corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Saturday, October 25, 2008

Sektor perbankan kekal kukuh, cukup modal: ABM

Tidak berlaku kekangan kredit, pinjaman terus disalurkan

PERSATUAN Bank-Bank di Malaysia (ABM) mengesahkan sektor perbankan di negara ini kekal kukuh dengan mempunyai modal mencukupi di sebalik kegawatan pasaran kewangan global.

Justeru, Pengerusinya Datuk Seri Abdul Hamidy Abdul Hafiz, menegaskan tidak berlaku masalah kekangan kredit dalam sektor perbankan di negara ini dan bank terus menyalurkan pinjaman kepada pelanggan.

Beliau menegaskan, walaupun tidak dinafikan tinjauan pertumbuhan ekonomi dunia dan pasaran kewangan global dalam masa terdekat ini adalah begitu mencabar, namun bank komersial yang beroperasi di negara ini adalah kukuh dan kekal berdaya tahan.

"ABM yakin mereka berada dalam kedudukan yang baik untuk terus menyokong aktiviti ekonomi domestik.

"Kami juga mengesahkan tidak berlaku sebarang masalah kekangan kredit. Ia adalah perniagaan biasa, dan bank komersial tidak mengurangkan aktiviti pemberian pinjaman," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau menjelaskan, sebahagian besar perniagaan bank di negara ini adalah bertumpu kepada pasaran domestik dengan lebih 90 peratus daripada jumlah aset mereka adalah dalam nilai ringgit, sementara pelaburan dan aset pula adalah di rantau Asean.

Di samping itu, katanya, pinjaman yang disalurkan sektor perbankan tempatan juga kini adalah lebih pelbagai di antara pinjaman perniagaan serta isi rumah dan tidak mempunyai pendedahan yang terlalu tinggi kepada sesuatu segmen saja.

Abdul Hamidy menambah, mutu aset bank di negara ini juga semakin meningkat dengan nisbah pinjaman tidak berbayar (NPL) pada asas tiga bulan berada pada kadar 2.5 peratus setakat akhir Ogos 2008 berbanding 11.5 peratus pada 2001.

"Permodalan industri juga adalah kukuh dengan nisbah kecukupan modal berada pada kadar 13.2 peratus setakat Ogos lalu, melebihi keperluan modal minimum lapan peratus yang ditetapkan, sementara liputan kerugian pinjaman berada pada paras selesa sebanyak 95.2 peratus," katanya.

Beliau berkata, faktor lain yang menyumbang kepada kekukuhan dalam sektor perbankan tempatan adalah tiada masalah kekurangan kecairan.

"Kecairan dalam sistem perbankan tempatan adalah baik. Setakat akhir Ogos lalu, nisbah pinjaman kepada deposit sektor perbankan negara ini berada pada kadar 74.5 peratus berbanding kadar tertinggi 90 peratus yang direkodkan pada 1997," tegasnya.

Abdul Hamidy menegaskan, negara juga mempunyai kadar simpanan sebanyak 37 peratus, peratusan yang tinggi mengikut piawaian antarabangsa.

"Kecairan dalam sistem kewangan tempatan yang kukuh, disokong pula oleh kadar simpanan domestik yang tinggi dan rizab luar Bank Negara Malaysia (BNM) yang berjumlah AS$119 bilion pada pertengahan bulan lalu, akan terus membantu fungsi transaksi aktiviti pinjaman, seterusnya menjana pertumbuhan ekonomi negara," katanya.

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup