corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Friday, March 5, 2010

Ekonomi Asean Diunjur Berkembang 4.5 Hingga 6 Peratus

BANGKOK, 5 Mac (Bernama) -- Setiausaha Agung Asean Dr Surin Pitsuwan mengunjurkan pertumbuhan ekonomi antara 4.5 dan 6.0 peratus bagi rantau ini tahun ini berikutan pengurusan ekonominya yang kukuh.

"Kita telah banyak menabung. Kita telah mewujudkan zon penimbal yang secukupnya dengan merangsang ekonomi kita semasa krisis kewangan tahun lepas," katanya pada Persidangan Antarabangsa mengenai Perubahan Landskap Global dan Kesannya Kepada Kerangka Serantau di Bangkok Convention Centre, di sini.

Beliau berkata Asean mendapat banyak manfaat daripada sistem kewangan dan perdagangan antarabangsa berikutan peranan berpusatnya di rantau Asia Timur dan mempunyai perkaitan rapat dengan peserta utama dunia seperti Amerika Syarikat, Eropah dan India.

Asean, katanya, tidak melihat cadangan Komuniti Asia Timur yang terdiri dari Asean, China, Jepun dan Korea Selatan sebagai satu cabaran tetapi sebagai pengiktirafan bahawa Asean boleh menyumbang kepada perundingan dan dasar-dasar Asia Timur.

Bekas setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Kofi Annan yang melawat Sekretariat Asean di Jakarta Khamis malahan memuji Asean di atas pencapaiannya setakat ini, katanya.

Beliau berkata Timur kini memainkan peranan penting dalam situasi ekonomi global kerana Timurlah yang telah diminta oleh Barat untuk membantu dunia keluar daripada krisis ekonomi tahun lepas.

"Kita tidak sempurna tetapi kita boleh menyediakan peranan berpusat kepada rantau ini dan membantu membentuk hala tuju rantau ini," katanya.

"Aseanlah yang menyediakan platform bagi dua gergasi, China dan Jepun, untuk bekerjasama dan menyumbang kepada kesejahteraan Asia Timur," kata Dr Tan Siew Mun pakar perunding dengan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia ketika menjelaskan peranan berpusat yang dimainkan Asean.

Dr Surin berkata cabaran bagi Asean sekarang adalah bagaimana untuk bergabung dan menyepadu menjadi satu pasaran, satu kawasan pelaburan dan satu pangkalan pengeluaran dalam lebih banyak kaedah efektif susulan pembentukan Komuniti Ekonomi Asean menjelang 2015.

-- BERNAMA

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup