corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Tuesday, October 28, 2008

I-City Jadi Tarikan Pelabur Asing Ke Selangor

SHAH ALAM, 27 Okt - Kerajaan Selangor melihat projek I-City sebagai satu kelebihan untuk menarik pelabur asing ke negeri itu terutamanya dalam sektor perkhidmatan memandangkan persaingan sengit dalam industri berkenaan pada masa kini, kata Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

I-City yang dibangunkan oleh I-Bhd di tapak seluas 28.8 hektar di Seksyen 7 di sini mempunyai rangkaian "gentian optik" yang menghubungkan bangunan di sekitarnya.

Selain mempunyai pusat penyimpanan data, hotel, pusat membeli-belah, pangsapuri, ruang pejabat, kedai dan taman, I-City mempunyai kemudahan perhubungan jalur lebar dengan kelajuan 20 Megabit sesaat (20 Mbps).

Kemudahan jaringan gentian optik antara bangunan di dalam I-City merupakan satu pembaharuan dalam pembangunan hartanah di Malaysia, yang membolehkannya bersaing dengan projek industri teknologi maklumat terkemuka di dunia, katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena majlis pelancaran I-City yang kini dikenali sebagai "I-City International Park Shah Alam" di sini, Isnin.

Abdul Khalid berkata I-City yang mendapat pengiktirafan status Syarikat MSC Mei lepas, kini menawarkan pelepasan cukai termasuk insentif kerajaan negeri kepada pelabur dan syarikat yang beroperasi di sini.

Kerajaan negeri, katanya juga menyokong usaha I-City untuk mengembangkannya daripada bertaraf taman teknologi maklumat dan komunikasi sekarang ini kepada satu Zon Teknologi Maklumat dan Komunikasi pada masa akan datang.

I-City akan memberi ruang kepada golongan teknousahawan untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka dengan rangkaian perhubungan antarabangsa dan kemudahan inkubator yang turut disediakan di sini, katanya.

Selain itu, Abdul Khalid berkata beliau akan berbincang dengan I-Bhd dan pihak lain yang berkaitan bagi menjadikan Shah Alam sebagai Pusat Perbankan dan Kewangan Islam di negara itu.

"Ini akan memberikan pilihan lain kepada pelabur antarabangsa," katanya.

Beliau berkata I-Bhd boleh memainkan peranan dalam menyediakan teknologi yang diperlukan kerana urusniaga perbankan memerlukan kelajuan talian komunikasi yang tinggi termasuk kemudahan "telepersidangan".

"Malaysia juga mempunyai pakar dalam bidang perundangan, perakaunan dan sistem kewangan berdasarkan syariah," katanya.

Abdul Khalid berkata kerajaan negeri akan berbincang dengan kerajaan pusat bagi mendapatkan kepakaran daripada universiti di negara ini sebagai penasihat kepada pusat tersebut dan para pelabur yang berminat.

Beliau berkata keputusan untuk menubuhkan pusat itu dibuat memandangkan pada masa kini pelabur Timur Tengah sedang mencari peluang pelaburan alternatif setelah mengalami pengalaman yang agak menakutkan di Eropah dan Amerika Syarikat.

Selain itu, katanya mereka juga melihat Asia dan Asean sebagai pusat pertumbuhan ekonomi.

Abdul Khalid berkata cadangan untuk menubuhkan pusat perbankan di Shah Alam itu akan bermula pada separuh tahun kedua 2009 dengan harapan keadaan ekonomi dunia kembali stabil.

Fasa pertama pembangunan I-City berjumlah 44 unit pejabat telah siap dan habis dijual di mana 50 peratus daripadanya telah dibeli oleh Kumpulan perbankan Arab Saudi, Al Rahji manakala fasa seterusnya akan dimulakan pada tahun depan.

T-City juga berjaya menarik beberapa pelanggan ke projek pembangunannya seperti Logica dan Redhot dari United Kingdom serta Unified Communications dari Singapura.

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup