah ekonomi Malaysia.

Kononnya ekonomi telah pulih namun peluang pekerjaan masih sukar, pertumbuhan industri baru berasaskan pengetahuan lesu dan yang paling teruk Malaysia telah dibelenggu masalah perbelanjaan melebihi pendapatan (defisit) dalam bajet tahunannya.

Bagi Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor yang juga seorang penganalisis ekonomi Dr Dzulkifly Ahmad masalah ekonomi Malaysia telah sampai ke tahap meruncing bagaimanapun kerajaan dengan bantuan media mengelirukan rakyat bahawa keadaan masih sangat baik dan selesa.

“Tidak ramai yang tahu apa sebenarnya berlaku. Apa yang dikatakan pulih itu hanyalah pertumbuhan di suku akhir 2009 sebanyak 4.5 peratus. Tiga suku lainnya negatif dan pertumbuhan keseluruhan adalah negatif 1.4 peratus.

“Hanya ini sahaja angka positif yang boleh Najib sebut untuk menaikkan harapan rakyat. Pemulihan yang dinyatakan itu hanyalah secara teknikal dan bukannya pemulihan sebenar,” ujar Dr Dzulkifly.

Katanya, Malaysia bernasib baik kerana mengalami pertumbuhan menaik eksport sejak September 2009. Itu semua didorong oleh pemulihan ekonomi negara maju seperti Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun. Oleh itu permintaan ke atas barangan elektronik, elektrik, kimia, minyak sawit dan petroleum yang menyumbang kepada 40.8 peratus eksport meningkat. Namun ekonomi mikro dan makro dalam negara kekal lemah dan muram.

Kemuraman ekonomi

Kesuraman itu diburukkan lagi dengan masalah hutang negara yang sangat besar. Selepas krisis kewangan 1998, ketika negara Asia lain seperti Korea Selatan, Thailand dan Indonesia yang disifatkan Dr Mahathir suatu ketika dahulu dijajah oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah melangsaikan hutang mereka, Malaysia sebaliknya mengalami defisit untuk 13 tahun berturut-turut.Sampai bilakah Malaysia mampu menanggung perbelanjaan melebihi pendapatan sedangkan hasil Petronas kian susut?

“Kita mengalami dua masalah ekonomi sekali gus. Kekurangan pelaburan langsung asing (FDI) dan krisis defisit. Hutang negara telah mencecah RM368 bilion, kira-kira 52.6 peratus daripada KDNK (lebih separuh daripada hasil untuk membayar hutang). Oleh itu kerajaan kini tidak lagi mampu mengepam wang ke dalam perbendaharaan negara mahu pun ke dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menggunakan dana Petronas. Dalam masa yang sama pelaburan asing pula terlalu sedikit yang masuk. Tidak cukup menjana pertumbuan ekonomi yang sihat.

“Kesannya amat serius, iaitu kurangnya peluang pekerjaan baru, kurangnya kutipan cukai dan akhirnya kerajaan seperti dalam bajet 2010 lalu terpaksa memotong dengan banyaknya peruntukan untuk pendidikan dan kesihatan,” jelas Dr Dzulkifly.

Kesan daripada pemotongan peruntukan tersebut telah diketahui umum, terutama yang bekerja di sektor awam misalnya pendidikan. Pekeliling telah dikeluarkan kepada sekolah-sekolah untuk menjimatkan bil elektrik, air dan tidak dibenar mengadakan kursus di tempat yang tinggi bayarannya. Malah ada sekolah yang mana guru-guru diminta menyumbang untuk tabung kanak-kanak miskin kerana kerajaan tidak lagi menyediakan peruntukan.

“Bukti mudah ada di depan mata kita. Anak-anak yang bersekolah asrama penuh diminta pulang ke rumah pada hujung minggu kerana kerajaan tidak mampu menanggung kos makanan mereka. Dalam sektor awam lain 5,000 pekerja kontrak telah pun diberhentikan.

“Kerajaan memperkenalkan klinik 1Malaysia tetapi tidak mampu meyediakan doktor yang mencukupi. Klinik itu hanya diketuai oleh ketua jururawat atau pembantu doktor. Kakitangan lain dipotong elaun dan saya menerima laporan kakitangan yang pencen hanya diberi 20 peratus daripada wang gratuiti persaraan mereka. Selebihnya akan dibayar jika kerajaan mempunyai wang. Apa tandanya ini jika bukan ekonomi kita semakin tenat,” kata beliau lagi.

Menurut Dr Zulkifly, kerajaan kini tenggelam dan hilang punca dalam mencari sumber kewangan. Akibatnya mereka terpaksa menjual saham-saham dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kepada agensi yang kaya tunai seperti KWSP, LTAT, KWAP, Tabung Haji dan lain-lain. Bagaimanapun penganalisis ekonomi melihat langkah ini tidak membawa banyak perubahan kerana agensi itu adalah pemegang dana awam. Agensi itu akhirnya akan menghadapi masalah pembayaran dividen pencarum yang terlibat. Kesannya kerajaan terpaksa memperkenalkan cukai baru seperti GST dan mengurangkan subsidi bahan bakar untuk menyelamatkan ekonomi.

Harapan baru yang kabur

Sebagai jalan pintas untuk mengelakkan kemarahan rakyat Najib memperkenalkan penerokaan ke atas sumber ekonomi baru. Satu polisi ekonomi yang semakin berkembang di negara-negara Asia.

Negara seperti Singapura, Indonesia, Filifina dan Thailand menumpukan kepada sektor perkhidmatan berasaskan pengetahuan. Malangnya Malaysia masih belum menggariskan dasar dan keutamaan negara untuk menerokai peluang ekonomi itu.

“Ekonomi negara hari ini sebenarnya tiba di satu persimpangan getir. Pada satu peringkat ia perlahan-lahan menuju pemulihan. Namun untuk mengekalkan pemulihan kerajaan masih tercari-cari apa yang dikatakannya mengenai model ekonomi baru.

“Polisi Najib sangat kabur dan hilang arah. Beliau bercakap mengenai ekonomi berpendapatan tinggi, ekonomi pengetahuan yang dipacu pihak swasta namun beliau tiada kerangka dasar yang mantap untuk diperkenalkan. Semua kerangka ekonomi masih kekal seperi zaman industrilisasi Dr Mahathir. Sedangkan zaman itu telah berlalu.

“Najib gagal membentangkan satu pelan ekonomi komprehensif . Bagaimana sektor swasta atau pelabur asing ingin terlibat dengan ekonomi baru ini tanpa kerangka peraturan yang mantap dan dasar jelas mengenainya. Ke manakah ekonomi baru itu akan dibawa dan ditempatkan untuk menjadi enjin pertumbuhan,” bidas Dr Zulkifly.

Sebagai bukti kecamukan dasar ekonomi Najib, beliau membawakan contoh betapa ceteknya dasar liberalisasi yang diperkenalkan oleh Menteri Kewangan itu pada 2008.

“Demi untuk menyahut desakan kuasa ekonomi dunia Najib telah membuka ekonomi Malaysia kepada syarikat multinasional. Akibatnya syarikat kecil Malaysia terpaksa bersaing dengan gergasi yang menguasai pasaran. Kedai runcit akhirnya terpaksa bersaing dengan hypermall. Terbukti Najib tidak faham dengan cabaran globalisasi ini sebelum memperkenalkan dasar,” katanya.

Pengaliran keluar pelaburan

Oleh yang demikian Malaysia gagal memperkenalkan polisi ekonomi yang sesuai. Pada satu peringkat ingin menerima globalisasi namun ia dihalang oleh kekangan politik dalaman yang masih tidak bersedia. Akibatnya dalam beberapa tahun kebelakangan ini banyak pelabur asing yang tidak yakin dengan keanjalan ekonomi telah bertindak membawa keluar pelaburan mereka.

“Sebenarnya Bank Negara rimas dengan banyaknya dana mengalir keluar. Pengaliran keluar amat membimbangkan. Pada 2007 RM9.14 bilion, 2008 RM26 bilion dan RM14.6 bilion untuk sembilan bulan 2009. Ini satu cabaran besar ketika kerajaan tiada G-faktor (modal awam yang disuntik ke dalam pasaran) untuk memacu ekonomi negara.

“Kini kerajaan perlukan I-faktor (pelabur swasta tempatan dan asing) untuk menjana ekonomi. Malangnya mereka keluar secara besar-besaran kerana Malaysia kehilangan daya saing dan kekurangan insentif dasar. Ini situasi yang amat getir,” ujarnya.

Tambah beliau, semua ini berlaku tidak lain kerana Najib tidak mempunyai kekuatan untuk menghadapi golongan ultra Umno yang menentang sebarang perubahan terhadap polisi ekonomi yang selama ini menguntungkan elit politik serta para kroni.

“Najib berdepan dengan musuh paling besar parti Umno. Mereka itu tidak lain daripada pelampau yang tidak mahu model ekonomi berasaskan patronage, kepentingan elit dan berteraskan kronisme berakhir.

“Model ekonomi di mana orang Umno mendapat kontrak kemudian disubkontrakkan kepada bukan bumiputera amat sebati dengan mereka . Oleh itu jika Najib memperkenalkan dasar persaingan bebas, liberalisasi, ekonomi pengetahuan dan apa pun dasar maka dia akan menghadapi sindrom yang sama dihadapi PM Pak Lah yang cuba membanteras rasuah. Iaitu sabotaj dalaman, kegagalan dan akhirnya kerajaan akan hilang arah.

"Tanpa perubahan radikal pada dasar dan asas ekonomi maka ekonomi negara ini tidak boleh dielakkan dari memasuki zaman muram, suram dan ngeri,” akhiri Dr Zulkifly.

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup