Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengambil keputusan untuk membiarkan kadar dasar semalaman (OPR) untuk kekal pada 3.50 peratus.
Keputusan itu dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) hari Jumaat, kata bank pusat itu dalam satu kenyataan.
Sejak mesyuarat MPC yang terakhir pada Ogos tahun ini, keadaan ekonomi global telah mengalami kemelesetan yang agak teruk dan kemelut kewangan antarabangsa masih belum kembali stabil.
Bank Negara menyatakan fokus lebih besar pembuat dasar sekarang ini tertumpu kepada mengembalikan fungsi pasaran kewangan antarabangsa dan ke arah mengelak dari berlakunya penurunan mendadak pertumbuhan ekonomi global.
"Sementara risiko penurunan kepada pertumbuhan global telah meningkat dengan ketara, kebimbangan mengenai inflasi berkurangan memandangkan harga komoditi dan tenaga kembali merosot, dan pertumbuhan yang lebih perlahan pun berlaku," katanya.
Bank pusat itu menyatakan sementara pasaran kewangan Malaysia telah pun terjejas oleh perkembangan global ini, terdapat kecairan yang mencukupi dalam sistem kewangan domestik dan fungsi pasaran kewangan telah pun kembali normal.
Institusi perbankan beroperasi dengan modal yang kukuh dan penampan kecairan, dan telah terus menyediakan pembiayaan kepada ekonomi, katanya.
Menurut BNM, kadar inflasi yang meningkat sekarang ini mencerminkan kesan dari bahan api dan pelarasan harga terurus yang lain yang dilakukan awal tahun ini.
Bagaimanapun, penilaian yang dibuat mendapati inflasi kini di paras tertinggi dan dijangka menyederhana dalam 2009, katanya.
Bilangan petunjuk yang kian meningkat sekarang ini mengisyaratkan menurunnya tekanan inflasi, kata bank pusat itu.
Tekanan kos yang lebih rendah dan permintaan domestik yang menyederhana dijangka dapat mengurangkan inflasi dalam 2009.
Pertumbuhan global yang lebih perlahan dan penurunan dalam harga komoditi akan menjejaskan prestasi sektor eksport dan kemudiannya, pertumbuhan ekonomi keseluruhannya dalam 2009, kata BNM.
"Malaysia sedang memasuki satu tempoh mencabar dari satu kedudukan yang teguh susulan pertumbuhan kukuh dalam tahun-tahun sebelumnya, diperkuatkan oleh lebihan dalam akaun semasa, kedudukan rizab yang kukuh, paras hutang luar yang rendah, dan sistem perbankan yang modalnya mencukupi," katanya

No comments:
Post a Comment