corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Saturday, August 8, 2009

7-Eleven tawar francais kepada usahawan tempatan


7-ELEVEN Malaysia Sdn Bhd, kini menawarkan program francais kepada usahawan tempatan yang berminat menjadi rakan kongsi rangkaian kedai serbaneka 24 jam terbesar dunia, 7-Eleven yang kini memiliki kira-kira 36,000 cawangan di 16 negara.

Pengarah Eksekutifnya, Ng Su Onn, berkata syarikatnya merancang membuka 2,000 cawangan 7-Eleven di seluruh negara dalam tempoh lima tahun dengan sasaran 50 peratus daripadanya dikendalikan francaisi.

Ketika ini, 7-Eleven Malaysia mempunyai 1,050 cawangan di seluruh negara dan merancang membuka 90 lagi cawangan baru tahun ini, yang mana sehingga 50 daripadanya akan ditawarkan secara francais.

“Kami membuka peluang kepada usahawan tempatan khususnya Bumiputera untuk menjadi rakan kongsi 7-Eleven bagi menjalankan operasi kedai serbaneka yang menawarkan lebih 2,000 pilihan produk dan perkhidmatan,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau berkata, syarikat itu mensasarkan membuka 150 cawangan baru tahun depan dan menawarkan 100 kedai 7-Eleven untuk difrancaiskan kepada usahawan yang berminat.

Katanya, 7-Eleven Malaysia melabur kira-kira RM50 juta bagi pembangunan infrastruktur teknologi maklumat (IT) dalam usaha meningkatkan lagi mutu perkhidmatannya.

Mengenai program francais 7-Eleven, Ng syarikat tidak mengenakan bayaran royalti, sumbangan pemasaran dan pengiklanan serta bayaran perkhidmatan seperti kebanyakan francaisor lain.

Katanya, ini bagi tidak membebankan francaisi dengan kos tetap yang tinggi seperti pelaburan untuk memiliki bangunan dan peralatan.

“Sebaliknya, 7-Eleven akan berkongsi keuntungan kasar dengan francaisi, pada nisbah 50:50 bagi kos penyelenggaraan dan bil elektrik,” katanya sambil menambah program francais 7-Eleven adalah berdasarkan model sokongan yang menyeluruh.

Daripada perkongsian keuntungan kasar itu, katanya, 7-Eleven akan bertanggungjawab terhadap perbelanjaan seperti lesen hartanah, peralatan, insurans am, royalti, audit inventori dan perkhidmatan barangan.

Untuk menjadi francaisi 7-Eleven, katanya bakal francaisi perlu melabur RM250,000, yang mana RM100,000 adalah untuk yuran permulaan yang digunakan bagi sistem dan penjenamaan, latihan.

Katanya, RM100,000 lagi untuk yuran pelesenan bagi menjalankan operasi perniagaan selama 10 tahun (perjanjian francais untuk selama lima tahun dengan kontrak secara automatik diperbaharui selama lima tahun lagi).

Sebanyak RM50,000 pula akan digunakan sebagai deposit sekuriti bagi stok barangan.

“Selepas 10 tahun, francaisi yang mahu memperbaharui kontrak mereka hanya perlu membayar yuran pelesenan,” katanya.

Ng berkata, 7-Eleven Malaysia menyediakan semua keperluan termasuk latihan, rancangan pemasaran, pembekalan dan peralatan.

Ini, katanya bagi membolehkan mereka menumpukan kepada operasi perniagaan dan menjaga hubungan baik dengan pelanggan.

Katanya, bakal francaisi akan menjalani latihan antara enam hingga lapan minggu yang mana syarikat turut menyediakan bantuan perunding bagi membincangkan pelbagai isu dan peluang meningkatkan perniagaan dengan francaisi selama dua jam dalam seminggu.

Ng menambah, 7-Eleven Malaysia turut menjalinkan kerjasama dengan AmBank untuk menyediakan pinjaman sehingga RM200,000 kepada francaisi.

Syarikat itu juga, katanya sedang memuktamadkan perbincangan dengan OCBC Bank untuk menyediakan kemudahan yang sama.

Beliau menjelaskan, program francais 7-Eleven itu dibuka kepada mereka yang berusia antara 25 hingga 60 tahun dengan kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ia juga dibuka kepada pemilik kedai yang mahu menukarkan perniagaan mereka kepada kedai 7-Eleven.

Beliau berkata, francaisi akan ditawarkan dengan kedai 7-Eleven sedia ada untuk menjalankan operasi selain latihan bagi memastikan mereka berjaya dalam perniagaan.

“Daripada pengalaman 7-Eleven global, francaisi kebiasaannya mampu meraih keuntungan jualan antara 30 hingga 50 peratus selepas beroperasi dua hingga tiga tahun,” katanya.

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup