corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Sunday, January 10, 2010

Bila Richard Branson mencabar Tony Fernandes


PERTENGAHAN bulan lalu, dua pemilik syarikat penerbangan, Sir Richard Branson dan Datuk Seri Tony Fernandes melakar sensasi global dengan saling mencabar pasukan masing-masing akan memenangi perlumbaan kereta Formula 1.

Sensasi yang tercetus bukan sesuatu yang perlu digundahkan tetapi lebih kepada pembakar semangat. Apatah lagi ia membabitkan dua personaliti yang luar biasa dalam dunia perniagaan. Seorang sudah cukup terkenal di persada global dengan tingkah laku eksentriknya, seorang lagi adalah ikon perniagaan di Malaysia yang baru meningkat naik dan diharap bakal menuruti jejak yang seorang lagi itu.

Branson dan Tony mempunyai latar belakang korporat yang hampir sama iaitu bermula dari industri muzik sebelum mengembangkan sayap ke dunia penerbangan dan benar seperti pepatah Inggeris, langit bukan had untuk mereka.

Apabila Branson menaja pasukan Brawn GP Formula One pada tahun lalu, ia bagaikan formula yang semula jadi bagi Tony untuk turut serta, walaupun ada yang mengatakan pembabitan AirAsia lebih bersifat melaksanakan tugas nasional. Usah pedulikan semua itu, Tony. Apa salahnya pun kalau benar? Lagi pun 99.9 peratus rakyat Malaysia menyokong Lotus F1 Racing.

Cabaran yang diberikan, iaitu jika Brawn berjaya mengatasi Lotus, pemiliknya iaitu Tony dikehendaki memakai pakaian seragam pramugari AirAsia dalam pesawatnya dan begitu juga sebaliknya bago Branson jika Lotus mengatasi Brawn. Ia mungkin agak ekstrem pada golongan konservatif, tetapi wajar diterima sebagai corat-coret kemanusiaan yang menzahirkan nilai humor dalam kehidupan. Bayangkan badan besar kedua-duanya boleh dimuatkan dalam pakaian pramugari (bukan salah eja, memang pramugari!)

Daripada satu sudut, ia adalah dengan sendirinya satu promosi terhadap penerbangan masing-masing dan tidak tertutup pada ruang lingkup F1 semara-mata. Daripada sudut korporat, mereka berdua adalah manifestasi usahawan yang pintar, gigih dan tahu fungsi media bagi abad ke-21 ini, menafikan mentaliti ortodoks dalam melangsungkan perniagaan, yang tentunya menjadi bahan kajian ilmiah fakulti-fakulti perniagaan seluruh dunia.

Tony boleh disifatkan bertanggungjawab membawa Branson ke perhatian Malaysia. Penulis masih ingat pada Ogos 2007 bagi membuat liputan satu acara AirAsia di ibu negara yang ‘dirahsiakan tetapi dijanji menggegarkan’. Rupa-rupanya ia adalah majlis memeterai perjanjian pelaburan ekuiti Virgin Airlines ke dalam AirAsia X. Yang menggegarkan bukan sangat mengenai transaksi perniagaan itu. Tetapi bergegar dengan kemunculan Branson yang berpakaian baju songket Melayu berwarna putih telur, siap dengan tanjak! Ini membuatkan Tony yang memakai baju batik dan bertopi besbol AirAsia macam ‘terlebih formal’.

Perniagaan

Branson yang akan berusia 60 tahun pada 18 Julai ini, sudah mencipta nama di United Kingdom dan dunia korporat global sejak umurnya 20 tahun lagi. Beliau memulakan perniagaan tempahan rekod audio menerusi pos pada 1970 dan dua tahun kemudiannya membuka rantaian kedai-kedai rekod dinamakan Virgin Records, yang seterusnya dinamakan Virgin Megastores dan dijenamakan semula pada 2007 selepas dijual kepada entiti lain sebagai Zavvi.

Dalam pengenalan dirinya yang dimuatkan dalam laman web rasmi www.virgin.com, Branson mengenengahkan keputusannya pada 1977 untuk menerbitkan album kumpulan punk-rock Sex Pistol sebagai permulaan kepada empayar muziknya, Virgin Music yang menjadi antara enam syarikat pengeluar rekod terbesar di dunia. Bagi anda yang membesar pada 1980-an tentu masih ingat band Culture Club dengan lagu hits, Karma Chameleon. Teka siapa yang menerbitkannya?

Dengan gaya flamboyant dan berani bersaing sengit, Branson membawa jenama Virgin ke tahap yang baru pada 1980-an iaitu ke dunia penerbangan. Beliau melancarkan Virgin Atlantic Airways pada 1984. Majalah Forbes menyenaraikan Richard Branson sebagai manusia yang ke-261 terkaya di dunia dalam senarai bilionair 2009, dengan nilai harta AS$2.5 bilion (RM8.5 bilion).

Paling terbaru, Branson memperkenalkan pula penerbangan ke angkasa lepas menerusi Virgin Galactic. Dengan AS$200,000 (RM680,000), anda kini boleh melancong ke angkasa lepas.

Padang pasir Mojave antara Los Angeles dan Las Vegas akan menjadi tempat pelancaran SpaceShipTwo (SS2), yang boleh membawa seramai enam penumpang dan dua juruterbang dijangka akan mengadakan penerbangan percubaan tahun hadapan sebelum memulakan penerbangan komersial antara 2011 dan 2012.

Virgin Galactic, yang dimiliki bersama Virgin Group dan Abu Dhabi Aabar Investmens berkata, kira-kira 300 pengembara dari seluruh dunia telah membayar wang pendahuluan yang keseluruhannya berjumlah AS$40 juta (RM136 juta) untuk menaiki kapal angkasa ini.

Pakar angkasa lepas turut menjangkakan penerbangan komersial untuk generasi masa datang akan menggunakan kapal angkasa bagi penerbangan separuh orbit.

Kekuatan

Branson melakukan semua ini tanpa main sorok-sorok. Low-profile tidak ada dalam menu strategi pemasarannya. Ini kerana kekuatan jenama Virgin Group miliknya yang menguasai lebih 200 syarikat dalam pelbagai industri dan nama Richard Branson itu sendiri adalah sepertiga daripada kunci kejayaannya.

Uniknya ikon kita, Tony pernah bekerja dengan Branson pada 1987 hingga 1989 sebagai juruaudit dan seterusnya menjadi pengawal kewangan Virgin Records di London. Tony pada masa ini lebih memberi tumpuan penuh kepada perluasan syarikat penerbangannya, AirAsia dan perlahan-lahan menembusi industri hilirannya seperti perhotelan dan pengangkutan darat.

Selain kelantangannya dalam menuntut sebuah lapangan terbang tambang murah daripada kerajaan (sebelum dimuktamadkan oleh Perdana Menteri sekarang supaya ‘duduk saja’ di KLIA), Tony turut diingati dalam ‘perang udara’ dengan Pengarah Urusan MAS, Datuk Seri Idris Jala yang kini dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Berita terkini yang mengaitkan Tony sebagai bakal pembeli kelab bola sepak West Ham turut mendatangkan reaksi bercampur-campur daripada para peminat tempatan. Di satu pihak, tentunya bila sebuah syarikat Malaysia berjaya memiliki kelab bola sepak Inggeris diterima sebagai sesuatu yang amat membanggakan. Walaupun akan ada kritikan mengatakan dana yang besar (khabarnya membabitkan pengambil alihan 100 juta pound atau setengah bilion Ringgit Malaysia) itu wajar disalurkan ke dalam negara, rakyat mesti peka bahawa langkah AirAsia atau lebih tepatnya, Tony adalah bersifat pelaburan semata-mata, sama seperti pelaburan korporatnya yang lain. Menerusi platform West Ham, jenama AirAsia akan lebih kerap dilihat dan diketahui, apatah lagi kelab ini berpusat di kota London. Bermakna akan ada penerbangan tambang murah secara langsung dari Kuala Lumpur untuk menonton perlawanan pasukan ini.

Di satu pihak yang sinikal ialah Tony sepatutnya memilih kelab yang lebih hebat daripada sekadar West Ham yang kini pengurusnya, Gianfranco Zola berdepan dengan kemungkinan dipecat berikutan prestasi hambar di pertengahan musim 2009/2010 ini. Mungkin alasan mudah ialah West Ham ditawarkan di pasaran pada harga yang ‘masuk akal’ berbanding pasukan lain. Maka kembali semula kepada hujah di atas, jika muktamad pembelian West Ham oleh Tony, ia hanyalah atas nama perniagaan semata-mata. Bukankah Tony penyokong Manchester United?

Kisah Branson adalah proses pembelajaran yang perlu bagi semua ahli perniagaan. Kita berbangga ada anak Malaysia yang memiliki ikatan rapat dengan tokoh perniagaan dunia sepertinya. Sekurang-kurangnya peluang untuk menyaksikan Branson kerap ke Malaysia sangat cerah bila perlumbaan F1 kembali ke Sepang dua bulan lagi.

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup