corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Friday, September 4, 2009

Windows 7 'nyawa kedua' microsoft, industri komputer


Sistem operasi terbaru jadi pemangkin pertumbuhan sektor teknologi maklumat

SISTEM operasi adalah komponen utama komputer yang dapat membantu menghubungkan pengguna dengan perkakasan yang dikendalikan mereka.

Microsoft muncul gergasi teknologi komputer multinasional yang paling inovatif dalam mengeluarkan sistem operasi komputer menerusi rangkaian jenama Microsoft Windows yang begitu sinonim dengan pengguna di seluruh dunia.

Windows 7, sistem operasi terbaru yang dibangunkan oleh Microsoft dijangka menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi bagi sektor teknologi maklumat tempatan menerusi automasi tugasan harian, ciri keselamatan lebih mantap dan penyelarasan terurus.

Sistem operasi berkenaan yang bakal dilancarkan ke seluruh dunia pada 22 Oktober ini iaitu kurang tiga tahun daripada sistem operasi terakhir dikeluarkan oleh Microsoft, Vista dibangunkan untuk semua jenis kegunaan komputer peribadi termasuk rumah, pejabat, komputer riba, PC tablet dan pusat media.

Berbanding Vista yang memperkenalkan terlalu banyak ciri baru berbanding sistem operasi terdahulu iaitu Windows XP, sistem operasi Windows 7 direka bentuk supaya menjadi lebih fokus dengan sasaran menjadi serasi dengan aplikasi dan perkakasan yang digunakan pada Vista.

Laporan IDC terkini menunjukkan Windows 7 akan merangkumi hampir 50 peratus daripada sistem operasi Windows yang akan digunakan oleh syarikat di seluruh dunia menjelang tahun depan dan menjangka 177 juta unit akan dijual dalam tempoh itu.

Microsoft telah bekerjasama rapat dengan peserta industri, terutama pengeluar komputer untuk memastikan produk berkenaan menepati keperluan pengguna. Windows 7 dijangka dapat menjadi pemangkin terhadap pertumbuhan ekonomi industri teknologi maklumat menerusi pelbagai fungsi baru yang diperkenalkan.

Peluang pekerjaan berkaitan sistem operasi akan menyumbang sehingga 30 peratus daripada pertumbuhan keseluruhan peluang pekerjaan dalam industri menerusi pelancaran Windows 7. "Perhatian terhadap Windows 7 bertembung dengan 'kelahiran semula' pasaran komputer peribadi apabila orang ramai menemui semula nilai yang diberikan oleh komputer,"

Windows 7 diperkenalkan bersandarkan maklum balas pengguna terhadap Windows Vista yang dilihat agak kurang serasi dengan aplikasi yang boleh digunakan sistem operasi terdahulu, Windows XP yang kini sudah berusia hampir sembilan tahun dan tiba masanya Microsof melakukan anjakan terhadap tawaran kepada pelanggan.

Microsoft Windows sudah mengalami anjakan besar sejak pengenalan Windows 3.1 hingga Windows Vista. Ketika Windows Vista menerima kritikan daripada beberapa pengguna yang kurang berpuas hati dengan keserasian sistem operasi berkenaan dengan perkakas dimiliki mereka, Windows 7 dijangka bakal diingati kerana dapat menangani segala kritikan terbabit.

Malah, secara asasnya tidak terdapat banyak perubahan pada paparan muka keseluruhan Windows 7 berbanding Windows Vista, sebaliknya Microsoft memberi perhatian terhadap kestabilan dan keupayaan sistem operasi berkenaan.

Antara ciri baru yang ditampilkan dalam Windows 7 'XP Mode' yang boleh dimuat turun percuma daripada laman web Microsoft bagi melaksanakan sebarang aplikasi XP yang tidak boleh beroperasi menggunakan sistem operasi terbabit.

Selain itu, Windows 7 turut mengemukakan cara baru yang lebih mudah untuk anda mendengar muzik dengan menampilkan previu pemain muzik lebih kecil, yang dikatakan hampir menyerupai ciri ditampilkan pesaingnya, Mac OS X tetapi dilaksanakan dengan begitu baik sekali.

Pada masa sama, jika anda membuat tetapan Homegroup pada komputer, Windows Media Player boleh memainkan muzik secara terus ke komputer lain.

Paling ketara, Windows 7 menampilkan ikon paparan muka lebih baik berbanding sistem operasi terdahulu bagi memudahkan pelayaran.

Paparan muka Windows 7 menampilkan 'taskbar' yang lebih besar dan ikon dengan bentuk berpetak yang boleh mengubah cara anda berinteraksi dengan tetingkap aplikasi terbabit.

Bagi tujuan keselamatan pula, Windows 7 menampilkan ciri 'Action Centre' yang memberi peringatan kepada pengguna terhadap kemas kini dan akses kepada pemulihan serta penyelesai masalah (troubleshooting) menggunakan kemudahan pemulihan disediakan.

Secara keseluruhannya, Windows 7 dikatakan menjadi 'nyawa kedua' kepada Microsoft dan industri perkomputeran secara keseluruhannya menerusi keupayaan dan kestabilan yang ditawarkan produk terbabit.

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup