corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Wednesday, November 5, 2008

KDNK 2009 Wajar Disemak Semula, Kata Salleh Majid


Ada kewajaran bagi kerajaan menyemak semula pertumbuhan ekonomi negara kepada 3.5 peratus bagi 2009 berikutan penyusutan pendapatan syarikat akibat penurunan harga eksport komoditi utama negara, kata Datuk Muhammad Salleh Majid hari ini.

"Selain harga yang menyusut, permintaan juga rendah akibat kelembapan ekonomi dunia. Oleh itu cukai yang perlu dibayar kepada kerajaan akan berkurangan akibat pendapatan syarikat perladangan dan syarikat minyak yang turut berkurang," kata bekas presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia) itu kepada Bernama, Selasa.

Kerajaan hari ini mengumumkan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM7 bilion dalam usaha mengukuhkan lagi daya tahan negara dan mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi dalam menghadapi persekitaran global yang semakin mencabar.

Dalam ucapan penggulungan perbahasan Bajet 2009 di Dewan Rakyat oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah disemak semula bagi tahun hadapan kepada 3.5 peratus, tahap yang memuaskan berdasarkan senario ekonomi global semasa.

Harga minyak sawit mentah turun kepada 25 peratus harga tertingginya berbanding bulan Mac lepas yang pada masa itu komoditi itu berharga RM4,486 satu tan.

Minyak mentah pula kini berlegar dalam lingkungan AS$66-AS$70 setong, lebih daripada setengah harga tertinggi AS$147 pada Julai lepas.

"Perdagangan begitu penting kepada negara kita. Sekiranya rakan dagangan kita mengalami kemelesetan ekonomi, permintaan untuk barang-barang kita akan menurun," kata Salleh yang juga Felo Utama, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

"Walaupun kita telah mengurangkan kebergantungan eksport kita ke Amerika Syarikat, negara-negara rakan dagang kita yang lain yang berdagang dengan Amerika Syarikat, negara-negara Eropah dan Jepun, juga akan mengalami penurunan pertumbuhan ekonomi dan ini bermakna permintaan terhadap barangan eksport kita juga akan berkurangan."

Katanya negara China tidak mampu "menandingi" Amerika Syarikat sebagai rakan dagangan dunia kepada yang lain kerana ia hanya menyumbang sebanyak lima peratus KDNK dunia berbanding Amerika Syarikat sebanyak 28 peratus.

Mengulas tentang pakej rangsangan itu, Salleh berkata ia adalah menyeluruh dan memberi manfaat terutama kepada syarikat-syarikat dalam bidang pembinaan.

"Pakej ini diharapkan dapat melangsaian hutang kepada mereka yang telah menyiapkan projek-projek dengan kadar segera. Sekiranya tidak ia akan memberi tekanan kepada aliran wang tunai syarikat-syarikat pembinaan," katanya.

Menerusi pakej itu, kerajaan memberikan kemudahan khas kepada kontraktor lanjutan masa sehingga tiga bulan bagi projek yang masih dalam pembinaan; dan bayaran kemajuan interim dibuat dua kali sebulan mengikut nilai kerja sebenar bagi membantu aliran tunai kontraktor.

Ia bertujuan mengurangkan beban kewangan yang dihadapi oleh kontraktor di samping memastikan pelaksanaan projek Rancangan Malaysia Kesembilan dapat disiapkan.

"Setiap sektor ekonomi kita menyumbang kearah pertumbuhan ekonomi ini. Kemorosotan di mana-mana sektor tentu sekali akan mengheret kebawah pertumbuhan ekonomi kita," kata Salleh.

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup