corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Wednesday, April 1, 2009

Maybank Kembali Menjadi Peneraju Permodalan Pasaran Bank

Malayan Banking Bhd (Maybank), bank terbesar negara, merampas semula kedudukan nombor satu daripada Public Bank Bhd dengan permodalan pasaran kira-kira RM27.46 bilion setakat ini. Permodalan pasaran Public Bank berjumlah RM26.84 bilion manakala Bumiputra-Commerce Bhd ditempat ketiga dengan RM24.5 bilion, kata seorang penganalisis.

Baru-baru ini, kira-kira RM6.54 bilion terhakis daripada permodalan pasaran Maybank dalam masa 11 hari kerugian, tempoh kerugian paling lama dalam 22 tahun, berikutan kebimbangan pelabur peningkatan hutang lapuk dan rancangan pengumpulan modal akan menghakiskan pendapatannya.

Penganalisis itu memberitahu Bernama bahawa Maybank mampu "kembali semula ke landasan" berikutan keyakinan pelabur yang bertambah baik, terutamanya terhadap rancangan bank itu untuk menstabilkan modalnya dengan mengeluarkan terbitan hak.

Pada bulan lepas, Maybank mengumumkan terbitan hak ditaja jamin sepenuhnya boleh lepas sehingga RM6 bilion bagi asas sembilan saham hak untuk 20 saham sedia ada yang akan menyediakan modal mencukupi bagi melaksanakan inisiatif strategik utamanya bagi tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

Bank itu setakat ini mengumpulkan RM3.5 bilion bagi modal Tier 1 bukan inovatif, RM2.5 bilion dalam modal Tier 1 inovatif dan RM3.1 bilion dalam modal Tier 2 rendah sejajar dengan strategi pengurusan modal kumpulan bagi memastikan permodalan tinggi.

Penawaran hak itu bertujuan mengukuhkan asas modal bank tersebut dan dijangka selesai bulan depan.

Pada penutup dagangan di Bursa Malaysia hari ini, Maybank naik 20 sen kepada RM3.86, Public Bank meningkat 10 sen kepada RM7.55 manakala Bumiputra-Commerce susut lima sen kepada RM6.85.

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup