corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Monday, September 8, 2008

Kawal inflasi alternatif kekang kemelesetan ekonomi?

Bank pusat seluruh dunia hadapi tekanan cari penyelesaian bagi meningkatkan permintaan pengguna RIZAB Persekutuan dan bank pusat lain di dunia hari ini menghadapi tekanan, kiri dan kanan. Dari kiri, mereka didesak supaya melakukan sesuatu untuk meningkatkan permintaan dan mengekang kenaikan kadar pengangguran di seluruh dunia, manakala dari kanan, mereka diminta mencari penyelesaian bagi meningkatkan permintaan pengguna dan mencegah inflasi.
Kedua-dua elemen ini adalah resipi ‘terbaik’ untuk mencetus krisis, tetapi satu daripada diagnosis ini sudah pasti silap. Sekiranya bank pusat di seluruh dunia menaikkan kadar faedah, sedangkan masalah utama yang dihadapi ialah permintaan global tidak mencukupi - tindakan ke arah itu sudah pasti akan mencetus kemelesetan ekonomi yang serius. Sebaliknya, jika mereka tidak menaikkan kadar faedah, sedangkan masalah utama hari ini ialah inflasi - ia akan menyebabkan kenaikan harga tidak terkawal, meningkatkan kadar jangkaan inflasi dan desakan menaikkan gaji - seperti pernah berlaku pada 1970-an. Situasi ini juga akhirnya akan mencetus kemelesetan ekonomi lebih serius.

Bagaimanapun kali ini, saya melihat mereka yang berpendirian kiri sebagai lebih betul - terutama dalam ekonomi global pasca industri di wilayah Atlantik Utara. Angka kadar inflasi hanya sebagai petunjuk bahawa kenaikan inflasi adalah satu masalah atau ia adalah realiti hari ini.

Indeks Kos Pekerjaan Amerika dan petunjuk lain di negara sedang membangun, tidak menunjuk sebarang perubahan gaji yang mendadak. Ukuran ‘inflasi asas’ juga tidak memberi sebarang isyarat bahawa inflasi sedang pantas berlaku. Amerika Syarikat sedang mengalami kecairan cagaran kewangan yang merugikan. Jika suasana ini diuruskan dengan dasar kewangan biasa, ia mungkin akan menjunam ke arah kemelesetan ekonomi yang buruk.

Dalam suasana biasa, tindak balas Bank Pusat membabitkan usaha merangsang dasar kewangan yang melampau - boleh mencetus kenaikan inflasi yang serius. Tetapi apa yang berlaku hari ini bukan suasana biasa. Sebaliknya, dasar kewangan Bank Pusat tidak cukup teguh untuk mengekang Amerika Syarikat daripada mengalami kemelesetan ekonomi. Bagaimanapun, disebabkan ia masih berada pada tahap rendah, ramai masih ragu sama ada kemelesetan ekonomi yang berlaku akan mencapai tahap melampau.

Maklum balas Bank Pusat Eropah juga seakan sama dengan Bank Pusat Amerika, tetapi tidak begitu mendesak. Dasar kewangannya yang lebih mudah berbanding kadar inflasi, membuatkan ia dilihat sebagai lebih baik. Tetapi di Eropah Barat, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kini merosot. Sebagai kesimpulan, kebanyakan bank pusat Amerika dan Eropah sudah bersedia menghadapi krisis kewangan, tetapi mereka tidak bertindak keterlaluan. Dengan suntikan kecairan, walaupun krisis kewangan mungkin berlaku, ia sudah menghapuskan risiko kenaikan gaji mendadak. Yang membimbangkan ialah kenaikan inflasi yang kini menjadi tajuk utama media massa.

Kebimbangan ini membayangkan tiga perkara.

Pertama, dunia sekurang-kurangnya ketika ini sudah mencapai had dalam pengeluaran sumbernya. Kita melihat perubahan besar dalam pelbagai harga. Ekonomi dunia cuba mengekang kenaikan harga dengan penggunaan buruh dan modal murah, tetapi minyak dan sumber asli lain semakin hari semakin mahal. Perubahan harga yang tidak seimbang ini adalah antara faktor menjurus kepada inflasi.

Kedua, di dalam Amerika Syarikat sendiri, nilai dolar yang turun naik turut mengimport inflasi ke dalam negara. Pengguna Amerika Syarikat kini menanggung kos yang semakin meningkat, sekali gus membuat mereka berasa lebih miskin. Tetapi bukanlah miskin hakiki, cuma corak ekonomi dunia yang tidak seimbang akan menjejaskan kekayaan mereka. Ketidakseimbangan ekonomi global memberi kesan serius kepada pengguna Amerika, dan ini dibuktikan melalui kadar inflasi yang tinggi. Tetapi untuk menangani inflasi dari dalam Amerika sendiri amat tidak wajar - ia akan lebih membebankan pengguna Amerika Syarikat dan hakikat perlu diterima, ia langsung tidak berkesan.

Akhirnya, seperti yang pernah didebatkan pakar ekonomi - Adam Posen dan Arvind Subramaniam: “Matlamat satu hala China untuk menjadi negara pengeluar menyebabkan inflasi dan kemelut bagi ekonomi Amerika.” “Tetapi usaha Amerika untuk mensasarkan matlamat China ini kedengaran begitu hipokrit, kerana Amerika Syarikat juga memilih untuk merangsang ekonominya sendiri... bank swasta dan Bank Pusat mengukuhkan koordinasi dengan kebanyakan bank pusat dunia lain, membuatkan kebimbangan pengguna mengenai persaingan China akhirnya tenggelam begitu saja...” Dasar China membabitkan subsidi eksport melalui manipulasi mata wang memang dijangka tidak mampu bertahan bagi jangka panjang, kerana ia akan mencetus inflasi di dalam negara. Lebih buruk, dasar itu kini turut memberi kesan ke atas negara membangun lain, kerana ledakan ekonomi China membuatkan mereka mengalami kerugian besar. Bagaimanapun, dari segi politik adalah mustahil untuk Kerajaan China mengubah dasar kadar pertukaran mata wang walaupun, menerima desakan, sekiranya ia tidak diiringi dengan ‘konsesi’ dari Amerika Syarikat dan tindakan mengekang dasar kewangan AS yang boleh dijual beli - sama seperti satu ‘konsesi’.

Tetapi semua faktor ini melampaui perkara yang patut diberi tumpuan iaitu kadar pengangguran Amerika Syarikat yang tinggi sekarang bukanlah matlamat wajar untuk menstabilkan negara itu; begitu juga dengan usaha menawar beberapa faedah bagi menstabilkan harga barangan. Malah, ekonomi Amerika Syarikat tidak mampu pulih dengan pantas walaupun ia mengurangkan import secara drastik dari mana-mana negara pengeksport - termasuk China. Penulis ialah Profesor Ekonomi di Universiti California, Berkeley dan bekas Penolong Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat - Rencana Project Syndicate.

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup