corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Wednesday, October 8, 2008

Sistem Kewangan Kukuh, Tidak Perlu Tambah Had Deposit Insurans


Langkah beberapa bank di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah menambah had insurans deposit tidak perlu diikuti kerana sistem kewangan negara kukuh, kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM), Jean Pierre Sabourin.

PIDM menyediakan perlindungan sehingga RM60,000 (AS$17,261) bagi pendeposit setiap bank anggota, yang merupakan antara yang tertinggi di rantau ini berbanding Singapura (AS$13,808), Hong Kong (AS$12,872), Indonesia (AS$10,616), Filipina (AS$5,298) dan Vietnam (AS$3,020).

Malaysia melaksanakan dua sistem insurans deposit, Islam dan komersial.

"Banyak yang belum menimbang untuk menaikkan had. Mereka belum membuat perubahan terhadap sistem insurans deposit semasa dan Malaysia adalah antaranya memandangkan kita mempunyai sistem kewangan yang menguntungkan, pesat dan kukuh," katanya,

Dalam melindungi dana pendeposit, barisan pertama pertahanan ialah dengan bank mempunyai modal yang baik, dan bank-bank Malaysia semenangnya memiliki modal yang baik.

Malah, ia merupakan antara sistem perbankan yang mempunyai modal terbaik di dunia, katanya.

"Bank-bank kita juga tidak berada dalam pasaran yang sama seperti bank-bank AS dan Eropah," katanya kepada Bernama dalam temu bual di sini, Selasa.

Sistem kewangan negara juga dikawal selia dan dipantau ketat oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Ditanya sama ada PIDM akan menimbang untuk menaikkan had itu pada masa depan selari dengan perkembangan negara, Sabourin berkata: "Kami akan mengkajinya... ...(bila dan jika keadaan memerlukan), buat kajian dan mencadangkannya kepada lembaga serta kementerian."

Beliau bagaimanapun berkata organisasi seperti PIDM diwujudkan bukan melindungi baki yang dipegang oleh perbadanan besar.

Purata pendeposit tidak mempunyai simpanan lebih daripada RM60,000, katanya.

"Tugas kami ialah bertindak untuk manfaat purata pendeposit dan simpanan hayat mereka."

Ia bukan untuk melindungi semua orang, dan tidak sewajarnya, kerana ia akan menimbulkan lebih banyak bahaya. Jika setiap orang dilindungi, implikasinya ialah tiada siapa peduli dan mungkin wujud pinjaman dan keputusan yang tidak betul, katanya.

Ini sudah terbukti dalam banyak krisis kewangan, katanya.

Beliau menjelaskan bahawa krisis kewangan semasa di AS dan Eropah mempunyai kesan berlainan ke atas sistem kewangan pelbagai negara.

Dalam beberapa keputusan, bank gagal dan masalah mereka diselesaikan menerusi campur tangan kerajaan) memerlukan tindakan daripada perbendaharaan, bank pusat dan/atau insurans deposit) manakala dalam keputusan lain, bank menghadapi masalah mudah tunai yang memerlukan bank pusat menyediakan sokongan mudah tunai.

Sesetengah keadaan, had insurans deposit wajar ditambah (ada yang hanya sementara) yang lain mengenakan jaminan menyeluruh sementara manakala yang lain tidak membuat perubahan kepada sistem insurans deposit semasa mereka.

Sebagai contoh, Kongres AS baru-baru ini menaikkan had insurans yang disediakan oleh Perbadanan Insurans Deposit Persekutuan (FDIC) bagi akaun deposit biasa daripada AS$100,000 hingga AS$250,000 hingga 31 Dis, 2009, dan had itu akan dikurangkan kepada AS$100,000 selepas itu.

Bagi Malaysia, orang ramai tidak perlu bimbang sama ada PIDM mempunyai dana yang mencukupi untuk melindungi pendeposit.

"Malah, kebanyakan pendeposit bank kini menikmati perlindungan penuh menerusi had RM60,000 bagi setiap pendeposit setiap bank anggota kami selain perlindungan yang luas, kata Sabourin.

Semua bank komersial dan Islam yang dikawal selia oleh BNM adalah anggota PIDM.

Kini terdapat 36 bank anggota, melibatkan 22 bank komersial dan 14 bank Islam, asing dan domestik.

Sehubungan itu, seorang pendeposit (sama ada individu, perniagaan, syarikat atau persatuan) mendapat jaminan RM2.16 juta daripada PIDM dengan mendeposit RM60,000 atas namanya sendiri di 36 bank anggota, kata Sabourin.

Para pemegang akaun bersama pula mendapat perlindungan berasingan dan mereka mendapat perlindungan tambahan.

Pemegang akaun amanah pula diberi perlindungan berasingan jika kepentingan setiap penerima manfaat didedahkan secara terperinci dalam rekod bank anggota.

Seperti yang dapat diperhatikan, sistem insurans deposit Malaysia menyediakan jumlah perindungan yang mencukupi untuk pendeposit, katanya.

Sehingga 31 Dis, 2007, deposit yang dilindungi oleh PIDM menerusi sistem insurans deposit berjumlah RM191.5 bilion (akhir 2006: RM179.0 bilion), dengan depsosit konvensional sebanyak RM169.8 bilion (2006 :RM161.5 bilion) dan deposit Islam sebanyak RM21.7 bilion (2006: RM17.5 bilion).

Beliau juga berkata menjelang akhir tahun ini, PIDM dijangka mengeluarkan Peraturan Insurans Deposit bagi Peruntukan Maklumat yang bertujuan memastikan bank-bank anggota membuat penyampaian jelas mengenai keanggotaan mereka dalam sistem insurans deposit.

Bank juga perlu mendedahkan sama ada produk deposit dilindungi atau tidak dan menyediakan maklumat tepat mengenai insurans deposit kepada pendeposit.

Peraturan itu dijangka berkuatkuasa awal tahun depan.

Syarat lain dalam peraturan itu ialah bank anggota perlu memasang tanda jelas dan perlu bagi menyataan keanggotaan mereka dalam PIDM.

Mereka juga perlu mempamerkan secara jelas dan menyediakan brosur maklumat PIDM di cawangan masing-masing.

Brosur itu perlu diberikan kepada pelanggan sebelum membuka akaun deposit atau membeli mana-mana produk deposit yang dilindungi insurans atau tidak.

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup