corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Wednesday, October 8, 2008

Krisis ekonomi tuntut ubah kerajaan

Negara kini sedang menghadapi stagflasi yakni kos sara hidup rakyat yang lebih tinggi dengan kadar inflasi yang memuncak.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar berkata, apa yang berlaku sekarang ini menuntut penstrukturan semula kepimpinan negara yang memberi kesan kepada dasar kewangan negara.

"Apa yang berlaku sekarang adalah staglasi yakni turut merangkumi masalah inflasi yang menghimpit rakyat, namun apa yang berlaku menunjukkan bahawa rakyat kini memerlukan penstrukturan semula politik negara," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena juga menjelaskan bahawa perkembangan ekonomi semasa membimbangkan masyarakat antarabangsa.

"Ia sekali gus menunjukkan bahawa pelabur-pelabur asing telah hilang keyakinan kepada Amerika Syarikat dan sebenarnya negara-negara dunia tidak lagi meletakkan kebergantungan kepada Amerika khususnya dalam nilai pertukaran mata wang," ujarnya.

Malah katanya, urusan jual beli tidak perlu bergantung kepada nilai dolar AS lagi.

"Jika tidak, negara kita akan menghadapi kesan buruk dalam konteks industri eksport kita merosot, dolar jatuh.

"Sepatutnya kita kena ubah penggunaan mata wang kita kerana ia menjejaskan industri eksport negara," katanya lagi.

Tegasnya, keanggotaan AS dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu perlu digugurkan kerana negara itu akan menggunakan kaedah perang untuk menyelamatkan ekonomi mereka.

"AS kini sedang menjual senjata bagi menggalakkan peperangan untuk mencetuskan peperangan.

"Apa yang penting, negara dunia lain khususnya Malaysia perlu memiliki asas fundamental yang kukuh dengan tidak mengamalkan pengurusan ekonomi dan kewangan negara secara boros memandangkan kita dijangka menghadapi kesan berat dalam masa beberapa bulan," ujarnya lagi.

Tambahnya, jika kerajaan meneruskan dasar kewangan yang berkiblatkan AS, negara akan menerima nasib yang sama seperti AS.

Banyak pihak melihat perkembangan ekonomi semasa negara pada masa kini dipengaruhi oleh keadaan politik yang tidak memberangsangkan.

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup