corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Wednesday, April 1, 2009

Pakej rangsangan beri kesan hanya seawal akhir tahun ini



Pakej rangsangan yang diumumkan kerajaan baru-baru ini bukan jaminan bahawa Malaysia tidak akan terjerumus dalam kemelesetan teknikal.

Unjuran ini berdasarkan penguncupan sektor perdagangan yang terjejas teruk sejak akhir tahun lalu dan berlarutan sehingga suku pertama tahun ini.

Naib Presiden dan Ketua Ekonomi Pasaran Ekuiti Maybank Investment Bank Bhd. (MIBB), Suhaimi Illias (gambar) berkata, pakej rangsangan yang dilaksanakan Malaysia dan seluruh dunia dilihat akan hanya memberi kesannya seawal akhir tahun ini.

''Saya berpendapat unjuran pertumbuhan ekonomi negara yang disemak semula oleh kerajaan telah mengambil kira pertumbuhan negatif.

''Bagaimanapun, dalam keadaan semasa, saya berpendapat Malaysia tidak mampu menangani kemelesetan teknikal dan berdasarkan unjuran tersebut, kita akan menghadapi penguncupan pertumbuhan tahun ke tahun pada suku pertama, kedua dan ketiga.

''Yang pasti prestasi suku pertama terjejas teruk berbanding suku-suku akan datang,'' katanya selepas membentangkan kertas kerja pada Seminar Perancangan Kewangan anjuran Permodalan Nasional Bhd. (PNB) di sini hari ini.

Suhaimi menegaskan, sebagai sebuah negara perdagangan, Malaysia tidak boleh 'lari' daripada mengalami kemelesetan teknikal memandangkan permintaan terhadap eksport terus menyusut.

Malah, sektor pembuatan dijangka mencatatkan pertumbuhan negatif sepanjang enam bulan pertama tahun ini, ujar beliau.

Bagaimanapun, kata beliau, ekonomi negara dijangka mula menunjukkan pemulihan menjelang suku keempat tetapi dalam peningkatan yang amat perlahan.

Peningkatan itu dipacu oleh kesan pelaksanaan pakej rangsangan fiskal yang mula dirasai pertengahan tahun ini, kata Suhaimi.

''Saya percaya kerajaan akan mengemukakan hasil laporan pakej rangsangan ini menjelang pertengahan pertama nanti,'' ujarnya.

Menurut beliau, kejayaan pakej rangsangan itu akan menyuntik semula aktiviti perniagaan dan pelaburan asing, sekali gus membantu pemulihan ekonomi sebelum kembali stabil pada 2010.

Sebelum ini, Bank Negara Malaysia (BNM) yakin Malaysia tidak akan terjerumus dalam kemelesetan teknikal pada separuh pertama tahun ini.



Gabenor BNM, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz mengakui bahawa pertumbuhan ekonomi akan mencatat penguncupan pada suku pertama tahun ini tetapi beliau yakin pakej rangsangan serta dasar kewangan yang dilaksanakan selama ini akan memulihkan situasi ekonomi negara tersebut.

Dr. Zeti berkata, kini BNM sedang berusaha untuk keluar daripada kemelut semasa tetapi sekiranya ekonomi menguncup ke paras negatif, ia adalah di luar kemampuan bank pusat itu.

BNM mengunjurkan kadar pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2009 adalah antara -1 peratus hingga satu peratus.

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup