corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Tuesday, October 28, 2008

G7 ikrar tangani krisis ekonomi


TOKYO 27 Okt. - Kumpulan Negara Maju (G7) hari ini berikrar untuk bekerjasama bagi menangani krisis ekonomi daripada menjejaskan sistem kewangan global.

Pada masa sama, pemimpin G7 memberi amaran kedudukan mata wang Yen yang tidak stabil boleh mengancam kestabilan ekonomi dan kewangan global.

Bagaimanapun, usaha mereka itu gagal meredakan kejatuhan pasaran saham Asia dengan indeks Nikkei merudum ke paras terendah dalam tempoh 26 tahun.

Dalam satu kenyataan bersama, Menteri-Menteri Kewangan dan bank-bank pusat negara G7 mengulangi ikrar mereka "untuk membantu menstabilkan sistem kewangan antarabangsa."

"Kami akan terus memantau pasaran saham dan bekerjasama dalam keadaan sepatutnya," kata kenyataan itu.

Kenyataan dari G7 terdiri daripada Britain, Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun dan Amerika Syarikat (AS), dibuat selepas Yen mencapai paras tertinggi dalam tempoh 13 tahun berbanding dolar.

Selepas G7 membuat kenyataan itu, dolar kembali kukuh sedikit apabila diniagakan pada 93.46 berbanding Yen di New York daripada 94.24 pada Jumaat lalu.

Kenyataan G7 itu juga mencetuskan spekulasi kemungkinan Tokyo akan campur tangan untuk kali pertama sejak Mac 2004, bagi menstabilkan kembali Yen.

Kenaikan mata wang Yen menjejaskan pasaran saham Jepun kerana para peniaga bimbang kesannya ke atas eksport.

Perdana Menteri Jepun, Taro Aso telah meminta kerajaan untuk memikirkan pendekatan kecemasan bagi menstabilkan pasaran saham, termasuk kemungkinan membeli saham serta melonggarkan peraturan pemberian modal kepada bank.

Kejatuhan sistem kewangan global yang disifatkan terburuk sejak 1930-an, menyebabkan banyak negara membangun mendapatkan bantuan daripada Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).

Antaranya ialah Hungary dan Ukraine yang mendapat pakej bantuan berjumlah AS$16.5 bilion (RM59.09 bilion) daripada dana berkenaan.

Korea Selatan pula bertindak memotong kadar pinjaman banknya sebanyak 75 mata kepada 4.25 peratus.

Sementara pasaran kewangan Australia turut terjejas dengan dolar Australia mengalami kejatuhan terendah dalam tempoh lima tahun berbanding dolar AS dan Yen iaitu sebanyak 29 peratus.

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup