corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Wednesday, March 31, 2010

Kerajaan ikrar semak semula dasar afirmatif

Kerajaan berikrar akan menyemak semula pelan tindakan afrimatif untuk menjadikan ekonomi negara lebih kompetitif yang mesra pasaran dan mengikut merit.

Selain itu, menurut Datuk Seri Najib Razak, tindakan afirmatif seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) akan dinilai semula dan dilaksanakan berdasarkan empat prinsip, iaitu mesra pasaran, merit, telus dan mengikut keperluan.

Perdana Menteri berkata, sejak berdekad lamanya, DEB telah menjadi kayu pengukur pencapaian utama masyarakat negara ini dan ia adalah satu dasar yang disokong dan diterima sepenuhnya.

"Objektif asalnya masih lagi relevan, namun, sudah tiba masanya untuk kita menilai kembali pelaksanaan DEB. Kita akan mensasarkan pencapaian matlamat yang sama tetapi dengan mengubah cara kita melaksanakannya," katanya.
Datuk Seri Najib berkata demikian ketika membentangkan laporan Model Ekonomi Baru (MEB) pada Persidangan Invest Malaysia 2010 di Kuala Lumpur.

Berikut antara intipati ucapannya:

MEB mensasarkan untuk meningkatkan pendapatan rakyat Malaysia daripada AS$7,000 kepada AS$15,000 dalam tempoh 10 tahun.

Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) akan diperbadankan dan dinamakan semula sebagai Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk menjadikannya lebih berkesan sebaga agensi promosi pelaburan negara.

Dua anak syarikat milik Petroliam Nasional Berhad (Petronas) akan disenaraikan di Bursa Malaysia tahun ini.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan untuk meningkatkan pelaburan ekuiti di luar negara. Pada masa sama, KWSP bersama kerajaan akan membangunkan tanah seluas 3,000 ekar di Sungai Buloh untuk dijadikan hab baru di Lembah Klang.

Beberapa bidang tanah di Jalan Stonor, Jln Ampang, Jln Lidcol di Kuala Lumpur akan ditender dan dimajukan oleh sektor swasta, yang jika gagal akan merupakan satu pembaziran kerana kerajaan membelanjakan kos penyelenggaraannya.

Syarikat di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan seperti Percetakan Nasional Malaysia, CTRM Aero Composites Sdn. Bhd., Nine Bio Sdn. Bhd. dan Innobio kemungkinan diswastakan.

Khazanah Nasional Bhd akan melupuskan kawalan kepentingan 32 peratusnya di dalam Pos Malaysia Bhd melalui proses pelupusan strategik dua peringkat.

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup