corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Wednesday, July 8, 2009

Liberalisasi ekonomi negara


DALAM menghadapi persaingan ekonomi global, kerajaan tidak dapat lari daripada mengubah beberapa polisinya. Jika perubahan tidak dibuat maka pelaburan asing tidak akan masuk ke negara kita. Contohnya, kerajaan Singapura yang mempunyai polisi ekonomi yang jauh lebih liberal daripada kita telah banyak mendahului negara dalam pelbagai sektor ekonomi.

Singapura telah menurunkan kadar cukai korporat sebanyak 9 peratus sejak tahun 2000. Sedangkan cukai korporat Malaysia pada tahun 1998 adalah 28 peratus, tahun 2008 sebanyak 26 peratus dan tahun 2009 dikurangkan hanya kepada 25 peratus.

Kegagalan pihak kerajaan menurunkan cukai korporat sama seperti Singapura menjadi salah satu punca kurangnya daya saing negara untuk menarik lebih banyak pelaburan.

Tanpa persetujuan rakyat

Sebenarnya pihak kerajaan telah meliberalisasikan ekonomi negara kita tanpa persetujuan rakyat dalam koridor-koridor yang diciptanya sendiri. Pemansuhan ekuiti bumiputera, kemasukan profesional luar negara, pemansuhan FIC (Jawatankuasa Pelaburan Asing), penjualan hartanah kepada rakyat Singapura tanpa melalui FIC dan sebagainya telah dilakukan dalam Iskandar Malaysia(IM).

Atas liberalisasi ekonomi yang tidak disedari rakyat ini maka Dato' Seri Najib Tun Razak telah berbangga dengan pencapaian pelaburan yang telah dicapai oleh negara. Di Iskandar Malaysia (IM) kerajaan telah mensasarkan RM47 bilion pelaburan, sehingga kini hampir mencapai sasaran iaitu RM41 bilion. Di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) kerajaan mensasarkan RM28 bilion, sehingga kini telah memperolehi RM8.36 bilion.

Di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) kerajaan mensasarkan sebanyak RM20 bilion, sehingga kini telah memperolehi lebih daripada sasaran iaitu RM22.7 bilion. Di Koridor Pembangunan Sabah (SDC) kerajaan mensasarkan RM16 bilion, setakat ini telah memperolehi RM3.75 bilion.

Di Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) kerajaan mensasarkan RM34 bilion, pencapaiannya sangat tinggi iaitu RM79.9 bilion. Jika dicampur keseluruhannya maka kerajaan mensasarkan RM145 bilion bagi lima koridor dan sekarang telah mencapai RM155.71 bilion. Inilah kejayaan yang dibanggakan oleh Najib.

Berdasarkan kepada pencapaian di lima koridor inilah yang menyebabkan PM mengisytiharkan liberalisasi ekonomi bukan sahaja di dalam koridor yang diciptanya tetapi menjadi suatu dasar menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dicipta oleh bapanya Tun Abdul Razak.

Isi kandungan liberalisasi ekonomi negara adalah pertamanya penurunan pegangan ekuiti bumiputera daripada 30 peratus kepada 12.5 peratus. Keduanya penurunan ekuiti bukan bumiputera daripada 25 peratus kepada 12.5 peratus. Ketiganya pegangan ekuiti asing telah ditingkatkan daripada 49 peratus kepada 70 peratus. Keempatnya pemansuhan FIC, kelimanya Penubuhan Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS). Dan yang terakhir peningkatan had nilai hartanah yang boleh dibeli oleh warga asing daripada RM250,000 kepada RM500,000.

Terdapat kesan positif dan negatif daripada dasar liberalisasi ini. Pertamanya kesan positif daya saing negara akan meningkat. Pelabur akan datang melalui insentif yang diberikan. Ini terbukti daripada kesan liberalisasi ekonomi di lima koridor di atas. Keduanya adalah peningkatan 100 peratus had nilai hartanah untuk warga asing yang hendak membeli rumah di negara kita. Tentulah pemaju akan dapat keuntungan lebih dan kerajaan akan memperoleh hasil cukai yang lebih tinggi.

Ketiganya peluang pekerjaan di negara kita akan bertambah. Maka kadar pengangguran akan berkurangan. Keempatnya peniaga Industri Kecil dan Sederhana (IKS) akan mendapat limpahan daripada kehadiran pelaburan asing ini. Sektor perkhidmatan adalah sektor yang akan menerima kesan yang sangat positif. Kelimanya eksport negara akan bertambah. Nilai ringgit boleh meningkat. Kerajaan akan mendapat pendapatan hasil daripada cukai yang berkaitan.

Penurunan pegangan

Kesan negatif daripada liberalisasi ekonomi adalah pertamanya penurunan pegangan ekuiti bumiputera daripada 30 peratus kepada 12.5 peratus telah mengurangkan peluang bumiputera untuk terlibat dalam sektor pelaburan di negara sendiri.

Lebih malang lagi apabila pegangan ekuiti asing telah ditingkatkan daripada 49% kepada 70 peratus. Dasar ini seolah-olahnya seperti Najib mahu mewujudkan 1 World bukannya 1 Malaysia. Tun Dr Mahathir Mohamad pun telah memberi respons yang sama apabila beliau menyatakan bahawa Najib mahu menjadi popular.

Najib tidak pun membantu Melayu, Cina atau India. Najib lebih mengutamakan orang asing. Pada tahun 1970 an semasa DEB mahu digubal pegangan asing adalah 63.3 peratus. Sekarang pegangan asing adalah 43.9 peratus. Pegangan ekuiti bumiputera pada tahun 1970 an adalah 2.4 peratus, sekarang 19.4 peratus.

Pada tahun 2009 dasar liberalisasi mahu menetapkan pegangan asing 70 peratus dan bumiputera 12.5 peratus maka sebenarnya kerajaan mahu mengembalikan negara kita ke zaman sebelum DEB digubal. Jika kerajaan mensasarkan 30 peratus pegangan ekuiti bumiputra dalam DEB, bumiputera hanya mampu mencapai 19.4 peratus.

Soalnya berapa peratus pegangan ekuti bumiputra pada tahun 2020 jika kerajaan hanya memperuntukkan 12.5 peratus sahaja ekuti bumiputra dalam dasar liberalisasi ekonomi?

Kesan negatif keduanya kerajaan terlalu bergantung kepada pelaburan asing. Sepatutnya kerajaan membina pelabur-pelabur di kalangan rakyat Malaysia tidak kira apa jua bangsa. Kesetiaan mereka telah dipupuk dari bangku sekolah lagi. Pergantungan kepada pelaburan asing ini menjadikan ekonomi negara kita sangat rapuh.

Tun Mahathir juga menyatakan warga asing tidak setia. Mereka boleh keluar pada bila-bila masa sahaja. Secara logiknya, pelabur-pelabur ini adalah golongan kapitalis-kapitalis yang mementingkan untung semata-mata. Membunuh pesaing dalam ekonomi global adalah menjadi salah satu agendanya. Oleh itu negara kita sangat terdedah kepada perangkap kapitalis ini.

Apakah akan terjadi kepada ekonomi negara kita, jika kapitalis ini berpakat untuk keluar daripada negara kita? Habis madu, sepah dibuang. Yang tinggal hanyalah 25 peratus pelaburan yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India sahaja.

Kesan negatif ketiganya, pemansuhan FIC yang ditukar sebahagian peranannya oleh EKUINAS. EKUINAS telah diberi peranan yang banyak dalam meningkatkan bumiputera dalam sektor pelaburan. Modal asas adalah RM500 juta. Dijangka akan meningkat ke pelaburan RM10 bilion. Semasa FIC berperanan dahulu nilai pelaburan bumiputera pernah mencapai RM54 bilion.

Malangnya sekarang tinggal RM2 bilion. Soalnya ke manakah hilangnya RM52 bilion? Warga asing dan bukan bumiputera melabur untuk mendapat keuntungan jangka panjang. Malangnya bumiputera melabur untuk mendapat pulangan jangka pendek. Tawaran ekuiti kepada bumiputera adalah dalam tawaran awal permulaan (IPO). Setelah saham ditawarkan, bumiputera pun membelinya.

Apabila saham meningkat mereka jual saham tersebut. Itulah dia pelaburan jangka pendek. Semasa IPO ditawarkan, kroni-kroni Umno juga yang memperolehi. Sebab mereka rapat dengan pemimpin Umno. Mungkin semasa Perhimpunan Agung Umno banyak duit diperlukan.

Saham ini dijual untuk mendapat pulangan jangka pendek bagi merasuah para pewakilan bagi menjadi pemimpin di semua peringkat. Inilah imej pelaburan Umnoputra.

Sasaran terlalu rendah

Kesan negatif keempat, kerajaan telah menurunkan ekuiti rakyat Malaysia daripada 55 peratus kepada 25 peratus sahaja. Sasaran ini terlalu rendah sekali.

Berdasarkan kepada prestasi pemantauan kerajaan terhadap polisi yang telah digariskan sebelum ini maka tidak mustahil warga asing akan menjadi golongan pemodal yang kaya raya tetapi rakyat Malaysia akan menjadi golongan pekerja yang miskin.

Maka berlakunya jurang yang besar antara pelabur yang menguasai industri dengan pekerjanya yang terdiri daripada rakyat tempatan. Yang paling membimbangkan adalah perbezaan ini boleh membawa kesan tidak stabil dalam sosio-ekonomi dalam negara kita.

Terdapat tiga faktor utama mengapa pelabur datang ke negara kita. Pertamanya sosio-politik yang stabil. Kedua, kurangnya birokrasi dan ketiganya jaminan buruh yang murah dan mahir.

Bagi memenuhi ketiga-tiga faktor ini maka pihak kerajaan perlu menyelesaikan musuh utama negara iaitu rasuah dan salahguna kuasa. Musuh ini akan menyebabkan sosio-politik tidak stabil, birokrasi bertambah dan tenaga mahir tidak dapat dilahirkan.

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup