corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Sunday, September 28, 2008

Ladang Malaysia Dinugerahi Persijilan Amalan Bertangung Jawab Antarabangsa

NEW YORK, 27 Sept - Majlis Minyak Sawit Amerika (APOC), sebuah persatuan berpangkalan di AS yang mewakili industri minyak sawit Malaysia, mengumumkan bahawa sebuah ladang minyak sawit Malaysia telah menerima persijilan sebagai ladang yang pertama mengguna pakai standard ketat kemampanan pengeluaran minyak sawit.

United Plantations Bhd yang berpangkalan di Malaysia telah dianugerahi Persijilan "Meja Bulat Kemampanan Minyak Sawit (RSPO)" yang mematuhi Prinsip dan Kriteria RSPO.
"Penekanan khusus telah diberi bagi membangunkan komitmen mereka terhadap kemampanan minyak sawit," kata David Ogg, seorang penilai dalam Laporan Penilaian RSPO bagi United Plantation Bhd.

"Wujud komitmen jelas terhadap RSPO oleh pengurusan tertinggi, kakitangan dan para pekerja di ladangnya," kata APOC.APOC ditubuhkan bagi memaklumkan orang ramai di Amerika Syarikat mengenai manfaat minyak sawit yang digunakan dalam penyediaan makanan, bahan api, sabun, lilin dan sebagainya.

Pasukan penilaian itu telah turut menonjolkan usaha biokepelbagaian dan pemuliharaan alam sekitar United Plantations dalam laporan yang turut memuji penubuhan "Danau Rizab Alam Semula Jadi" United Plantations, yang merupakan sebuah projek nadir dan spesi Malaysia yang terancam, kata APOC.Danau itu mengandungi 18 keluarga pokok, 50 spesi dan lebih 2,000 pokok yang akan mewujudkan satu sistem semula jadi dan menyediakan satu bank biji benih bagi pengembangan di masa depan.

Laporan itu juga merujuk penguatkuasaan "dasar bakar sifar" ladang itu, yang bermakna tanah hanya boleh dibakar bagi penanaman minyak sawit dan penyelidikannya bagi menambah baik benih minyak sawit bagi membolehkan mereka memaksimumkan hasil yang sekaligus meminimumkan tanah dan tanaman yang diperlukan.

Menurut APOC, penganugerahan itu merupakan yang pertama kali dilakukan kepada ladang minyak sawit oleh badan yang disifatkannya sebagai persatuan antarabangsa tunggal di dunia yang dibentuk untuk menggubal amalan kemampanan industri."Para pengeluar minyak sawit di Malaysia, bersama-sama dengan kerajaan Malaysia komited memulihara sumber semula jadi dan biokepelbagaian negara ini," kata Pengarah Eksekutif APOC Mohd Salleh Kassim.

"Kita mahu para pelanggan di AS mengetahui bahawa minyak sawit yang dibeli di Malaysia dikeluarkan secara mesra alam sekitar, pengumuman itu merupakan satu langkah besar ke hadapan dalam memberikan pelanggan antarabangsa kami satu dokumen untuk menyokong komitmen kami terhadap amalan kemampanan," katanya.

RSPO mendefinasikan pengeluaran mampan minyak sawit "terdiri dari pengurusan dan operasi perundangan, berdaya maju di segi ekonomi kesesuaian secara alam sekitar dan memberi manfaat sosial."Untuk layak mendapat anugerah RSPO, United Plantations Bhd. mengambil bahagian dalam penyesiatan rapi sembilan estetnya, enam kilang dan kawasan pemuliharaan; temubual dengan pengurusan, kakitangan dan pekerja berkaitan sistem pengurusan dan kemudahan sosial dan satu pertemuan dengan 150 pihak bekepentingan syarikat itu bagi memastikan ladang itu memnuhi setiap satu kriteria RSPO.

Persijilan RSPO United Plantations itu adalah "kenyataan jelas" yang menunjukkan Malaysia swerius mengenai kemampanan," kata APOC.Beberapa syarkat perladangan Malaysia dijangka menerima persijilan itu di masa depan," kata APOC.

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup