corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Wednesday, March 11, 2009

Bajet Mini: Skim Jaminan Modal Kerja RM5b



KERAJAAN akan menubuhkan Skim Jaminan Modal Kerja dengan dana berjumlah RM5 bilion bagi membiayai modal kerja syarikat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata menerusi skim itu, kerajaan akan menyediakan jaminan dengan nisbah 80:20, iaitu 80 peratus kerajaan dan 20 peratus institusi kewangan yang menyediakan pinjaman bagi membiayai modal kerja syarikat.

Had pinjaman, katanya, ialah RM10 juta bagi tempoh lima tahun dengan syarikat yang layak ialah yang mempunyai dana pemegang ekuiti di bawah RM20 juta.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan menerima banyak rungutan daripada syarikat berhubung dengan kesukaran mendapat pinjaman daripada institusi kewangan sungguhpun bagi projek yang berdaya maju.

"Dengan adanya dana ini, kerajaan yakin institusi kewangan akan lebih bersedia untuk memberi pinjaman kepada syarikat terbabit," katanya.

Beliau menegaskan, adalah penting dalam keadaan kelembapan ini, institusi kewangan tidak mengambil sebarang tindakan untuk menyukarkan aliran kredit kepada syarikat, termasuk dengan mengenakan syarat yang lebih ketat.

Katanya, ia adalah usaha kerajaan kepada usaha menyokong aktiviti sektor swasta agar terus dapat beroperasi dalam persekitaran yang sukar, selain melaksanakan langkah untuk meningkatkan keyakinan pelabur asing dan tempatan untuk terus mengembangkan ekonomi domestik.

"Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memainkan peranan penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara dan mewujudkan peluang pekerjaan," katanya.

Pada masa ini, PKS merangkumi 99 peratus daripada jumlah perniagaan berdaftar di Malaysia dan menyumbang 56 peratus kepada jumlah pekerjaan serta 32 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Ketika ini, Credit Guarantee Corporation (CGC) di bawah Bank Negara Malaysia sudah menyediakan Skim Jaminan Usahawan Kecil untuk membiayai modal kerja kepada PKS yang mempunyai dana pemegang ekuiti kurang daripada RM3 juta.

Sementara itu, Najib berkata, kerajaan akan menubuhkan Skim Dana Jaminan Penstrukturan Semula Industri juga berjumlah RM5 bilion untuk pinjaman bagi meningkatkan produktiviti dan nilai ditambah lebih tinggi serta menggalakkan aplikasi teknologi mesra alam.

Beliau menjelaskan, menerusi skim itu, bagi syarikat dengan dana pemegang ekuiti kurang daripada RM20 juta, kerajaan menyediakan jaminan berasaskan nisbah 80:20, iaitu 80 peratus kerajaan dan 20 peratus institusi kewangan.

Katanya, bagi syarikat dengan dana pemegang ekuiti RM20 juta atau lebih, nisbah jaminannya adalah 50:50.

Najib berkata, had maksimum pinjaman ialah sebanyak RM50 juta dengan tempoh pinjaman selama 10 tahun.

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup