corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Thursday, October 15, 2009

Anugerah Nobel Ekonomi 2009

Dunia ekonomi AS dihidangkan dengan sebuah berita positif dimana dua orang warga negaranya telah berjaya mendapatkan sebuah perhargaan tertinggi di dunia ekonomi pada 12 Oktober 2009. Elinor Ostrom dan Oliver Williamson secara rasmi telah memenangi hadiah nobel ekonomi pada tahun ini. Dalam acara penyerahan dan penganugerahan yang diselenggarakan di Stockholm, Sweden ini, kedua warga negara AS tersebut bersama dengan 11 para pemenang nobel lainnya yang berasal dari bidang keilmuan yang berbeza-beza. Sebelum atau pada 2 hari lepas, Presiden AS, Barrack Obama juga sempat ditabalkan nobel perdamaian tahun ini dari penganjur.


Hal tersebut dengan bangganya telah membuat AS kembali menjadi sebuah barometer dalam dunia keilmuan selepas dalam beberapa waktu terakhir ini telah disibukan oleh rancangan-rancangan pemulihan ekonomi dalam negeri. Apa yang dilakukan oleh Ostrom dan Williamson telah berjaya mendapatkan nilai tertinggi yang diberikan oleh penganjur anugerah tahun ini. Menurut panitia, penyelidikan yang dilakukan oleh Ostrom dan Williamson sangat sesuai dan telah terbukti dalam mengurangkan kesan krisis ekonomi yang melanda dunia pada saat ini.

Dalam kajiannya, Olstrom dan Williamson mengambil contoh kes tentang ekonomi mikro dimana pemulihan ekonomi di daerah-daerah urban di AS telah didominasi oleh kegiatan-kegiatan pertubuhan sosial. Dengan berasaskan kepada dunia sosial, kegiatan-kegiatan seperti menyediakan peluang pekerjaan dan juga penyerahan bantuan-bantuan logistik telah secara berkesan meningkatkan perekonomian rakyat menengah kebawah. Dan kegiatan-kegiatan semacam itu juga secara nyata telah dapat membantu pihak kerajaan yang dalam masa yang sama dapat mencipta beberapa dasar seperti pemberian pampasan dan juga subsidi bagi rakyat miskin. Kajian yang dilakukan oleh kedua ahli ekonomi ini ternyata telah memakan masa hingga hampir 1 dekad dan kes yang dihadapkan ternyata sesuai dengan apa yang berlaku dalam beberapa tahun terakhir ini.


Elinor Ostrom, yang merupakan seorang Profesor ekonomi di bidang Politik Ekonomi di Indiana University, merupakan wanita pertama pemenang Nobel ekonomi selepas tahun 1968. Dan ia juga merupakan termasuk 5 wanita yang memenangi nobel di pelbagai bidang keilmuan tahun ini. Ostrom dalam kerjayanya telah menempup berbagai macam pengetahuan termasuk ekonomi sosial, ekonomi lingkungan hidup dan pada akhirnya dalam beberapa waktu terakhir ini beliau telah memantapkan kajiannya di bidang sosial ekonomi. Dalam kajiannya juga, Ostrom mengatakan bahawa perlindungan hak-hak ekonomi dan kebendaan bagi rakyat miskin hendaklah ditetapkan oleh kerajaan, termasuk kepada penjagaan pemuliharaan persekitaran hidup yang merupakan keperluan hidup rakyat kebanyakkan dan berkaitan dengan kegiatan ekonomi.

Rakannya, Oliver Williamson, Profesor ekonomi yang telah berumur 77 tahun pula merupakan salah seorang Guru Besar University of California, Barkeley. Dalam kariernya, ia mendalami ilmu di bidang ekonomi perniagaan dan organisasi. Hampir separuh hidupnya telah difokuskan ke dalam bidang-bidang tersebut. Dalam penyelidikan yang berjaya memenangi nobel, beliau mengatakan bahawa dalam aktiviti ekonomi seharian kita, sesuatu kerjasama dan organisasi antara pemain dalam bidang ekonomi amatlah penting kerana setiap komponen tersebut saling memerlukan. Maka dari itu, ia amat menyumbang kepada pendapatan dan pulangan kepada kerajaan bahawa faktor utama yang boleh membawa ekonomi lebih baik ialah dengan menciptakan peluang pekerjaan sebesar-besarnya.

Selain berkhidmat sebagai Guru Besar di University of California, Williamson juga menjawat jawatan sebagai perunding di Kementerian Perdagangan AS sejak tahun 1978-1980 dan juga bekas Pembantu Am di Suruhanjaya Anti Trust di Jabatan Kehukuman AS sejak 1966-1967.

Dalam penyerahan nobel tahun ini, setiap pemenang Nobel mendapat hadiah sebanyak 1,4 juta dollar. Selain itu, pemenang juga akan emndapatkan pingat emas dan penghargaan daripada Raja Sweden. Jawatankuasa tahun ini berharap, penyelidikan yang telah dilakukan oleh para pemenang Nobel dapat dimanfaatkan kepada masyarakat dunia terutama bagi negara-negara membangun yang juga turut terpukul akibat krisis ekonomi global.

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup