corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Saturday, January 3, 2009

MARC Turunkan Unjuran KDNK Malaysia


Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC) menurunkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia tahun ini kepada 2.5 peratus berbanding unjurannya pada Oktober sebanyak 3.5 peratus.

Dalam satu kenyataan, MARC berkata keadaan ekonomi makro tidak menentu yang berterusan serta permintaan pengguna yang menyederhana, merupakan antara faktor yang boleh menjejaskan prospeks pertumbuhan ekonomi domestik.

Berikutan masalah semasa itu, ekonomi serantau yang lemah dijangkakan memberi impak ketara ke atas sektor luaran Malaysia, yang sejak bulan-bulan kebelakangan ini menunjukkan tanda-tanda kelesuan.

Penggunaan swasta yang dijangkakan lembap berbanding tahun-tahun sebelumnya, dijangka memain peranan penting dalam membantu meningkatkan ekonomi.

Kesan keuntungan yang dicatatkan hasil daripada pasaran komoditi yang cergas baru-baru ini, terutama minyak sawit mentah, menjadi pemampan terhadap penurunan ketara dalam perbelanjaan pengguna.

Berdasarkan penurunan dalam aktiviti perniagaan, MARC menjangkakan terbitan hutang korporat adalah lebih kecil iaitu dalam julat antara RM25 bilion dan RM30 bilion pada 2009 berbanding bekalan terbitan Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) yang dipeluaskan, yang diunjurkan pada RM70 bilion hingga RM75 bilion.

Daripada jumlah ini, kira-kira RM36 bilion akan digunakan untuk membiayai semula MGS yang matang pada 2009, manakala bakinya akan membiayai defisit fiskal yang dijangkakan pada 4.8 peratus daripada KDNK 2009.

Meskipun wujud kelemahan semasa, keadaan ekonomi Malaysia tidak dijangka menyaksikan penurunan ketara seperti yang dialami semasa Krisis Kewangan Asia 1997-1998.

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup