corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Monday, October 6, 2008

Krisis Kewangan AS Tidak Beri Kesan Pada Aliran FDI Ke Malaysia

NEW YORK, - Walaupun wujud kebimbangan awal bahawa krisis kewangan yang sedang berlaku di Amerika Syarikat (AS) akan memberi kesan ke atas aliran pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia, krisis itu belum memberi kesan terhadap pelaburan AS ke negara itu.

"Pada pandangan peribadi saya, kegawatan kewangan AS tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas aliran FDI ke Malaysia kerana FDI berkenaan bermatlamatkan pengilangan."Oleh kerana kita berurusan dengan kebanyakannya sektor pelaburan, kita belum pernah merasakan impaknya. Malah, sejarah menunjukkan syarikat-syarikat pengilangan membuat keputusan menubuhkan operasi pengilangan luar pesisir semasa ekonomi sedang mencabar.

"Jika anda kaji dengan teliti, banyak syarikat telah mewujudkan operasi di seberang laut semasa tempoh mencabar dan kebanyakan syarikat berkenaan mendapat tawaran lumayan di Malaysia dan menunjukkan prestasi yang baik," kata Pengarah Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA) yang berpangkalan di New York dan pakar mengenai pelaburan AS ke Malaysia, Wan Hashim Wan Jusoh.

Wan Hashim Wan Jusoh

Beliau akan pulang bertugas di ibu pejabat MIDA di Kuala Lumpur selepas bertugas selama lima tahun di AS. Beliau bertugas selama tiga tahun di Boston dan dua tahun lagi di New York."Malaysia sememangnya menjadi lokasi ideal bagi industri berteknologi tinggi, bernilai tambah dan berintensif modal," kata Wan Hashim kepada Bernama.

Mengenai tempoh selama lima tahun sebagai wakil MIDA di AS, katanya "di segi mental, tempoh itu memuaskan.""Saya telah memastikan untuk menghubungi eksekutif dan mengadakan jaringan dengan perbadanan AS yang mempunyai operasi di Malaysia. Kita cuba menyelami jika ada keperluan tambahan dalam bidang yang boleh dilabur oleh mereka dan di mana kita boleh membantu," katanya.

Beliau turut menyelaraskan dengan sepasukan perunding dan eksekutif syarikat bagi membentangkan apa yang dikatakannya "senarai keinginan" mereka kepada kerajaan Malaysia."Saya telah menjadi penghubung antara syarikat AS dan kerajaan Malaysia. Jika anda memahami apa yang mereka mahukan, mereka akan menghargainya dan membantu dengan bercerita mengenai perkara yang baik mengenai Malaysia," katanya.Wan Hashim menegaskan bahawa aliran FDI dari AS dalam tempoh Januari-Julai tahun ini "agak memuaskan".

Malaysia meluluskan sejumlah AS$831.5 juta projek pelaburan dalam tempoh tujuh bulan pertama 2008 berbanding dengan AS$878 juta bagi keseluruhan 2007.Pelaburan AS di Malaysia dilakukan dalam bidang seperti industri elektrik dan elektronik, kimia dan produk kimia, saintifik dan peralatan pengukuran, produk petroleum, produk plastik, produk fabrikasi logam, peralatan pengangkutan, minuman dan tembakau, pengilangan makanan, pengilangan jentera, produk galian bukan logam, kertas, percetakan dan penerbitan, perabot dan tekstil.

Malaysia disifatkan oleh pakar tempatan sebagai berada pada peringkat "take-off", yang kian banyak disedari syarikat Barat untuk tidak melakukan keseluruhan pelaburan di China, degnan melihat lokasi lain seperti Malaysia, yang walau pun mahal sedikit, menyediakan produk lebih baik dan bernilai tambah dan lebih mudah untuk berurusan.Mengenai persaingan dari negara seperti China dan India, Wan Hashim berkata peningkatan China tidak menarik sesetengah pelaburan berkenaan."China dan India telah memberi kesan dalam tempoh beberapa tahun lepas sebagai lokasi alternatif kepada Malaysia dan turut memberi kesan terhadap aliran FDI," katanya.

Kesemua negara lebih condong untuk melihat kepada China bagi melabur dalam pengilangan dan ke arah India bagi pembangunan perisian."Disebabkan rekod politik dan ekonomi serta masa dan sumber yang digunakan oleh Malaysia ke atas pembangunan infrastrutkur dan sumber manusia, Malaysia terus menjadi destinasi menarik bagi pelaburan berteknologi tinggi, berintensif modal dan pengilangan produk bernilai tambah.

"Benar, kita perlu fokus. Industri separa konduktor dan elektronik merupakan contoh fokus kita itu."Kekuatan kita terletak dalam sektor ini, khususnya dalam pembangunan jenerasi cip baru yang digunakan dalam industri tenaga solar di mana Malaysia terus mengukuhkan dirinya sebagai satu peserta," katanya.

Malah, tenaga solar diunjurkan sebagai "industri kian meningkat" khususnya memandangkan peningkatan harga minyak yang menimbulkan masalah kepada banyak negara dan mempercepatkan pembangunan tenaga alternatif.Kini dua buah syarikat AS terbabit dalam pengeluaran solar di Malaysia -- First Solar Malaysia Sdn Bhd di Taman Berteknologi Tinggi Kulim di Kedah dan Sunpower Malaysia Manufaturing Sdn Bhd di Melaka.

MIDA telah menamakan Arham Abd Rahman dari pejabat MIDA Kuala Lumpur sebagai pengganti Wan Hashim.

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup