corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Monday, October 6, 2008

Pakej AS$700b selamat ekonomi AS

BUSH dan Paulson berbincang ketika keluar dari Jabatan Perbendaharaan AS, di Washington.


Bush puji langkah Demokrat, Republikan pulih kewangan

PRESIDEN George W Bush memuji penggubal undang-undang daripada kedua-dua parti susulan kelulusan yang diberikan ke atas pakej menyelamat sistem kewangan Amerika Syarikat (AS) bernilai AS$700 bilion, namun memberi amaran bahawa kesannya dijangka tidak berlaku secara serta-merta. "Kongres membuat langkah wajar dalam menyediakan perkakasan yang diperlukan untuk membawa kestabilan dalam pasaran," katanya ketika melawat Midland, Texas. "Sudah tentu kita perlu memberi kredit kepada mereka supaya rakyat lebih selesa melaksanakan urus niaga," kata Bush sambil menambah: "Banyak lagi perkara harus dilakukan."

Senat AS meluluskan langkah menyelamat itu pada Rabu lalu, manakala Rumah Perwakilan pula memberi "lampu hijau" pada Jumaat selepas menolak versi awal pakej menyelamat itu pada Isnin lalu. Sementara itu, ketika bercakap menerusi radio, Bush menyedari bahawa agak sukar untuk mendapatkan sokongan daripada wakil parti Demokrat dan Republikan. "Saya menghargai kesanggupan mereka untuk bekerjasama," kata Bush, yang bertindak pantas menandatangani pakej campur tangan ekonomi yang terbesar, pada Jumaat lalu.

Pakej itu "menyediakan perkakasan perlu bagi membendung masalah dalam sistem kewangan AS, katanya. Tambahnya, kos akhir kepada pembayar cukai akan menjadi "lebih rendah" berbanding angka AS$700 bilion yang diluluskan itu. Ia disebabkan nilai aset gadai janji "beracun" yang tidak laku ketika ini dan dibeli semula oleh kerajaan, "berkemungkinan akan meningkat dari segi harganya", kata beliau. Oleh demikian, katanya, ia akhirnya mampu menampung sedikit sebanyak perbelanjaan asal kerajaan.

Beliau, bagaimanapun, memberi amaran kesan pakej itu akan memakan masa. "Dengan mengambil pendekatan itu, kita meletakkan ekonomi dalam landasan pemulihan. Walaupun langkah itu dijangka berkesan, namun ia akan mengambil masa untuk dilaksanakan." "Pihak pentadbiran akan memastikan ia dilaksanakan secepat mungkin, tetapi manfaat pakej itu tidak akan dirasai serta-merta. Kerajaan persekutuan juga akan melaksanakan pelan pemulihan itu secara berhati-hati bagi memastikan setiap hasil cukai yang dibayar, dibelanjakan dengan berhemah," katanya. Bush menegaskan, beliau yakin dengan menggerakkan pasaran menerusi langkah itu, ia akan membantu meneruskan kejayaan ekonomi AS menerusi semangat keusahawanan rakyatnya. Namun, sebahagian besar akhbar utama negara itu berkata, keberkesanan pakej itu dalam membendung kegawatan kewangan secara menyeluruh, masih belum jelas.

Akhbar The Wall Street Journal dalam ruangan editorialnya berkata, pakej itu adalah peluang untuk meredakan panik dalam pasaran kewangan yang berlaku sejak 14 bulan lalu, jika Setiausaha Perbendaharaan AS, Henry Paulson melaksanakannya dengan baik, sebelum meninggalkannya untuk Presiden AS yang baru. "Pakej itu masih belum sempurna," kata akhbar harian itu. "Namun ia penting susulan tujuan Washington untuk membendung kegawatan sistem kewangan semasa. "Situasi panik belum berakhir, dan jangkaan bahawa bakal berlaku kemelesetan ekonomi, tidak akan membantu," tambahnya.

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup