corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Sunday, September 28, 2008

Tarik Sekatan Dagangan Ringgit Di Luar Pesisir Jadikannya Lebih Diterima Pedagang Antarabangsa, Kata Pakar




KUALA LUMPUR, 26 Sept - Penarikan sekatan perdagangan Ringgit luar pesisir akan menjadikan mata wang itu lebih diterima di kalangan pedagang antarabangsa dalam menjadikan mata wang tempatan sebagai pembayaran perdagangan.

"Jika sekatan itu ditarik, ia akan memudahkan mereka menerima Ringgit sebagai mata wang penyelesaian memandangkan ia didagangkan di peringkat antarabangsa," kata ahli ekonomi Bank Islam Azrul Azwar Ahmad Tajudin.Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjadikan semua pembayaran perdagangan dalam Ringgit.

Dengan berbuat demikian, Ringgit akan berada dalam permintaan yang tetap dan nilainya akan stabil pada paras tertentu, kata Dr Mahathir.

Sebagai pembeli, Azrul berkata Malaysia mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada Ringgit boleh digunakan untuk penyelesaian. "Bagaimanapun, kita perlu ingat bahawa penjual mungkin menjauhkan diri sekiranya terlalu banyak halangan," katanya kepada Bernama hari ini."Kita mungkin meninjau idea itu (tetapi) amat sukar menjadikannya berlaku kerana Ringgit bukan mata wang antarabangsa," katanya.

Sementara itu pakar ekonomi RAM, Dr Yeah Kim Leng berkata selagi kadar tukaran tidak terlalu tidak menentu dan tetap boleh diurus, faedah apungan terurus akan mengimbangi kadar tetap Ringgit.Beliau berkata jika Ringgit tidak dibenarkan berubah dengan masa, ia mungkin menjadi terlebih bawah nilai atau terlebih nilai bergantung kepada keadaan global semasa."Seperti di AS di mana ekonomi turun dengan pantas, begitu juga mata wangnya.

Sekiranya kita menambat Ringgit pada kadar tetap, kita akan mewujudkan terlalu banyak kekangan," katanya.Yeah berkata tambatan mata wang juga perlu mengambil kira struktur perdagangan antarabangsa di mana pasaran berdasarkan kepada mata wang atau denominasi terpilih, terutama memandangkan 80 peratus barangan didagangkan dalam dolar AS."Ringgit bukan mata wang antarabangsa.

Pengimport akan memerlukan sebut harga dalam mata wang utama lain yang boleh berubah di peringkat antarabangsa di pasaran seberang laut," katanya.Pada pukul 5 petang, Ringgit ditutup pada 3.4340/4370 berbanding dolar AS berbanding semasa ditutup semalam pada 3.4290/4310.Namun begitu, Yeah optimistik Ringgit mungkin mendapatkan kembali kekuatannya sejajar kelemahan berterusan dalam dolar AS.

Beliau berkata adalah dijangka AS akan melaksanakan pengurangan kadar bagi mengimbangi pasaran perumahan yang sedang berjalan dan krisis kredit di sana."Ia bukan sekadar menyelamat institusi kewangan yang boleh menolong mereka, mereka juga perlu mempunyai pengurangan kadar untuk merangsang ekonomi AS sejak kemelesetan pada 1930-an," katanya.

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup