corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Thursday, March 25, 2010

Kedudukan Ekonomi Malaysia: Lima Pertikaian

Ucapan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat Rakyat
Rabu, 17 Mac 2010

PERDANA Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan prospek ekonomi yang baik bagi Malaysia, malah mengisytiharkan bahawa “episod yang terburuk telah berlalu”.

Walaupun ekonomi negara berkembang kembali bagi suku keempat 2009, sebenarnya secara perbandingan Malaysia masih lagi ketinggalan berbanding negara-negara lain di rantau ini. Ini menimbulkan persoalan serius mengenai hala tuju ekonomi negara; terutamanya bersabit kemampuan kita mengangkat ekonomi menjadi ekonomi bernilai tinggi.

Pada masa yang sama, terlalu banyak slogan dan permainan media yang menumpukan kepada persoalan menaiktaraf ekonomi bernilai tinggi; sehinggakan seolah-olah kita telah mengenepikan isu-isu pokok ekonomi Malaysia bersabit keadilan sosial; sedangkan apa-apa agenda pembangunan ekonomi tidak boleh melupakan persoalan keadilan sosial.

Malaysia masih lagi gagal untuk menghapuskan kemiskinan (apatah lagi kemiskinan tegar). Statistik terkini yang disiarkan secara rasmi oleh EPU menunjukkan kadar kemiskinan antara tahun 1990 hingga 2007, seperti berikut:



Usaha kita untuk membasmi kemiskinan tidaklah mendatangkan hasil yang membanggakan. Mengikut Laporan Pembangunan Kemanusiaan 2009 oleh PBB, Malaysia menduduki tempat 66 dari segi persamaan ekonomi, yang diukur melalui gini coeeficient. Kita ditinggalkan oleh negara-negara seperti Singapura (kedudukan 23), Hong Kong (kedudukan 24), Korea Selatan (kedudukan 26), Brunei (kedudukan 30) dan Cuba (kedudukan 51).

Walaupun pelbagai program telah dilancarkan sejak Merdeka, kita masih belum berjaya menghapuskan kemiskinian. Malah, kadang-kadang di bawah Barisan Nasional, kadar kemiskinan sebenarnya meningkat walaupun ekonomi negara sedang berkembang.

Antara tahun 1990 dan 1997, kita berjaya mengurangkan kadar kemiskinan sebanyak 63% (diukur berdasarkan peratus jumlah keluarga di bawah paras kemiskinan, berbanding jumlah isi rumah di seluruh negara). Kemudian, kadar kemiskinan sebenarnya meningkat sebanyak 39% di antara 1997 dan 1999.

Kalau peningkatan ini disalahkan kepada krisis ekonomi 1997, bagaimana pulak peningkatan kadar kemiskinan di antara tahun 2002 dan 2004 – kerana ini adalah zaman kemakmuran BN apabila wang negara banyak dibelanjakan dan disalurkan kepada ekonomi kita melalui pelbagai projek? Benarlah rintihan rakyat selama ini, yang mendapat manfaat hanyalah kroni sedangkan rakyat dhaif terus sengsara.

Di antara tahun 2004 dan 2007, kerajaan hanya berjaya mengurangkan kadar kemiskinan sebanyak 37% sahaja; jauh lebih rendah berbanding kadar 60% yang dicapai pada dekad 90an dahulu. Pada kadar hanya 37% ini, kita musykil sama ada Malaysia akan berjaya membasmi kemiskinan pada masa akan datang.

Jika diteliti dengan lebih dekat, kita juga akan mendapati bahawa ketidaksaksamaan ekonomi di antara kumpulan yang berbeza sebenarnya lebih membimbangkan, terutamanya di kalangan masyarakat Bumiputra Sabah dan Sarawak. Mereka kekal sebagai kumpulan yang paling miskin, walaupun sebahagian besar sumber kekayaan negara datangnya dari Sabah dan Sarawak.

Mengambil kira perkara-perkara ini, saya benar-benar percaya bahawa amanah memimpin ekonomi kita ke arah pembangunan menyeluruh; berdasarkan prinsip kesaksamaan dan keadilan sosial – adalah tugas yang terlalu berat buat kerajaan sedia ada, terutamanya berdasarkan rekod mereka setakat ini.

Oleh itu, ucapan saya pada hari ini akan memberi fokus kepada lima isu ekonomi yang bertentangan dengan pengakuan PM bahawa “segala-galanya adalah baik”.

Lima isu ekonomi ini adalah peringatan penting kepada kita, betapa besarnya tugas reformasi dan mengubah cara pentadbiran ekonomi negara yang diperlukan, sekiranya kita ingin menaiktaraf ekonomi menjadi ekonomi bernilai tinggi dan pada masa yang sama, mempastikan kemakmuran diagihkan secara saksama kepada semua.

————-

Pertikaian Pertama:

KEBERGANTUNGAKEPADA HASIL MINYAK DAN PERBELANJAAN KERAJAAN YANG TERLALU BESAR SEHINGGA MEWUJUDKAN JURANG PELABURAN KERAJAAN-SWASTA

Malaysia hanya mengamalkan satu dasar ekonomi sejak 1998 iaitu membelanjakan wang rakyat melalui projek-projek besar untuk menghidupkan ekonomi, sedangkan pada kebiasaannya langkah ini hanyalah langkah sementara yang digunapakai dalam keadaan tertentu sahaja.

Berikut adalah peratus defisit belanjawan berbanding KDNK:



Kebergantungan kepada hasil minyak (seterusnya jalan mudah menggunakan wang PETRONAS walaupun keuntungannya tidak lagi boleh menampung permintaan kerajaan) sebenarnya sangat membimbangkan, seperti berikut:



Bagi tahun berakhir 31 Disember 2007 dan 31 Disember 2008, PETRONAS menyumbang sebanyak 36.8% dan 44.9% kepada jumlah keseluruhan pendapatan kerajaan. Jika diambil kira hasil cukai dan duti dari syarikat minyak yang lain, Malaysia sebenarnya bergantung lebih 50% kepada hasil minyak semata-mata.

Walaupun pendapatan dari PETRONAS sangat lumayan dalam tahun 2007 dan 2008, kerajaan terus berbelanja dengan boros dan mencatatkan defisit belanjawan.

Kesan yang tidak dirancang akibat dasar tidak bertanggungjawab yang membelanjakan wang rakyat sejak 1998 ini; adalah wujudnya jurang di antara pelaburan swasta dan pelaburan kerajaan yang semakin membesar.

Ini menimbulkan keraguan sama ada kerajaan mampu meneruskan pendekatan ini yang melonjakkan pertumbuhan ekonomi dengan berbelanja secara besar-besaran; terutamanya apabila hasil minyak semakin berkurangan.

Di dalam satu kajian oleh Prof KS Jomo (diterbitkan dalam Disember 2009), sejak tahun 2000 perbelanjaan awam telah menjadi enjin pertumbuhan utama negara; mengatasi pelaburan swasta:



Kejatuhan mendadak pelaburan swasta akan terus menggugat apa-apa langkah untuk menaiktaraf ekonomi negara menjadi bernilai tinggi. Dengan hanya pertumbuhan sekadar 1% di antara 2000 dan 2006, pelaburan swasta (tanpa mengambil kira inflasi) sebanyak RM33 bilion dalam tahun 2006 sebenarnya adalah lebih rendah dari pelaburan swasta dalam tahun 1991.

Apatah lagi, kadar perbelanjaan awam seperti ini tidak dapat diteruskan kerana negara sudah tidak mampu.

Apa-apa model ekonomi baru yang hendak diperkenalkan mestilah menyelesaikan jurang di antara pelaburan awam dan pelaburan swasta ini.

Pakatan Rakyat secara konsisten menegaskan bahawa negara memerlukan perubahan dan reformasi yang menyeluruh ke atas kerangka dasar ekonomi; lebih-lebih lagi melihatkan kedudukan berat sebelah di antara pelaburan awam dan swasta yang ada sekarang.

————-

Pertikaian Kedua:

ALIRAN WANG KELUAR

Seorang ahli ekonomi dari UBS, Jon Anderson mengejutkan pasaran dan dunia kewangan apabila beliau mendedahkan keadaan sebenar aliran wang keluar dari Malaysia pada tahun 2009. Pada kemuncaknya, aliran wang keluar mencecah kadar 44% dari KDNK negara.



Walaupun perkara ini amat membimbangkan, kerajaan hanya berdolak dalih dengan mendakwa aliran keluar sedemikian rupa adalah bukti keupayaan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) melabur di luar negara. Pada kemuncaknya, dianggarkan RM355 billion wang mengalir keluar dari negara ini.

Memang kita akui GLC kita lebih agresif akhir-akhir ini untuk melabur di luar negara, tetapi jumlah besar aliran wang keluar membayangkan sebahagian besarnya adalah disebabkan oleh pelabur-pelabur menarik keluar portfolio pelaburan mereka dari negara ini.

Pada masa yang sama, fenomena yang mana GLC kita lebih berminat membuat pelaburan tambahan di luar negara berbanding memperbesarkan operasi atau melabur lebih lagi di dalam negara; seolah-olah memberi gambaran bahawa mereka juga tidak mempunyai keyakinan dengan ekonomi Malaysia.

Kedua-dua perkara ini; iaitu penarikan portfolio pelaburan dari Malaysia dan GLC melabur ke luar negara – adalah bukti sentimen pasaran dan pelabur yang berbaur dan masuh belum yakin dengan prospek ekonomi negara di masa terdekat.

Ini berkait rapat dengan masalah imej Malaysia yang terus mendapat publisiti buruk di mata antarabangsa; oleh kerana kegagalan kerajaan menangani isu-isu terkini dengan baik. Isu-isu seperti isu “Allah”, kehilangan enjin jet, kapal selam yang tidak boleh menyelam dan pelbagai lagi – menjadikan Malaysia bahan ketawa di mata antarabangsa. Jika ini berterusan, ia akan menjadikan Malaysia negara yang berisiko, seperti mana yang dilaporkan oleh sebuah perunding risiko antarabangsa yang berpusat di Hong Kong iaitu Political & Economic Risk Consultancy (PERC).

Dalam laporan terkininya, PERC menegaskan bahawa imej yang diberikan oleh kerajaan Malaysia dari segi cara menangani pelbagai isu akhir-akhir ini, seolah-olah memberi gambaran negara ini menjadi semakin tidak stabil. Menurut PERC, tidak ada negara Asia lain yang mendapat publisiti antarabangsa yang lebih buruk dari Malaysia.

Kerajaan perlu sedar bahawa pendekatan fiskal dan ekonomi semata-mata adalah tidak mencukupi untuk mengatasi masalah aliran wang keluar ini; terutamanya apabila ia disebabkan oleh imej kerajaan yang buruk. Masalah ini memerlukan penyelesaian politik juga – hanya dengan ketelusan, keikhlasan, keadilan dan komitmen kepada reformasi dan perubahan, kita dapat mengembalikan keyakinan masyarakat antarabangsa kepada ekonomi kita.

—————

Pertikaian Ketiga:

PELABURAN KAPITAL BARU YANG MERUDUM DAN PERTUMBUHAN TAMBAH NILAI SEKTOR PERKILANGAN YANG MEROSOT

Sektor perkilangan terus menjadi penyumbang terbesar kepada KDNK sehingga kini. Untuk menaiktaraf menjadi ekonomi bernilai tinggi, kita perlukan asas sektor perkilangan yang baik, rancak dan berkembang. Hanya apabila kita mempunya sektor perkilangan sebegini, barulah kita boleh suntik penyelidiakan dan pembangunan (R&D) dan inovasi kepada produk perkilangan kita, yang menjadi tunjang utama usaha menaiktaraf ekonomi bernilai tinggi.

Satu laporan oleh ISIS dan UM menunjukkan prospek yang gelap bagi sektor perkilangan kita. Sektor perkilangan telah menunjukkan pertumbuhan yang kian merosot dari segi pertumbuhan nilai tambah; seperti berikut:



Mengambil kira penguncupan permintaan eksport terhadap barangan kota dalam tahun 2008 dan 2009, kami menganggarkan penurunan mendadak bagi pertumbuhan nilai tambah perkilangan, bagi tempoh 5 tahun antara 2005 dan 2010. Sekiranya keadaan ini tidak dibendung, menjelang tempoh 2010 hingga 2015, adalah tidak mustahil sektor perkilangan kita mula menguncup dari segi nilai tambahnya.

Ini adalah satu keadaan Pak Pandir yang merisaukan kita – sedang kerajaan bercakap mengenai menaiktaraf ekonomi menjadi bernilai tinggi, sektor asas ekonomi negara kita yang sepatutnya menjadi tunjang usaha menaiktaraf ekonomi ini sedang mengalami kemerosotan mendadak. Akibatnya, kerajaan terpaksa berdepan dengan dua cabaran getir – cuba merancakkan kembali sektor perkilangan dan pada masa yang sama menaiktaraf keupayaan R&D dan aplikasi teknikal bagi sektor ini; dua cabaran yang kami yakin tidak akan dapat ditangani oleh kerajaan.

Walau bagaimana pun, ini bukanlah satu perkara uang mengejutkan memandangkan merosotnya pelaburan kapital baru ke dalam sektor perkilangan. Laporan terkini MIDA menunjukkan pelaburan baru seperti berikut:



Jika pelaburan kapital baru terus merudum seperti ini – sama ada disebabkan oleh kegagalan kerajaan menarik pelabur asing atau kerana ekonomi Malaysia sudah tidak menarik bagi pekilang sedia ada – usaha menariktaraf ekonomi menjadi bernilai tinggi adalah tidak lebih dari slogan semata-mata.

———–

Pertikaian Keempat:

PEMBANGUNAN MANUSIA YANG TERKEBELAKANG TIDAK AKAN MAMPU MENAMPU LIBERALISASI EKONOMI

Laporan UNDP oleh Kamal Malhotra (Penasihat Kanan) yang diterbitkan dalam tahun 2008, menyimpulkan bahawa prasyarat untuk menentukan sesebuah negara mendapat manfaat dari liberalisasi ekonomi atau tidak; adalah tahap pembangunan manusia. Hanya apabila tahap pembangunan manusia berada di satu peringkat, barulah negara itu mendapat manfaat dari peluang yang dibawa oleh liberalisasi perdagangan; dan pada masa yang sama menangani dengan baik kesan sampingan liberalisasi.

Berdasarkan data UNESCO dan MOSTI, pada tahap sekarang dan perkembangan semasa, Malaysia sudah tentu tidak akan dapat mencapai ekonomi bernilai tinggi. Ia juga dijangka tidak akan mendapat manfaat ekonomi yang sewajarnya dari langkah-langkah liberalisasi kerajaan, akibat tahap pembangunan manusia yang terkebelakang, seperti berikut:



Kecuali satu langkah drastik diambil oleh kerajaan untuk mengalih fokus dan menambaik pengagihan bantuan kewangan kepada program R&D; bukan sahaja Malaysia patut melupakan impian mencapai ekonomi bernilai tinggi, kita juga dikhuatiri mendapat kesan negatif dari liberalisasi kerajaan.

Oleh itu, pendekatan melepaskan batuk ditangga yang diambil kerajaan sekarang dalam mempercepatkan proses R&D, terutamanya kajian asas (bukan semata-mata kajian aplikasi) perlu diubah dan satu program R&D negara yang lebih menyeluruh perlu diperkenalkan.

———-

Pertikaian Kelima:

KADAR SIMPANAN DAN KADAR PELABURAN YANG TIDAK SAMA, SIMPTOM KEPADA MASALAH MENDAPATKAN KREDIT

Cabaran untuk meningkatkan pelaburan swasta untuk menggantikan perbelanjaan awam oleh kerajaan yang tidak lagi boleh diteruskan; akan gagal sekiranya kemudahan kredit tidak disediakan dan diagihkan secara berkesan kepada kumpulan yang paling memerlukannya.

Malaysia mempunyai kadar simpanan yang sangat tinggi, tetapi berbanding negara lain, kadar simpanan ini tidak pula digunakan untuk dilaburkan semula ke dalam ekonomi.

Perbandingan kadar simpanan dan kadar pelaburan negara berbanding negara lain adalah seperti berikut:



Perbezaan di antara kedua-dua kadar yang besar itu membayangkan ketidakmampuan negara untuk menggunapakai simpanan sedia ada untuk disalurkan kepada aktiviti ekonomi yang produktif.

Ini sebahagiannya disebabkan oleh kegagalan dan ketidakberkesanan kemudahan kredit kepada industri kecil dan sederhana (IKS), sehinggakan akhirnya hanya syarikat besar dan kerajaan yang mendapat kemudahan kredit dari kadar simpanan tersebut.

Senario ini perlu diubah dan kerajaan hendaklah menumpukan perhatian untuk memperbaiki proses agihan kredit kepada IKS untuk mempercepatkan pertumbuhannya. Apatah lagi, IKS sebenarnya lebih mudah berubah dan menerimapakai aplikasi teknologi baru; dan ini penting jika kita ingin melahirkan industri yang berdaya saing selaras dengan aspirasi ekonomi bernilai tinggi.

———-

Kesimpulan:

REFORMASI MENYELURUH ADALAH SATU-SATU JALAN

Kelima-lima pertikaian ekonomi tadi secara jelas menggambarkan sukarnya kerajaan melaksanakan apa jua slogan yang dijual kepada rakyat setakat ini.

Pakatan Rakyat tetap dengan pendirian bahawa hanya reformasi menyeluruh yang melibatkan perang habis-habisan menentang rasuah, memperketatkan proses tender kerajaan, menghapuskan hubung kait kerajaan dan ahli politik dalam perniagaan, mengangkat martabat institusi kehakiman dan instituse negara yang lain dan pembaikpulihan menyeluruh sistem ekonomi negara – yang akan dapat membantu negara mencapai ekonomi bernilai tinggi.

Pada masa yang sama, kita tidak boleh hilang fokus untuk mempastikan usaha menaiktaraf ekonomi ini adalah bermotifkan aspirasi kita membasmi kemiskinan dan menagihkan kemakmuran secara saksama.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup