corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Wednesday, July 29, 2009

Ekonomi negara belum pasti pulih separuh kedua

Ekonomi Malaysia masih lagi belum dapat dipastikan kembali pulih pada separuh kedua 2009 seperti yang diramalkan sebelum ini.

Pakar ekonomi negara, Datuk Dr. Zainal Aznam Mohd. Yusof berkata, meskipun ekonomi global semakin terjejas tetapi ekonomi negara belum lagi berada di paras terendahnya.

''Secara peribadi saya masih lagi pesimis dengan ramalan yang dibuat oleh pelbagai pihak yang menyatakan ekonomi negara akan kembali pulih pada pertengahan tahun ini.

''Ekonomi kita masih belum berada pada kedudukan sepatutnya (paras terendah) untuk kembali mencatatkan pemulihan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Sebaliknya, secara peribadi, beliau berpendapat, ekonomi semasa global baru mencecah paras terendah sejak krisis ekonomi bermula daripada Amerika Syarikat akibat kemelut subprima pada pertengahan 2007.

Mengulas mengenai ekonomi tempatan, Zainal Aznam berkata, beliau tidak menolak Malaysia berkemungkinan terjerumus dalam kemelesetan ekonomi sekiranya data-data ekonomi terus mencatatkan penurunan.

''Ekonomi negara telah merosot dengan ketara dan sekiranya ia berpanjangan untuk suku kedua dan ketiga, Malaysia akan mengalami kemelesetan ekonomi,'' ujarnya.

Beliau menjelaskan, walaupun kerajaan belum mengumumkan kedudukan sebenar tetapi ramalan kerajaan bahawa ekonomi negara akan menguncup antara empat hingga lima peratus selaras dengan kemungkinan berlaku kemelesetan ekonomi.

Ekonomi Malaysia menguncup lebih teruk apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku pertama 2009 berada di paras -6.2 berbanding 7.4 peratus pada tempoh yang sama tahun lalu berikutan krisis semasa ekonomi dunia terus berlarutan.

Ini merupakan penguncupan KDNK terburuk sejak suku keempat 1998 apabila ekonomi Malaysia terjerumus dalam kemelesetan ketika krisis kewangan Asia. KDNK pada waktu itu adalah -8.1 peratus

Malah, Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz juga tidak menolak KDNK suku kedua juga mencatatkan penguncupan yang sama seperti suku sebelumnya.

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup