corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Wednesday, November 5, 2008

Krisis Kewangan Di AS Berlarutan Walau Siapa Jua Terpilih Sebagai Presiden, Kata MIA


Persatuan Pelabur Malaysia (MIA) berkata walau siapa sekalipun terpilih sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-44, krisis kewangan semasa di negara itu akan terus menjadi masalah buat seketika.

Presidennya, Datuk Dr P.H.S. Lim, berkata masalah ekonomi AS telah menjadi isu global dan mengakibatkan pasaran kewangan turun naik.

"AS sedang menghadapi kemelesetan kerana kegiatan perkilangannya kini berada pada kadar terendah dalam 25 tahun.

Penggunaan akan terus rendah dan pengangguran yang juga meningkat, mungkin mencecah sembilan peratus menjelang Hari Natal dengan dua juta orang kehilangan pekerjaan," katanya dalam satu kenyataan yang diberikan kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata masalah asas yang dihadapi AS ialah kos tenaga buruh yang tinggi.

Beliau berkata produk akhir atau perkhidmatannya merangkumi purata 60 peratus kos tenaga buruh.

Beliau juga berkata ekonomi AS tidak lagi berdaya saing. Pada masa yang sama, tahap simpanan sistem perbankannya rendah manakala bank terlalu bergantung kepada pinjaman Bank Rizab Persekutuan untuk mengeluarkan pinjaman.

Kemudahan mendapatkan kredit selama tiga dekad di AS menyebabkan syarikat pinjaman, bank dan syarikat insurans negara itu terpaksa diselamatkan dalam krisis kewangan sekarang.

Menurut Lim, Amerika Syarikat menanggung hutang negara berjumlah AS$10 trilion, kebanyakannya dibelanjakan ke atas peperangan, dan bagi 2009 defisit mungkin melebihi AS$800 bilion.

"Situasi kewangan sedemikian menyukarkan presiden baru menurunkan cukai," tegas beliau.

Barack Obama dan John McCain merupakan dua calon presiden dalan pilihan raya yang bermula hari ini.

Sementara itu, kata Lim, pasaran saham di seluruh dunia kerugian AS$10 trilion dari segi nilai pada bulan Oktober.

Bagi Bursa Malaysia, nilai pasarannya berjumlah RM1.1 trilion pada Januari 2008 dan kini berjumlah RM671.7 bilion.

"Sama seperti kegagalan sektor kewangan besar-besaran yang lain pada masa lalu, krisis kewangan sekarang akan berlalu apabila keyakinan pelabur kembali," jelasnya.

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup