corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Tuesday, December 1, 2009

KDNK negara 3.7 peratus tahun depan

Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) mengekalkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara meskipun mengakui ekonomi semakin baik daripada yang dijangkakan.

Ekonomi negara akan menguncup 3.3 peratus tahun ini dan berkembang 3.7 peratus tahun depan, kata pengarah eksekutifnya yang akan bersara, Profesor Emeritus Datuk Dr Mohamed Ariff.

Bagi 2011, badan pemikir itu lebih optimistik terhadap ekonomi, mengunjurkan KDNK berkembang 5.0 peratus, kata pegawai tinggi agensi itu pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Dengan petunjuk ekonomi menunjukkan tanda-tanda peningkatan, MIER juga menjangkakan ekonomi akan keluar daripada kemelesetan dalam suku keempat tahun ini, yang dibuktikan menerusi trend positif dalam Indeks Pengeluaran Perusahaan (IPI), yang bermakna peningkatan aktiviti industri.

Ini turut disokong hasil kesan perbelanjaan infrastruktur awam yang lebih besar, pemulihan dalam sektor pembuatan, perbelanjaan domestik yang lebih tinggi serta perkhidmatan dagangan yang meningkat.

“Kedudukan ekonomi semakin baik daripada yang dijangkakan. Ia merupakan trend serantau. Malah India hariini melaporkan pertumbuhan suku ketiga sebanyak 7.9 peratus dan China 8.9 peratus, yang melepasi jangkaan kami," kata Mohamed Ariff kepada pemberita pada Persidangan Unjuran Ekonomi Nasional 2010-2011 hari ini.

MIER juga menjangkakan pertumbuhan eksport pulih kepada 9.3 peratus pada 2010 selepas mencatat paras terendah -17.5 peratus tahun ini.

Pemulihan permintaan daripada sektor elektrik dan elektronik global serta harga komoditi yang meningkat, juga akan meningkatkan pertumbuhan eksport kepada angka positif yang kecil menjelang suku keempat tahun ini, katanya.

Prestasi seperti itu, katanya, tidak mengejutkan memandangkan Asia memiliki simpanan dan penggunaan persendirian membantu menyerap kejutan kemelesetan dunia.

Beliau berkata apa yang diperlukan oleh Malaysia ialah mencatat pertumbuhan satu peratus dalam suku keempat 2009 bagi mendapatkan –2.8 peratus untuk keseluruhan tahun.

"Namun MIER masih mengekalkan unjuran –3.3 peratus tahun ini memandangkan kami menunggu keputusan suku keempat," kata Mohamed Ariff.

Beliau berkata semua petunjuk memperlihatkan prestasi Malaysia akan lebih baik berbanding jangkaan, dalam jajaran pertumbuhan –2 hingga –3 peratus untuk tahun ini dan tidak lebih daripada itu.

Beliau bagaimanapun mengingatkan bahawa masa depan belum pasti sepenuhnya dengan berkata terdapat banyak jurang yang perlu dielak dan banyak risiko sistematik masih wujud.

“Saya percaya terdapat 50 peratus peluang untuk krisis berulang di Amerika Syarikat pada suku pertama 2010.

"Pertumbuhan yang kita lihat di banyak negara merupakan pertumbuhan tidak sebenarnya, sebahagian besar hasil daripada pakej-pakej rangsangan fiskal, yang mewujudkan pelbagai set masalah," katanya.

Beliau berkata tiada negara dapat membendung rangsangan fiskal terlalu lama kerana ia mempunyai implikasi hutang. "Masalah hutang asing boleh menjadi sangat serius," katanya.

Sebagai contoh, beliau berkata Dubai yang melewatkan pembayaran hutangnya mencetuskan kebimbangan di seluruh dunia walaupun ia boleh diselamatkan oleh Abu Dhabi.

“Oleh itu, maksud saya ialah banyak perkara yang kita mungkin lihat hanya sedikit sahaja, terutama hutang swasta digantikan dengan hutang asing, yang tidak baik untuk ekonomi," kata Mohamed Ariff.

Beliau berkata punca lain ialah pemulihan ekonomi boleh mencetuskan kebimbangan mengenai inflasi yang mungkin menjurus kepada kadar faedah yang lebih tinggi tahun depan dan kemungkinan peningkatan harga minyak.

Buat masa ini, MIER menjangkakan kadar dasar semalaman secara relatifnya tidak berubah sekurang-kurangnya sehingga akhir tahun depan.

Mohamed Ariff turut mengingatkan mengenai masalah serius dalam jajaran kadar tukaran asing, terutama penambatan semula yuan China kepada dollar AS.

“Dollar telah terlebih nilai dan yuan di bawah nilai sebenar. Mana boleh ia diletakkan bersama-sama? Ia tidak akan bertahan lama,” katanya, yang menjangkakan akan berlaku naik turun kadar tukaran asing dalam tempoh beberapa bulan yang akan datang.

"Ia akan menjadi masalah yang serius yang tiada bank pusat mampu mengendalikannya secara bersendirian. Mereka perlu bekerjasama dan menyelaraskan langkah,” katanya. BERNAMA

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup