corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Wednesday, November 5, 2008

Cukai Koprorat Wajar Diturunkan Tapi Bukan Serta-merta


Kadar cukai korporat wajar dikurangkan lagi secara beransur-ansur, kata pakar percukaian hari ini.

Pemimpin percukaian negara Deloitte Touche Tohmatsu Tax Services Sdn Bhd, Ronnie Lim berkata walaupun cukai semasa adalah 25 peratus lebih tinggi, Malaysia menawarkan pelbagai insentif, sekaligus mengurangkan kadar cukai sebenar.

Beliau mengulas langkah kerajaan mengekalkan cukai korporat pada 25 peratus seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan penggulungan Bajet 2009 di Dewan Rakyat hari ini.

"Malaysia masih dianggap negara yang menawarkan akdar cukai yang kompetitif yang dinikmati kebanyakan pelabur asing," katanya kepada Bernama menerusi e-mel, Selasa.

Lim berkata kadar cukai korporat yang munasabah akan memastikan Malaysia setanding dengan negara lain di rantau ini.

"Sebaik kadar cukai korporat diturunkan, beberapa insentif cukai boleh dihentikan secara beransur-asnur memandangkan pentadbiran beberapa insentif cukai adalah kompleks.

"Idealnya cukai korporat yang sederhana akan menajdi tarikan utama kepada pelabur asing. Malaysia mesti bergerak ke arah itu," katanya.

Pengarah Urusan KPMG Tax Services Sdn Bhd, Khoo Chin Guan pula berkata berdasarkan persekitaran ekonomi semasa, kerajaan sukar mengurangkan kadar cukai tanpa menjejaskan teruk defisit bajet yang disasarkan bagi 2009 sebanyak 4.8 peratus.

"Sebahagian besar perolehan kerajaan digunakan untuk perbelanjaan pembangunan dan operasi yang disumbangkan menerusi kutipan cukai.

"Jika kadar cukai korporat dikurangkan lagi, perlu ada hasil daripada sumber berlainan memandangkan kerajaan komited untuk meneruskan perbelanjaan pembangunan bagi 2009," kata Khoo.

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup