corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Wednesday, October 8, 2008

Kewangan Islam Kekal Berdaya Maju Dan Berdaya Saing

KUALA LUMPUR, 7 Okt - Berlatarkan persekitaran global yang semakin tidak menentu, kewangan Islam, sebagai satu bentuk perantaraan kewangan dalam sistem kewangan antarabangsa, terus menjadi berdaya maju dan berdaya saing, kata Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Pada masa akan datang, penyertaan global yang lebih besar dalam proses perkembangan ini secara langsung dan tidak langsung, akan meningkatkan peranan kewangan Islam yang berpotensi dalam menyumbang ke arah kestabilan kewangan global yang lebih baik, tambahnya.

"Industri perkhidmatan kewangan Islam dalam dekad ini beralih menjadi satu bentuk perantaraan kewangan yang berkembang pesat dan kompetitif memberi khidmat kepada masyarakat global," katanya dalam ucaptama bertajuk "Kewangan Islam: Peluang Pertumbuhan Global di tengah-tengah Persekitaran yang Mencabar" pada Kongres Kewangan Islam State Street 2008, di Boston, Amerika Syarikat semalam.

Teks ucapan beliau dikeluarkan di sini hari ini.

"Kekuatan kewangan Islam diperolehi daripada prinsip Syariah, tonggak utama kewangan Islam yang menyumbang ke arah kestabilan dan ketahanannya secara keseluruhan.

"Sekatan-sekatan Syariah memerlukan urusniaga kewangan diiringi oleh aktiviti pendasar yang produktif dengan itu menimbulkan perhubungan rapat antara pengaliran kewangan dan produktif," jelas Zeti.

Zeti juga memberi pandangan bahawa di samping itu, di bawah aturan perkongsian risiko, institusi kewangan Islam akan berkongsi keuntungan atau kerugian yang ditanggung oeh seseorang usahawan.

"Di bawah aturan ini, terdapat perkongsian risiko yang ketara oleh pembiaya dan pelanggan dengan aktiviti sebenar diharap menjana kekayaan yang mencukupi bagi memberi pampasan bagi risiko," katanya.

Aturan itu, tegasnya, memerlukan langkah ketekunan wajar dan integrasi risiko yang betul yang berkaitan dengan aktiviti pelaburan sebenar ke dalam transaksi kewangan.

Menurut Zeti, prinsip-prinsip Syariah turut melarang aktiviti mempengaruhi dengan melampau atau mengambil kesempatan daripada kuasa dan kewangan bersifat spekulatif, sekali gus menebat pihak-pihak terbabit daripada pendedahan risiko yang melampau.

"Prinsip dalaman perkongsian keuntungan dan risiko menyediakan sekatan dan imbangan terbina dalaman kepada urusniaga kewangan Islam. Yang ketara dalam aturan ini ialah unsur pengurusan risiko dan amalan urus tadbir," katanya.

Melangkah ke hadapan, katanya oleh itu terdapat potensi peningkatan yang hebat bagi kewangan Islam.

"Ketika tahap perkembangan industri perkhidmatan Islam berjalan pesat, persekitaran yang semakin rumit dan mencabar itu akan terus membentuk peningkatannya.

"Tumpuan kepada ini ialah perkembangan parameter perniagaan dan penawaran produk yng inovatif. Untuk itu, terdapat pelaburan yang meningkat dalam penyelidikan dan pembangunan bagi membuahkan pelaburan baru dan struktur bagi menampung keperluan yang berubah komuniti antarabangsa," tambahnya.

Beliau memberitahu hadirin bahawa secara khusus, bidang tumpuan berkaitan ialah pembangunan mekanisme bagi pengurangan risiko dan pengurusan kecairan.

Beliau juga berkata bahawa inovasi yang meningkat mahukan penekanan lebih besar ke atas pelaksanaan amalan terbaik dan standard pengurusan risiko yang lebih tinggi dengan keperluan sokongan lebih ke atas aplikasi IT dan juga memperkukuhkan keupayaan pengurusan institusi kewangan Islam.

"Dengan keprihatinan dan kefahaman yang meningkat terhadap kewangan Islam, peranan disiplin pasaran akan menjadi lebih penting dalam memacu institusi kewangan Islam ke arah memastikan pematuhan Syariah dalam operasi, menambah baik kecekapan operasi dan menguatkuasakan amalan pengurusan risiko yang baik dan dinamik," tambah beliau.

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup