corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Friday, February 26, 2010

Bank Muamalat dilantik biaya usahawan Mara RM30 juta

Bank Muamalat Malaysia Bhd. (Bank Muamalat) telah dilantik oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk membiayai Skim Jaminan Usahawan Mara (SJUM) bernilai RM30 juta bertujuan menyediakan modal kerja.

Di bawah pelantikan itu, Bank Muamalat mempunyai kuasa memproses sendiri permohonan skim berkenaan bergantung kepada piawaian operasi dan prosedur bank yang ditetapkan.

Mara pula berperanan sebagai pemberi jaminan kepada bank tersebut dengan memproses jaminan permohonan usahawan dan menghantar surat jaminan atau kafalah kepada bank setelah diluluskan.

Pengerusi Bank Muamalat, Tan Sri Dr. Mohd. Munir Abd. Majid berkata, syarat memohon skim tersebut adalah para usahawan perlu terdiri daripada kalangan bumiputera atau berada di dalam syarikat yang dimiliki bumiputera.

Katanya, para pemohon juga mesti terdiri daripada kalangan pengusaha kecil dan sederhana (PKS) dalam semua sektor dan menjalankan aktiviti yang mematuhi syariah.

"Kerjasama yang terbentuk antara Mara dan Bank Muamalat ini penting bagi membantu usahawan bumiputera selain daripada membantu meningkatkan pembangunan ekonomi negara,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara Bank Muamalat dengan Skim Jaminan Usahawan Mara di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri oleh Pengerusi Mara, Datuk Seri Idris Jusoh dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Datuk Mohd. Redza Shah Abdul Wahid.

Di bawah SJUM, jumlah pembiayaan yang dibenarkan adalah sebanyak RM500,001 sehingga maksimum RM2 juta bagi setiap syarikat.

Malah, tujuan pembiayaan pula adalah untuk keperluan modal kerja, pembiayaan hartanah atau aset, projek, pembelian mesin atau perkakasan dan pelbagai tujuan lain yang saling dibenarkan oleh Mara dan Bank Muamalat.

Sementara itu, Idris berkata, Mara memberi 80 peratus jaminan di bawah skim tersebut kepada Bank Muamalat.

Namun, katanya, baki 20 peratus perlu disediakan oleh usahawan sendiri.

Beliau memberitahu, pihaknya hanya meluluskan jaminan terhadap usahawan yang berkemampuan dan berkeupayaan untuk membayar balik pinjaman melalui SJUM.

"Selain bantuan kewangan, kami juga mahu menggunakan pendekatan bersepadu dengan cara memberi khidmat nasihat dan bimbingan serta jaringan perniagaan kepada para usahawan.

"Kami ingin membentuk para usahawan berkenaan supaya lebih berjaya dalam perniagaan,'' ujarnya.

Idris menambah, pihaknya menyasarkan seramai 50 hingga 100 pemohon mendapat pembiayaan pinjaman SJUM.

Ketika ditanya mengenai trend peminjam pada waktu ini, Idris berkata, 2010 merupakan tahun yang menunjukkan peningkatan peminjam di kalangan bumiputera.

Katanya, pada waktu dahulu, penyertaan bumiputera dalam perniagaan masih kurang berbanding sekarang.

"Sebab itu kami mewujudkan SJUM yang berperanan membantu usahawan bumiputera dalam memajukan perniagaan masing-masing,'' tegasnya.

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup