corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Monday, December 29, 2008

Malaysia Mesti Tingkatkan Diri Untuk Lebih Menonjol Dalam Komuniti Antarabangsa


Malaysia perlu meningkatkan usaha untuk menonjolkan kualiti terbaiknya bagi memperkukuhkan kedudukan negara dalam arena antarabangsa susulan krisis kewangan global.

Dalam setiap krisis, pasti ada sinar harapan. Oleh itu, Malaysia perlu mengambil peluang itu dan memain peranan bagi menonjolkan kelebihannya dalam radar antarabangsa.

Beberapa penganalisis berpendapat prestasi Malaysia di peringkat antarabangsa tahun depan dijangka lebih baik berbanding negara lain berdasarkan hakikat bahawa ia adalah antara negara Asean yang masih kukuh walaupun krisis kewangan global sudah berlarutan.

Ketika negara-negara maju bertungkus-lumus menyelamatkan sistem kewangan ala Anglo Saxon yang dibanggakan itu yang kini lumpuh, Malaysia, bersama-sama rakan Aseannya, kurang terjejas akibat krisis itu memandangkan sistem kewangannya lebih terkawal, hasil daripada pengajaran krisis kewangan Asia pada 1997/1998.

Malaysia yang sebelum ini dikritik hebat oleh Barat kerana melaksanakan kaedah yang dikatakan "kolot" yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir semasa krisis kewangan Asia, kini boleh berbangga kerana negara maju lain meniru usaha yang dilaksanakan negara ini untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Penganalisis mengunjurkan bahawa negara-negara Asia dijangka menjadi penyelamat ekonomi dunia tahun depan selepas sistem kewangan Amerika Syarikat (AS) lumpuh, dan kesannya melanda di seluruh dunia.

Menurut ahli ekonomi HSBC plc Asia Robert Prior-Wandesforde, Malaysia dijangka mengatasi negara lain di Asia tahun depan walaupun pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dijangka terus lemah ekoran pertumbuhan eksport yang turun dengan ketara.

Beliau berkata Malaysia merupakan satu-satunya negara utama di Asia tidak mengurangkan kadar faedah dan tindakan itu hanya dilakukan baru-baru ini sahaja, selain negara ini tidak menghadapi kredit yang besar atau gelembong hartanah yang boleh meletus.

Di peringkat antarabangsa, Malaysia secara aktif menyuarakan pendapatnya dalam pelbagai isu, terutama sistem kewangan, ekonomi, kerjasama serantau serta keselamatan.

Meskipun sidang kemuncak Asean yang sepatutnya berlangsung minggu ini di Chiangmai, Thailand, ditangguhkan hingga Februari depan, ia tidak menjejaskan kumpulan serantau itu.

Malah, ia memberi lebih masa kepada perkumpulan itu, terutama Malaysia, supaya lebih bersedia untuk menerima Piagam Asean.

Cabaran terbesar ialah penubuhkan dana Asean, yang berperanan seperti Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), membabitkan AS$120 bilion (AS$1=RM3.44), yang merupakan langkah penting kumpulan itu untuk memacu arahnya sendiri dan tidak bergantung kepada pihak lain.

Dengan China, Jepun dan Korea Selatan yang pada dasarnya bersetuju membantu menubuhkan dana itu, ia memudahkan negara Asean untuk berhadapan dengan krisis ekonomi sendiri memandangkan mereka komited terhadap dana berkenaan.

Idea itu yang disuarakan oleh Malaysia pada lewat 1990-an, ditentang oleh IMF yang mendakwa ia merupakan langkah ke belakang.

Bagi menangani pergerakan mata wang antarabangsa yang tidak stabil, Malaysia mengulangi cadangannya supaya dinar emas digunakan sebagai mata wang perdagangan antarabansga di kalangan negara Islam.

Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop memberitahu Dewan Negara baru-baru ini mengenai minat beliau untuk membangkitkan cadangan penggunaan dinar emas pada Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

Malaysia juga mendapat perhatian apabila menjadi tuan rumah Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D8), satu kumpulan lapan negara Islam membangun yang membabitkan Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Malaysia, Nigeria, Pakistan dan Turki.

Pada persidangan itu, Malaysia mencadangkan penubuhan jaringan keselamatan makanan di kalangan negara anggota bagi menangani krisis makanan serta peningkatan harga bahan api global ketika itu.

Pada sidang kemuncak Apec pula, Malaysia sekali lagi menyuarakan kebimbangan mengenai ancaman keselamatan di perairan negara dan mencadangkan Pertubuhan Bangsa Bersatu memain peranan utama dalam menangani kegiatan lanun.

Bagaimanapun, cakap-cakap tanpa tindakan hanya sia-sia.

Oleh itu Malaysia perlu meningkatkan usahanya bagi memastikan semua yang dihajati dilaksanakan dan direalisasikan.

Lebih penting lagi ialah memastikan suara Malaysia didengari oleh masyarakat antarabangsa.

Inilah masanya untuk kita bertindak

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup