corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Wednesday, October 8, 2008

Biotek Pacu Koridor-koridor Ekonomi

KUALA LUMPUR, 7 Okt - Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata bioteknologi dijangka menjadi penggerak kepada koridor-koridor ekonomi dalam memajukan lagi pelbagai sektor seperti pertanian dan tenaga.

"Bioteknologi akan digunakan dalam koridor-koridor ekonomi untuk memajukan sektor pertanian, memanfaatkan persekitaran, mempengaruhi sumber tenaga dan perkembangan masa depan para saintis," kata beliau pada perasmian BioMalaysia 2008 di sini, Isnin.

"Saya ingin lihat bioteknologi menggerakkan kesemua koridor ekonomi. Kawasan-kawasan inilah di mana penduduknya berbilang kaum dan akan meningkatkan kualiti hidup mereka," kata beliau.

Abdullah berkata bioteknologi mempunyai pengaruh besar dalam hala tuju masa depan negara dan memberi saingan kepada peserta industri untuk menginovasikan produk dan teknologi.

"Ia juga akan mempengaruhi kursus-kursus yang akan diperkenalkan di universiti dan akan menjadi satu trend yang hebat," tambah beliau.

Abdullah berkata beliau berharap yang bioteknologi akan menjadikan rakyat Malaysia menikmati gaya hidup yang lebih sihat, cergas dan aktif.

Abdullah berkata Malaysia mesti terus berusaha ke arah mengukuhkan bioteknologi bukan sahaja sebagai sektor ekonomi tetapi sebagai satu ekosistem yang mampan di mana hasil penemuan dari institusi penyelidikan tempatan atau asing oleh para saintis dimajukan untuk manfaat dan kebaikan orang ramai menerusi persekitaran perniagaan yang rancak dan bertolak ansur.

"Hasil bioteknologi tidak dapat dinafikan. Bagi Malaysia, ini bermakna kita mesti membuat satu komitmen jangka panjang ke arah penerokaan potensi bioteknologi dan menghasilkan yang terbaik," kata beliau.

Beliau maklum yang matlamat dan semangat dasar bioteknologi negara yang dilancarkan tiga tahun lepas mesti diteruskan meskipun jika pelaksanaan atau pendekatannya diubah.

Beliau menambah dengan komitmen dan usaha bersama kerajaan, sektor swasta, bioteknologi telah bersedia untuk menjadi penyumbang besar kepada sosio-ekonomi semua rakyat Malaysia.


Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Ongkili pada persidangan akhbar selepas perasmian itu berkata yang Malaysia telah bersedia untuk menarik pelaburan asing dalam bioteknologi walapun dengan kelembapan ekonomi global.

Beliau berkata dengan negara dijangka mencatatkan pertumbuhan 5.5 peratus tahun ini, Malaysia masih boleh menyerap kejutan faktor-faktor luaran.

Beliau menambah ketidaktentuan global memberikan peluang kepada Malaysia memandangkan para pelabur asing boleh memindahkan pelaburan mereka ke sini.

"Malaysia boleh menjadi tempat alternatif untuk pelabur asing menempatkan wang mereka," kata beliau.

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup