corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Thursday, February 5, 2009

Sabotaj Pekerja Kebimbangan Utama Eksekutif Asia


Pengkhianatan oleh pekerja dan e-mel salah alamat merupakan antara kebimbangan terbesar para eksekutif Asia, demikian menurut satu kaji selidik oleh firma perhubungan awam terkemuka, Weber Shandwick.

Kaji selidik itu yang dikendalikan dengan kerjasama Economist Intelligence Unit, mendapati bahawa 74 peratus daripada eksekutif terkemuka Asia percaya akibat sikap buruk itu reputasi syarikat mereka terancam.


Jumlah ini lebih tinggi berbanding dengan 64 peratus daripada eksekutif Australia dan 67 peratus eksekutif secara global, kata Weber Shandwick dalam satu kenyataan hari ini.

"Penyelidikan kami mendapati pengurusan reputasi dalam talian secara rasmi menjadikannya agenda kepimpinan terpenting memandangkan eksekutif memperakui bahawa cabaran baru boleh menjatuhkan reputasi korporat walaupun yang dibina dengan teliti," kata Tim Sutton, pengerusi Weber Shandwick, Asia Pacific.

Menurut kaji selidik itu, sebahagian besar ketua gagal mengadakan perhubungan dengan pekerja khianat itu secara online.

Di Asia, kritikan pekerja dianggap risiko yang jelas kepada reputasi syarikat tetapi hanya sepertiga daripada eksekutif Asia mengetahui, atau mengaku mengetahui, mengenai rakan pekerja yang memburuk-burukkan syarikat mereka secara online.

"Ketua yang kurang mengetahui mengenai pekerja menggunakan online untuk bersungut mengenai ketua mereka, membincangkan gaji dan membocorkan maklumat sulit, merupakan satu daripada ancaman paling bahaya kepada reputasi korporat dan profesional kini dan pada tahun-tahun akan datang," kata ketua pakar strategi reputasi Weber Shandwick, Dr Leslie Gaines-Ross.

Semua peringkat pekerja berpotensi merosakkan reputasi syarikat mereka dalam talian, kata Weber Shandwick.

"Akibat mesej elektronik yang tidak sengaja dan tidak dijangka boleh mencemarkan, kadangkala secara kekal, reputasi syarikat dalam beberapa saat," katanya.

Kaji selidik itu dikendalikan di kalangan 703 eksekutif kanan di lebih daripada 20 industri di 62 negara merentasi Asia Pasifik, America Utara, Eropah dan pasaran lain.

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup